Taiwan Part 14 Beimen Station To Airport


Assalamualaikum.

Bersambung sikit lagi dari dari entri semalam.

Dari Yangming Park naik bas ke Jiantan Station, kemudian ambik MRT (Red Line-Xiangshan) turun di Zhongshan Station dan tukar ke Green Line -Xindian dan turun di Beimen Station.



Tiba disini, aku menghala ke Main Station (bawah tanah) untuk ke trail Comuter/Express Train ke Airport. Di sinilah tempatnya.. bukan sahaja ratusan kedai menjual souvenir, kedai makan halal Indon pun ada. Ramai orang Indon kat sini. Dan di sini jugaklah baru aku memborong FM dan beli beberapa helai t-shirt untuk anak-anak.. untuk aku sendiri pulak aku tak beli apa-apa. 




Biasanya kalau aku keluar negara aku akan ke Hard Rock untuk beli t-shirt. Tapi di Taiwan tak ada Hard Rock.. sedih sungguh. Aku meluangkan masa lebih 2 jam disini untuk makan dan shopping

Selesai semua, dengan menggunakan easycard, aku dan Iera kembali ke Taouyuan Aiport dan tiba di sana dalam pukul 5petang.



Cuaca hari ni sangat terang benderang..sedih betul bila mengenangkan sepanjang aku berada di Taiwan asyik hujan. Kenangan berbackpackers kali ini luar biasa..dan mungkin ini adalah trip percutian terakhir aku dan bff aku Iera. Mungkin selepas ni aku akan bergerak solo. Dan aku sedaya upaya memujuk suami aku ..ikut aku sekali untuk travel..suami aku tak suka naik flight lama-lama..itulah masalahnya

Pengalaman travel di bumi Taiwan belum berakhir.. sepatutnya flight kami ke KL pukul 11.35malam.. tapi AirAsia..biasalah kan.. delay sampai 2.30pagi.. 2kali tukar boarding gate sampai ada penumpang yang bergaduh dengan staf AirAsia. Naik flight pulak, kami ambik meal pun..dah tak lalu makan. Aku makan sambil pejam mata. Aku dah kata kat Iera, sampai KLIA nanti kompom jadi zombi..berjalan bagai diawang-awangan sebab mengantuk.



Ikutkan aku booking seat masa balik untuk duduk 2 orang ditempat 2 seat. Tapi disebabkan masalah delay kami dapat duduk 2 orang di row 3 seat.. bahagianya.. 
Sampai di KLIA hampir pukul 7pagi. Mujur juga kau beringat dari awal untuk ambil flight balik ke Alor Setar dengan flight ke2 jam 10.30pagi. Kalau aku ambil flight pertama ..pukul 7 pagi..mampus la..terlepas flight

Apapun.. aku bersyukur.. dapat menjelajah Taiwan dengan sahabat baik susah senang aku..walaupun ini adalah trip kami bersama yang terakhir.. Iera terpaksa menarik diri dari meneruskan misi backpackers dengan aku..atas sebab peribadi.. dan aku juga bersyukur, aku yang terus pulang ke kampung sebaik sampai di airport Kepala Batas, dan aku sempat meluangkan masa bersama abah aku..dan esok subuhnya..abah telah dijemput Ilahi.

Percaturan Allah itu sangat indah. Terima Kasih Allah
PEN BIRU...menulis

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penbiru.com/2019/05/taiwan-part-14-beimen-station-to-airport.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taiwan Part 10 National Palace Museum Taipei Zoo

Taiwan Part 10 National Palace Museum Taipei Zoo

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 492 hits
DAY 5 25 MAC 2019National Palace Museum Taipei ZooAssalamualaikumKalau ikutkan itenari aku atur dah cantik dah Patut selepas ke National Palace terus ke Yangmingshan Park sebab dah tak jauh Apakan daya hujan Mujurlah aku dah cekap pasal sta...
Taiwan Part 8 Yehliu Geopark

Taiwan Part 8 Yehliu Geopark

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 344 hits
AssalamualaikumKami sampai di Tamsui Station lebih kurang pukul 12 Melilau juga masa ni sebab nak cari tempat bas shuttle ke Yehliu Aku tanya kat Information Counter ok katanya 1day pass beli dalam bas dekat driver Keluar dari Tamsui Statio...
Taiwan Part 3 Taipei City Tour

Taiwan Part 3 Taipei City Tour

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 398 hits
DAY 2 22 MAC 2019Taipei City Tour XinchengAssalamualaikum Letih tidur tak cukup Pukul 7 30 kami mula gerak Check out terus Mujur hotel yang aku duduk tu sebelah je dengan 7e Masuk ke 7e beli mineral dan print tiket train untuk ke Xincheng T...
Taiwan Part 1 Preparation

Taiwan Part 1 Preparation

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 370 hits
AssalamualaikumKetika aku menulis entri ini hati aku masih lagi dalam keadaan hiba kehilangan abah yang aku sayangi setelah 1 hari aku tiba di Malaysia Mujurlah Allah sempatkan aku berjumpa abah berbual mohon ampun dan maaf halalkan segalan...
Taiwan Part 9 Tamsui Ningxia Night Market

Taiwan Part 9 Tamsui Ningxia Night Market

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 413 hits
Assalamualaikum Sampai di Tamsui pukul 6 00petang hujan dah berhenti waktu ni tapi masih gerimis Kami masuk 7e redho lah dengan apa yang jumpa Seharian kami tak makan gile Akhirnya beli juga sweet potato dan aku jumpa Banana Milk yang sama ...
Taiwan Part 5 Xincheng To Taroko

Taiwan Part 5 Xincheng To Taroko

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 356 hits
DAY 3 23 MAC 2019Xincheng Taroko GorgeAssalamualaikumPagi kami bermula jam 7 pagi Kalau ikutkan itenari yang aku susun pukul 7 dah sepatutnya tunggu bas ke Taroko Tapi terlewat disebabkan lambat check out 5minit jer terlepas bas Starry Inn ...
Taiwan Part 13 Qingtiangang Yangmingshan Park

Taiwan Part 13 Qingtiangang Yangmingshan Park

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 329 hits
Assalamualaikum Panjangkan entri pasal Taiwan ni Aku tak reti nak pendekkan sebab banyak tips dan petua yang aku nak kongsikan kepada korang Rakyat Malaysia terutama melayu ni jarang nak ke Taiwan Info mengenainya agak terhad Sebab itulah a...
Taiwan Part 11 Jalan Jalan Cari Makan

Taiwan Part 11 Jalan Jalan Cari Makan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 377 hits
Assalamualaikum Segalanya berubah itenary yang tersusun cantik tak dapat diikut Selesai jalan jalan di Zoo aku ambik keputusan nak kembali ke Ximending untuk cari ole ole Ambik MRT dari Zoo terus ke Ximen Station Sini pun masih hujan rintik...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo