Subsidi Bukan Kewajipan Tabung Haji Kata Dr Mujahid


SUBSIDI kepada jemaah haji selama ini bukan wajib atas Lembaga Tabung Haji (TH) sebaliknya usaha agensi itu meringankan beban pencarumnya menampung kos menunaikan rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Katanya, tanggungan subsidi itu tidak jadi masalah ketika perniagaan TH berkembang dan kedudukan ekonomi dalam keadaan baik seperti sebelum ini.
Tanggungan itu bagaimanapun jadi beban ketika kedudukan kewangan TH bermasalah katanya dan kerana itu ia sedang menimbang dasar subsidinya untuk jemaah yang merayu untuk dipercepatkan giliran menunaikan haji.
“Bila masa senang bolehlah (beri subsidi), sekarang masa susah. Bukan benda itu (subsidi) wajib. Wajib (menunaikan haji) dekat kamu (jemaah) bila ada kemampuan.
“Kami meringankan dengan (keuntungan) perniagaan yang ada untuk beri kemudahan kepada jemaah,” kata Mujahid.
Mujahid bagaimanapun menegaskan subsidi kekal bagi jemaah yang menunaikan haji untuk kali pertama mengikut giliran kuota bagi musim haji kali ini. Subsidi itu bagaimanapun akan dipertimbangkan mengikut kes bagi bakal jemaah yang membuat rayuan mendapatkan tempat menunaikan haji.
Beliau memberi contoh bakal jemaah berpendapatan tinggi merayu untuk dipercepatkan giliran yang tentunya tidak boleh disamakan dengan jemaah berpendapatan rendah merayu untuk mengiringi mahram uzur.
Mujahid enggan menafikan atau mengesahkan sama ada subsidi bagi jemaah yang membuat rayuan akan dimansuhkan sebaliknya berkata ia akan dilaksanakan secara individu mengikut kes.

“Kos (subsidi jemaah) itu di atas kami, tidak mengapa kita faham. Kita boleh serap sebab kita dah rapatkan jurang aset dan liabiliti,” katanya.
Mujahid mengulas maklumat yang tersebar bahawa mulai musim haji tahun ini TH akan memansuhkan subsidi bagi jemaah haji yang membuat rayuan untuk menunaikan haji serta mereka yang menunaikan haji bukan kali pertama.
Khamis lalu Mujahid mengumumkan kos menunaikan haji bagi jemaah kekal pada RM9,980 walaupun kos sebenar meningkat lagi kepada RM22,900 dengan tanggungan subsidi RM12,920 bagi setiap jemaah haji.
Selepas tular subsidi tersebut akan dimansuhkan bagi jemaah yang membuat rayuan, Sabtu lepas Mujahid menjelaskan TH belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dasar baharu subsidi itu dan perkara itu sedang dalam pertimbangan.
TH memberikan subsidi kepada jemaah haji sejak 2001 yang disifatkan oleh agensi itu sebagai tanggungjawab sosial korporat yang terbesar sehingga membolehkan kos menunaikan haji kekal bagi setiap seorang jemaah walaupun kos sebenar meningkat setiap tahun.
Jumlah subsidi yang diberikan pada 2013 sebanyak RM5,575 melibatkan jumlah keseluruhan RM93 juta meningkat kepada RM12,470 pada 2018 yang keseluruhannya berjumlah RM400 juta.

Maklumat pada laman web TH selain subsidi kos menunaikan haji, agensi itu juga menanggung kos operasi sokongan termasuk bimbingan haji, kebajikan dan perubatan.
Isu subsidi itu berbangkit ketika TH sedang menyusun semula kedudukan kewangannya sejak akhir tahun lalu.
Pada 11 Disember lalu TH memindahkan beberapa aset tidak untung miliknya bernilai RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas di bawah Kementerian Kewangan bertujuan memantapkan semula kedudukan kewangannya.
Menurut Mujahid TH sedar akan tanggungjawab sosial korporatnya dan akan terus memberikan subsidi kepada jemaahnya yang pergi haji untuk kali pertama dan mengikut giliran.
“Kita jelas orang yang dapat pergi mengikut giliran kita teruskan dan kekalkan subsidinya walaupun ia menelan RM305 juta untuk tahun ini.
“Keseluruhan dalam tempoh 10 tahun kita sudah memberi subsidi RM1 bilion kerana kos haji meningkat dan subsidi kekal,” katanya.
Sementara itu, Mujahid enggan mengulas mengenai unjuran dividen atau hibah TH yang dijangka akan diumum pada Mac ini.
“Yang itu, TH akan umum,” katanya. – 22 Februari, 2019.


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/subsidi-bukan-kewajipan-tabung-haji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Haji Jangan Tipu Rakyat Kata Timbalan Presiden Umno

Subsidi Haji Jangan Tipu Rakyat Kata Timbalan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 399 hits
Kredibiliti kerajaan PH dipersoal kerana batal subsidi jemaah haji rayuan dan pengiring dengan memberi alasan masalah kewangan Tabung HajiSEMENYIH 11 Jamadilakhir 1440H Sabtu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan tin...
Mujahid Akan Saman Pihak Guna Isu Tabung Haji Berkempen Di Prk Semenyih

Mujahid Akan Saman Pihak Guna Isu Tabung Haji Berkempen Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 316 hits
Hanya isu RM90 juta dan 1MDB dibenar diguna di dalam kempen PRK Semenyih Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada parti politik bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang membawakan isu Tabung Haji seb...
Pemuda Umno Mohon Kekalkan Dasar Lama Subsidi Tabung Haji Dr Asyraf

Pemuda Umno Mohon Kekalkan Dasar Lama Subsidi Tabung Haji Dr Asyraf

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR 15 Feb Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Rawa serta pihak pengurusan Tabung Haji mempertimbangkan kembali dasar baru terhadap mereka yang membu...
Sejarah Subsidi Tabung Haji Jumlah Tahun Ini Rm 12 920

Sejarah Subsidi Tabung Haji Jumlah Tahun Ini Rm 12 920

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 709 hits
Sejarah Subsidi Tabung Haji Jumlah Tahun Ini RM 12 920 Berita terkini tabung haji yang dikatakan tular dan viral di Whatapps dan facebook benar benar menyebabkan kalangan ramai menjadi susah hati Dikatakan dalam mesej yang viral itu yang di...
Subsidi Haji Mujahid Dan Nisan

Subsidi Haji Mujahid Dan Nisan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 443 hits
MAKCIK Minah merenung kejauhan malam dari tingkap rumah pusaka tinggalan suaminya yang sudah beberapa kali dibaik pulih Hening malam dikejutkan dengan guruh di langit Nak hujan lagi fikir Makcik Minah Bendang dua relong sudah ditarah padi s...
Th Serius Pastikan Jemaah Haji Rayuan Dapat Subsidi Mujahid

Th Serius Pastikan Jemaah Haji Rayuan Dapat Subsidi Mujahid

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 267 hits
ISMA WEBBelum ada keputusan muktamad pemberian subsidi jemaah rayuan BANGI Lembaga Tabung Haji akan mengambil serius mekanisme bagi memastikan subsidi kepada jemaah haji yang berjaya dalam rayuan dikekalkan kata Menteri di Jabatan Perdana M...
Walau Bukan Kewajipan Kerajaan Kekal Subsidi Jemaah Haji

Walau Bukan Kewajipan Kerajaan Kekal Subsidi Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 271 hits
Walau bukan kewajipan kerajaan kekal subsidi jemaah hajiPosted By on February 24 2019SUBSIDI kepada jemaah haji selama ini bukan wajib atas Lembaga Tabung Haji sebaliknya usaha agensi itu meringankan beban pencarumnya menampung kos menunaik...
Tabung Haji Kekalkan Subsidi Jemaah Haji Rayuan Pengiring

Tabung Haji Kekalkan Subsidi Jemaah Haji Rayuan Pengiring

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji akan menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan dan jemaah yang mengiring bagi menunaikan haji tahun ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mu...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Buat Apa Jika Terseliuh



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran

Persoalannya Kenapa Nak Butthurt Dengan Cadangan Akmal