Walau Bukan Kewajipan Kerajaan Kekal Subsidi Jemaah Haji



Walau bukan kewajipan, kerajaan kekal subsidi jemaah hajiPosted By: Pentadbiron: February 24, 2019 Print EmailSUBSIDI kepada jemaah haji selama ini bukan wajib atas Lembaga Tabung Haji (TH) sebaliknya usaha agensi itu meringankan beban pencarumnya menampung kos menunaikan rukun Islam kelima itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof.Katanya, tanggungan subsidi itu tidak jadi masalah ketika perniagaan TH berkembang dan kedudukan ekonomi dalam keadaan baik seperti sebelum ini.Tanggungan itu bagaimanapun jadi beban ketika kedudukan kewangan TH bermasalah katanya dan kerana itu ia sedang menimbang dasar subsidinya untuk jemaah yang merayu untuk dipercepatkan giliran menunaikan haji.“Bila masa senang bolehlah (beri subsidi), sekarang masa susah. Bukan benda itu (subsidi) wajib. Wajib (menunaikan haji) dekat kamu (jemaah) bila ada kemampuan.“Kami meringankan dengan (keuntungan) perniagaan yang ada untuk beri kemudahan kepada jemaah,” kata Mujahid dalam wawancara bersama The Malaysian Insight di Putrajaya minggu ini.Mujahid bagaimanapun menegaskan subsidi kekal bagi jemaah yang menunaikan haji untuk kali pertama mengikut giliran kuota bagi musim haji kali ini. Subsidi itu bagaimanapun akan dipertimbangkan mengikut kes bagi bakal jemaah yang membuat rayuan mendapatkan tempat menunaikan haji.Beliau memberi contoh bakal jemaah berpendapatan tinggi merayu untuk dipercepatkan giliran yang tentunya tidak boleh disamakan dengan jemaah berpendapatan rendah merayu untuk mengiringi mahram uzur.Mujahid enggan menafikan atau mengesahkan sama ada subsidi bagi jemaah yang membuat rayuan akan dimansuhkan sebaliknya berkata ia akan dilaksanakan secara individu mengikut kes.“Kos (subsidi jemaah) itu di atas kami, tidak mengapa kita faham. Kita boleh serap sebab kita dah rapatkan jurang aset dan liabiliti,” katanya.Mujahid mengulas maklumat yang tersebar bahawa mulai musim haji tahun ini TH akan memansuhkan subsidi bagi jemaah haji yang membuat rayuan untuk menunaikan haji serta mereka yang menunaikan haji bukan kali pertama.Khamis lalu Mujahid mengumumkan kos menunaikan haji bagi jemaah kekal pada RM9,980 walaupun kos sebenar meningkat lagi kepada RM22,900 dengan tanggungan subsidi RM12,920 bagi setiap jemaah haji.Selepas tular subsidi tersebut akan dimansuhkan bagi jemaah yang membuat rayuan, Sabtu lepas Mujahid menjelaskan TH belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dasar baharu subsidi itu dan perkara itu sedang dalam pertimbangan.TH memberikan subsidi kepada jemaah haji sejak 2001 yang disifatkan oleh agensi itu sebagai tanggungjawab sosial korporat yang terbesar sehingga membolehkan kos menunaikan haji kekal bagi setiap seorang jemaah walaupun kos sebenar meningkat setiap tahun.Jumlah subsidi yang diberikan pada 2013 sebanyak RM5,575 melibatkan jumlah keseluruhan RM93 juta meningkat kepada RM12,470 pada 2018 yang keseluruhannya berjumlah RM400 juta.Maklumat pada laman web TH selain subsidi kos menunaikan haji, agensi itu juga menanggung kos operasi sokongan termasuk bimbingan haji, kebajikan dan perubatan.Isu subsidi itu berbangkit ketika TH sedang menyusun semula kedudukan kewangannya sejak akhir tahun lalu.Pada 11 Disember lalu TH memindahkan beberapa aset tidak untung miliknya bernilai RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas di bawah Kementerian Kewangan bertujuan memantapkan semula kedudukan kewangannya.Menurut Mujahid TH sedar akan tanggungjawab sosial korporatnya dan akan terus memberikan subsidi kepada jemaahnya yang pergi haji untuk kali pertama dan mengikut giliran.“Kita jelas orang yang dapat pergi mengikut giliran kita teruskan dan kekalkan subsidinya walaupun ia menelan RM305 juta untuk tahun ini.“Keseluruhan dalam tempoh 10 tahun kita sudah memberi subsidi RM1 bilion kerana kos haji meningkat dan subsidi kekal,” katanya.Sementara itu, Mujahid enggan mengulas mengenai unjuran dividen atau hibah TH yang dijangka akan diumum pada Mac ini.“Yang itu, TH akan umum,” katanya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/02/walau-bukan-kewajipan-kerajaan-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Haji Kekalkan Subsidi Jemaah Haji Rayuan Pengiring

Tabung Haji Kekalkan Subsidi Jemaah Haji Rayuan Pengiring

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji akan menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan dan jemaah yang mengiring bagi menunaikan haji tahun ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mu...
Th Serius Pastikan Jemaah Haji Rayuan Dapat Subsidi Mujahid

Th Serius Pastikan Jemaah Haji Rayuan Dapat Subsidi Mujahid

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 352 hits
ISMA WEBBelum ada keputusan muktamad pemberian subsidi jemaah rayuan BANGI Lembaga Tabung Haji akan mengambil serius mekanisme bagi memastikan subsidi kepada jemaah haji yang berjaya dalam rayuan dikekalkan kata Menteri di Jabatan Perdana M...
Subsidi Bukan Kewajipan Tabung Haji Kata Dr Mujahid

Subsidi Bukan Kewajipan Tabung Haji Kata Dr Mujahid

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 429 hits
SUBSIDI kepada jemaah haji selama ini bukan wajib atas Lembaga Tabung Haji sebaliknya usaha agensi itu meringankan beban pencarumnya menampung kos menunaikan rukun Islam kelima itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujah...
Kaji Semula Dasar Baharu Tanpa Subsidi Haji Perkasa

Kaji Semula Dasar Baharu Tanpa Subsidi Haji Perkasa

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 423 hits
Dr Amini Amir AbdullahKUALA LUMPUR Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia menggesa kerajaan mengkaji semula dasar baharu subsidi haji dengan mengenakan caj penuh kepada mereka yang berjaya dalam rayuan pertama kerana ia akan membebankan bakal ...
Subsidi Haji Jangan Tipu Rakyat Kata Timbalan Presiden Umno

Subsidi Haji Jangan Tipu Rakyat Kata Timbalan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 569 hits
Kredibiliti kerajaan PH dipersoal kerana batal subsidi jemaah haji rayuan dan pengiring dengan memberi alasan masalah kewangan Tabung HajiSEMENYIH 11 Jamadilakhir 1440H Sabtu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan tin...
Menteri Sembunyi Fakta Batal Subsidi Haji Jemaaah Rayuan

Menteri Sembunyi Fakta Batal Subsidi Haji Jemaaah Rayuan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 450 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Isma minta Mujahid Tabung Haji perjelas bayaran RM22 900 BANGI Ikatan Muslimin Malaysia kesal kerana fakta mengenai pembatalan subsidi kepada jemaah yang berjaya dalam rayuan dan mana mana individu yang menjadi pengi...
Wanita Umno Kecewa Kalau Subsidi Haji Dihentikan

Wanita Umno Kecewa Kalau Subsidi Haji Dihentikan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR 17 Feb Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad menzahirkan kekecewaan sekiranya pemberian subsidi kepada jemaah haji yang berjaya dalam rayuan dan mana mana individu menjadi pengiring mahram bagi mengerjakan ibadah itu tahun i...
Subsidi Haji Mujahid Dan Nisan

Subsidi Haji Mujahid Dan Nisan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 558 hits
MAKCIK Minah merenung kejauhan malam dari tingkap rumah pusaka tinggalan suaminya yang sudah beberapa kali dibaik pulih Hening malam dikejutkan dengan guruh di langit Nak hujan lagi fikir Makcik Minah Bendang dua relong sudah ditarah padi s...
Th Tiada Lagi Subsidi Haji Kepada Pengiring Atau Rayuan Kali Pertama

Th Tiada Lagi Subsidi Haji Kepada Pengiring Atau Rayuan Kali Pertama

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 1119 hits
Hadiah untuk pengundi PH daripada TH YBhg Datuk Dato Sri Datin Tuan Puan PELAKSANAAN BAYARAN HAJI BAGI TAHUN 2019M 1440HBerikut adalah maklumat lanjut berkenaan pelaksanan bayaran haji bagi tahun 2019M 1440H untuk tindakan pihak YBhg Dato S...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan