Th Serius Pastikan Jemaah Haji Rayuan Dapat Subsidi Mujahid


ISMA WEBBelum ada keputusan muktamad pemberian subsidi jemaah rayuan BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengambil serius mekanisme bagi memastikan subsidi kepada jemaah haji yang berjaya dalam rayuan dikekalkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
Mengulangi bahawa beliau tidak pernah membuat kenyataan menyatakan subsidi kepada jemaah haji tidak akan diberikan, beliau menjelaskan bahawa TH akan menanggung lebihan kos mengerjakan haji sebanyak RM12,920 bagi setiap jemaah yang menerima tawaran mengikut giliran mereka.
Katanya, isu yang ditimbulkan dan dimainkan adalah berkaitan rayuan, kerana pada setiap musim haji akan ada satu bahagian yang dipanggil rayuan.
“Siapakah mereka perayu-perayu ini? Nombor satu paling jelas dia bukan giliran dia. Mereka ialah orang yang umurnya 75 tahun ke atas, orang tua… kita akan beri keutamaan dalam kategori rayuan. Kedua ialah mereka yang mengiringi orang tua ini. Maka yang mengiringi ini termasuk dalam kategori rayuan.
“Begitu juga dengan mahram… isteri dapat… yang umur bawah pada 45 tahun dia kena bawa mahram dia… mahram dia mesti dapat rayuan… begitu juga dengan isteri yang tak perlu mahram… 45 tahun ke atas tapi suami dia nak ikut sebab tak dapat lagi (giliran).
“Kategori rayuan… OKU kategori rayuan, mualaf… dan mereka ini layak untuk mendapat subsidi. Sebab logiknya, rayuan mereka ini berpandukan kepada umur mereka, keperluan mereka pergi dan sebagainya,” katanya pada siaran langsung program ‘Bicara Politikonomi’ TV1 malam tadi.
Beliau berkata, satu lagi kelompok ialah mereka yang merayu disebabkan takut lewat untuknya mendapat giliran dan pada masa sama mempunyai wang.
“Maka dia tidak termasuk dalam kategori itu. Orang begini pun kita mencari mekanisme bagaimana mempermudahkan dia melakukan ibadat haji.
“Jadi tidak timbul isu tidak memberi subsidi tetapi malangnya apabila ada pihak tertentu telah membawa berita ini dan dijadikan bahan untuk menyerang Tabung Haji seolah-olah dikaitkan kerajaan hari ini tak peduli kepada kebajikan jemaah haji lalu dihapuskan subsidi dan dalam program ini saya ingin menjelaskan bahawa ia tidak benar. Malah belum ada keputusan,” katanya.
Menjawab soalah pengacara Sayed Munawar Sayed Mustar, Mujahid berkata:
“Kadang kala kita berbincang dan masa berbincang ada option-option dibuat, tapi option itu dijadikan keputusan. Bila dijadikan keputusan, itulah yang diambil untuk diuar-uarkan kepada orang ramai, sedangkan ia tidak betul.
“Dan saya ulang balik sekali lagi ia belum dimuktamadkan, tetapi mekanisme untuk memastikan subsidi kekal dalam bentuk rayuan tadi, akan diambil kira secara serius oleh TH,” katanya.
Sebelum ini tular dalam media sosial jawapan yang diberikan TH menerusi Facebook ‘Official: Lembaga Tabung Haji’, bahawa jemaah haji yang berjaya dalam rayuan dan pengiring jemaah serta mahram perlu membayar kos penuh sebanyak RM22,900 – tidak ada subsidi.
Mengenai dividen, beliau berkata, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/th-serius-pastikan-jemaah-haji-rayuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subsidi Haji Mujahid Dan Nisan

Subsidi Haji Mujahid Dan Nisan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 488 hits
MAKCIK Minah merenung kejauhan malam dari tingkap rumah pusaka tinggalan suaminya yang sudah beberapa kali dibaik pulih Hening malam dikejutkan dengan guruh di langit Nak hujan lagi fikir Makcik Minah Bendang dua relong sudah ditarah padi s...
Th Tiada Lagi Subsidi Haji Kepada Pengiring Atau Rayuan Kali Pertama

Th Tiada Lagi Subsidi Haji Kepada Pengiring Atau Rayuan Kali Pertama

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 1000 hits
Hadiah untuk pengundi PH daripada TH YBhg Datuk Dato Sri Datin Tuan Puan PELAKSANAAN BAYARAN HAJI BAGI TAHUN 2019M 1440HBerikut adalah maklumat lanjut berkenaan pelaksanan bayaran haji bagi tahun 2019M 1440H untuk tindakan pihak YBhg Dato S...
Subsidi Bukan Kewajipan Tabung Haji Kata Dr Mujahid

Subsidi Bukan Kewajipan Tabung Haji Kata Dr Mujahid

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 378 hits
SUBSIDI kepada jemaah haji selama ini bukan wajib atas Lembaga Tabung Haji sebaliknya usaha agensi itu meringankan beban pencarumnya menampung kos menunaikan rukun Islam kelima itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujah...
Walau Bukan Kewajipan Kerajaan Kekal Subsidi Jemaah Haji

Walau Bukan Kewajipan Kerajaan Kekal Subsidi Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 311 hits
Walau bukan kewajipan kerajaan kekal subsidi jemaah hajiPosted By on February 24 2019SUBSIDI kepada jemaah haji selama ini bukan wajib atas Lembaga Tabung Haji sebaliknya usaha agensi itu meringankan beban pencarumnya menampung kos menunaik...
Menteri Sembunyi Fakta Batal Subsidi Haji Jemaaah Rayuan

Menteri Sembunyi Fakta Batal Subsidi Haji Jemaaah Rayuan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 400 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Isma minta Mujahid Tabung Haji perjelas bayaran RM22 900 BANGI Ikatan Muslimin Malaysia kesal kerana fakta mengenai pembatalan subsidi kepada jemaah yang berjaya dalam rayuan dan mana mana individu yang menjadi pengi...
Pemuda Umno Mohon Kekalkan Dasar Lama Subsidi Tabung Haji Dr Asyraf

Pemuda Umno Mohon Kekalkan Dasar Lama Subsidi Tabung Haji Dr Asyraf

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 482 hits
KUALA LUMPUR 15 Feb Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Rawa serta pihak pengurusan Tabung Haji mempertimbangkan kembali dasar baru terhadap mereka yang membu...
Bayaran Penuh Untuk Jemaah Haji Pengiring Rakyat Luahkan Kebimbangan

Bayaran Penuh Untuk Jemaah Haji Pengiring Rakyat Luahkan Kebimbangan

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 594 hits
Oleh Kisah Tabung Haji anda sudah dengar apa berita terbaru hari ini Jika seorang isteri dapat panggilan untuk tunaikan haji kali pertama tahun ini seperti biasa kerajaan berikan subsidi dari segi kos haji maka bayaran yang perlu dibuat ada...
Koleksi Gambar Menarik Jemaah Haji Dari 10 Negara Pada Tahun 1880 An

Koleksi Gambar Menarik Jemaah Haji Dari 10 Negara Pada Tahun 1880 An

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 639 hits
Foto foto menarik dari tahun 1884 ini menampilkan jemaah haji dari 10 negara Sebelum itu sebelum kewujudan pengangkutan moden seperti menggunakan laluan udara perjalanan untuk menunaikan Haji jauh lebih sukar dan berbahaya dan perjalanan je...
Kaji Semula Dasar Baharu Tanpa Subsidi Haji Perkasa

Kaji Semula Dasar Baharu Tanpa Subsidi Haji Perkasa

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 384 hits
Dr Amini Amir AbdullahKUALA LUMPUR Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia menggesa kerajaan mengkaji semula dasar baharu subsidi haji dengan mengenakan caj penuh kepada mereka yang berjaya dalam rayuan pertama kerana ia akan membebankan bakal ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya