Mujahid Akan Saman Pihak Guna Isu Tabung Haji Berkempen Di Prk Semenyih



Hanya isu RM90 juta dan 1MDB dibenar diguna di dalam kempen PRK Semenyih (Malaysia Gazette) – Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada parti politik bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih yang membawakan isu Tabung Haji sebagai bahan untuk berkempen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan itu akan diambil kerana beliau menerima laporan perkara tersebut dijadikan isu untuk bagi mengelirukan orang ramai.
Menurutnya, parti politik khususnya pembangkang cuba melakukan pembohongan apabila berkempen kononnya Tabung Haji pada masa ini berada di bawah telunjuk DAP.
“Hari ini, mereka berleluasa khususnya di kempen ini (PRK Semenyih) membawa satu pembohongan kononnya Tabung Haji sekarang di bawah DAP. Menteri Agama tunduk kepada kehendak DAP,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas memberikan ceramah Pakatan Harapan (PH) di Taman Kantan Permai di sini malam ini.
Mujahid mengingatkan pihak-pihak berkenaan bahawa beliau telah menang dalam satu kes saman melibatkan seorang profesor yang menulis dalam satu artikel berhubung perkara sama sehingga akhirnya individu itu membuat permohonan maaf dengan menarik semula artikel yang ditulis.
Katanya, menerusi kemenangan itu, beliau mempunyai kekuatan untuk menutup mulut pihak-pihak yang cuba menabur fitnah dengan menggunakan Tabung Haji sebagai senjata ketika berkempen.
“Dalam tulisan-tulisan mereka menyatakan mereka ini dan menuduh (kerajaan) tunduk kepada DAP.
“Ini bahaya, jangan sampai kita menyaman tulisan-tulisan ini yang jelas berbaur fitnah yang tidak membantu pendeposit 9.7 juta ini (pendeposit Tabung Haji),” ujarnya.
Sebelum ini, Mujahid membuat tuntutan saman fitnah terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhunbung artikel yang dimuatnaik pada 25 Mei 2017 di laman Facebooknya bertajuk ‘Dr. Mujahid Antara Kuda Tunggangan Terbaik DAP.’
Bagaimanapun, Kamarul Zaman yang juga bekas Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) bersetuju memohon maaf dan menyatakan penyesalan di hadapan hakim.
Terdahulu, Mujahid menyampaikan ceramah sempena PRK Semenyih yang dihadiri kira-kira 100 penduduk.
Beberapa penceramah lain terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti negeri turut hadir dalam ceramah tersebut termasuk Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Calon PH, Muhammad Aiman Zainali turut hadir pada ceramah berkenaan untuk memperkenalkan diri kepada pengundi.
PRK Semenyih diadakan ekoran kematian penyandangnya, dari Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu, Bakhtiar menewaskan penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelvan mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Bakhtiar mengalahkan Johan daripada UMNO yang menjadi wakil rakyat di kerusi itu selama dua penggal dengan majoriti 8,964 undi selepas memperoleh 23,428 undi.
PRK Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas PRU-14. Sebelum ini, Selangor sudah mengadakan tiga PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/20/mujahid-akan-saman-pihak-guna-isu-tabung-haji-berkempen-di-prk-semenyih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Mahu Saman Pihak Fitnah Th Dikawal Dap

Mujahid Mahu Saman Pihak Fitnah Th Dikawal Dap

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 426 hits
HULU LANGAT Mana mana pihak yang memfitnah Lembaga Tabung Haji dengan menuduh institusi itu kini di bawah cengkaman DAP pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih akan dikenakan tindakan undang undang Amaran itu diberikan...
Subsidi Bukan Kewajipan Tabung Haji Kata Dr Mujahid

Subsidi Bukan Kewajipan Tabung Haji Kata Dr Mujahid

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 380 hits
SUBSIDI kepada jemaah haji selama ini bukan wajib atas Lembaga Tabung Haji sebaliknya usaha agensi itu meringankan beban pencarumnya menampung kos menunaikan rukun Islam kelima itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujah...
Solidariti Tabung Haji Bukan Isu Untuk Dipolitikkan

Solidariti Tabung Haji Bukan Isu Untuk Dipolitikkan

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 413 hits
TABUNG Haji sedang menghadapi masalah kewangan seperti yang dilaporkan oleh media sejak tahun lepas Akibatnya dividen pencarum mungkin berkurang berbanding dengan tahun tahun sebelum ini Desas desus berhubung subsidi rayuan haji pula hangat...
Prk Semenyih Isu Penyokong Bn Meninggal Dunia Mana Pergi Spr

Prk Semenyih Isu Penyokong Bn Meninggal Dunia Mana Pergi Spr

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 494 hits
Al Fatihah buat Allahyarham Mamat bin Awang yang meninggal dunia ketika menantikan penamaan calon PRK DUN N24 Semenyih Allahyarham hadir ke Dewan Seri Cempaka untuk mengiringi calon BN Zakaria Hanafi 58 pada penamaan calon Pilihan Raya Keci...
Bahaya Kiranya Isu Kelulusan Akademik Setiausaha Agung Bersatu Terus Berlarutan Hingga Prk Semenyih

Bahaya Kiranya Isu Kelulusan Akademik Setiausaha Agung Bersatu Terus Berlarutan Hingga Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 486 hits
Entah kenapa tiba tiba saja isu kelulusan akademik Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya muncul kembali menjadi perhatian di media sosial dan juga media arus perdana Sebelum ini ketika Marzuki dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri ...
Suatu Kejutan Dari Prk Semenyih Sebentar Tadi

Suatu Kejutan Dari Prk Semenyih Sebentar Tadi

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 399 hits
Suatu Kejutan Dari PRK Semenyih Sebentar Tadi Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Exco Pemuda Umno Papagomo dengan menggunakan lengan bertindak mengunci lehernya dan mengugutnya ketika kekecohan di Semenyih awal hari...
Prk Semenyih Proses Pencalonan Bermula Pada Jam 9 Pagi

Prk Semenyih Proses Pencalonan Bermula Pada Jam 9 Pagi

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 367 hits
SEMENYIH Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih akan bermula pada 9 pagi ini Pusat penamaan calon ialah di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang di Saujana Impian Kajang kira kira 12 kilometer da...
Perang Saraf Menjelang Prk Semenyih

Perang Saraf Menjelang Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 447 hits
SD Salleh Hari ini Malaysia sudah kecoh berkenaan dengan Presiden Pas Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabat beliau pada hari jumaat yang lepas Mahathir telah membuat kenyataan baha...
Prk Semenyih Pas Parti Yg Tak Pernah Gentar

Prk Semenyih Pas Parti Yg Tak Pernah Gentar

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 368 hits
Mula mula membaca berita kononnya PAS tidak akan menyokong calon UMNO dalam PRK DUN Semenyih hati saya berteka teki sama ada perkara ini benar atau sengaja diadakan Di media sosial ramai kata perkara ini mungkin benar berikutan satu pertemu...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Importance Of Domain Valuation

Makan Di Ayam Gepuk Top Global


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan