Solat Sunat Kusuf




‘Gerhana Matahari’ disebut ‘Kusuf’ (الكُسُوفِ) di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.


Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai ‘sebaik-baik kurun’.


Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.


Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:



عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.
“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.”



Galakan mengerjakan ibadah Solat Sunat Gerhana ini  berdasarkan banyak hadis berkaitan gerhana. Terdapat beberapa perkara sunnah yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana, di antaranya adalah melakukan solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”


Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:


إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.”


Solat Sunat Gerhana Matahari


Melakukan ‘Solat Gerhana Matahari’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Kusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.


Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat Jumaat.


Sebaiknya dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa ataupun hal-hal bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi mungkar.


Waktu Solat Gerhana Matahari


Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.


A.  Pelaksanaan Gerhana Matahari (Kusuf)


‘Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari’ tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Dalam semua cara Solat Sunat Gerhana Matahari, hendaklah diperlahankan suara ketika membaca surah.


1.  Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :


Aku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

2.  Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat Solat Sunat Kusuf tetapi bacaan Al Fatihah dan surah tidak boleh dijaharkan (dinyaringkan).


Dari Aisyah r.a. berkata:



عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً  ثُمَّ  رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ  رَأْسُهُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ  قِرَاءَةً  طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ  رَكَعَ  رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى  ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً  ثُمَّ فَعَلَ ِفي  الرَّكْعَةِ  الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ  ثُمَّ سَلَّمَ  وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ  النَّاسِ فَقَالَ ِ في  كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ  إِنَّهُمَا  آيَتَانِ  مِنْ  آياَتِ اللهِ  َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian Baginda mengangkat kepala dan mengucapkan “Sami’ Allahhu Liman Hamidah”, dan Baginda berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian Baginda rukuk dengan rukuk yang panjang, sedang rukuk ini berkurang dari rukuk pertama, kemudian Baginda sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian Baginda bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana.”  (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)



3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali rukuk, tiga (3) kali rukuk atau empat (4) kali rukuk bagi setiap raka’at.


4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;


B.  Ringkasan Cara Solat Sunat Kusuf


Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) tidak perlu ‘Iqamah’ tapi cukup sekadar ucapan (الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) ini boleh dilakukan dengan 4 cara atau empat kaedah dan dalam solat ini bacaan Al-Fatihah dan surahnya dibaca dengan suara perlahan dan tidak dinyaringkan.


Secara ringkasnya Solat Gerhana / Solat Sunat Kusuf adalah seperti berikut :


1.  Cara Pertama


Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) boleh dilakukan dengan cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana Solat Sunat Zuhur atau mana-mana solat sunat. Didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.


2.  Cara Ke-Dua


Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara ‘ ال أدنى ‘, iaitu ditunaikan dengan 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud pada setiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap Qiam itu.


Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu) kemudian rukuk dan berdiri tegak semula (qiam kedua).


Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian rukuk semula (dipanggil rukuk kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.


3.  Cara Ke-Tiga


Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara membaca tasbih dan surah panjang.


a.   Rakaat Pertama



Takbiratul Ihram.Membaca Doa Iftitah.Membaca Ta`awwuz.Membaca surah al-Fatihah.Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau  mana-mana surah.Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.Iktidal.Sujud dan membaca tasbih.Duduk antara 2 sujud.Sujud kembali.Berdiri ke rakaat kedua.


b.   Rakaat kedua



Membaca surah al-Fatihah.Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan surah al-Maidah atau mana-mana surah.Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.Iktidal.Sujud dan membaca tasbih.Duduk antara 2 sujud.Sujud kembali.Membaca Tasyahud Akhir.Memberi salam.


Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:


وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة


Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”


4.  Cara Ke-Empat
Cara keempat Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari), ia didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 4 kali Qiam, 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.



Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan membaca 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.Disunatkan membaca dengan suara perlahan surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat  gerhana matahari.Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca al-Fatihah dan surah, lalu rukuk.Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.


Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ  سَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ. 


“Ketika terjadi gerhana di zaman Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).


Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara solat gerhana memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat gerhana dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali rukuk dalam setiap raka’at, atau empat kali rukuk dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)


Nota:
Makmum yang tertinggal rukuk yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.


C.  Khutbah Solat Gerhana :
 

Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun telah selesai gerhana.Khutbahnya adalah seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir.Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.



Aisyah r.a. berkata :


ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
 “Seterusnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana.”  (Riwayat Bukhari r.a.)


Pertembungan Solat


Jika gerhana berlaku serentak dengan solat fardhu yang lain, maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling utama:



Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat witir didahulukan solat gerhana.
 
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengadakan dan menunaikan ‘Solat Sunat Kusuf’ ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana matahari tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.


Rujukan:



Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1,  terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.LDr. Abdul Karim Zaidan,  Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rahmanhatim93.blogspot.com/2020/08/solat-sunat-kusuf-gerhana-matahari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1750 hits
Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu akkad selamat datang bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain Sabda Rasulul...
Solat Sunat Khusuf

Solat Sunat Khusuf

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 584 hits
Khusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya Hukum melakukan Solat Gerhana Bulan atau dikenali juga dengan nama Solat Sunat Khusuf adalah sunat muakkad bagi musli...
Cara Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Sunat Tahajjud

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 2123 hits
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan Rasulullah SAW dan para ...
Berbaring Sekejap Selepas Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh

Berbaring Sekejap Selepas Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 308 hits
Salam ustaz saya pernah melihat seorang yang agak tinggi ilmu agamanya seringkali berbaring sekejap selepas mengerjakan solat sunat sebelum subuh Beliau akan bangun apabila dilaungkan iqomah dan solat jemaah Agak berulang ulang juga saya me...
Solat Sunat Aidiladha Di Selangor Siapa Dahulu Dia Dapat

Solat Sunat Aidiladha Di Selangor Siapa Dahulu Dia Dapat

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 341 hits
SHAH ALAM 29 Julai Perlaksanaan solat sunat Aidiladha Jumaat ini di semua masjid dan surau di Selangor akan dibuat pada pukul 8 00 pagi dengan kaedah kehadiran jemaah secara terbuka sehingga kapasiti jemaah sebenar ruang solat dipenuhi dan ...
Amal Solat Sunat Dan Selawat Setap Hari Gadis Ini Syukur Dipanggil 5 Interview Dalam Masa Sebulan

Amal Solat Sunat Dan Selawat Setap Hari Gadis Ini Syukur Dipanggil 5 Interview Dalam Masa Sebulan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 485 hits
Zaman sekarang saingan hebat untuk dapatkan kerja memang susah tambah tambah lagi bila graduan lepasan universiti Ada yang terpaksa menganggur berbula bulan malah bukan itu sahaja ada yang sampai makan tahun Perkongsian menarik ini daripada...
Cara Solat Sunat Dhuha

Cara Solat Sunat Dhuha

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 2102 hits
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan Nya Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukan...
Solat Sunat Dan Kelebihannya

Solat Sunat Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 994 hits
Solat sunat atau nawafil adalah solat solat selain daripada yang telah difardhukan Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung sebarang kekurangan dalam amalan fardhu Memperbanyakkan solat sunat juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT d...
Kaitan Solat Dengan Membunuh Buat Apa

Kaitan Solat Dengan Membunuh Buat Apa

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 177 hits
Ipohmali Mengejutkan tadi baca tulisan seorang ang dirujuk sebagai Ulama ISMA bagi aku tidak bertanggungjawab bila mengaitkan dalam artikelnya pembunuhan Pensyarah UIAM Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman Pensyarah tersebut dijerut dilehe...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord