Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid






Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.


Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)



Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 

Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan didirikan solat fardhu, maka memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat sebelum fardu dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat sunat qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid.


Jika seseorang itu meninggalkan Solat Sunat Tahiyatul Masjid tetapi terus menunaikan solat sunat qabliyah atau solat wuduk, maka ia juga memadai kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu ‘mendirikan solat dua rakaat’.


Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah sewajarnya seseorang itu melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat.


Tujuan
1.  Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.
2.  Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.
3.  Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.


Tertib
Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan pekara2 berikut:


1.   Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:


2.   Berniat iktikaf.
3.   Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, bagi menambahkan kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah dibaca:


 Cara Melakukan Solat Tahiyatul Masjid
Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua raka’at. Caranya sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya saja yang berbeza.


1.  Niatnya :
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:


      Raka’at pertama – Al-Kafirun.
      Raka’at kedua – Al-Ikhlas.


3.  Zikir Selepas Solat Sunat Tahiyatul Masjid


a.  Kemudian selepas selesai Solat Sunat Tahiyatul Masjid itu bacalah 100 kali;
b.  Selepas itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan.


Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid
1.  Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
2.  Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT.
3.  Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.
4.  Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin.
5.  Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda.


Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.


Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid


1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.


.


2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.



Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.


3  Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang  dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.


4. Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah Jumaat dijalankan.


Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya:



“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali:  ‘Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’



Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.” (Hadis Riwayat Muslim)


6.  Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW: “Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu.” (Hadis Riwayat Muslim)


Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu.


7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki lima.  Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh Solat Sunat Qabliyah Jumaat.


8.  Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam hendaklah melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan bukannya Solat Tahiyatul Masjid. Kata Ibn Abbas r.a. “Tahiyat Kaabah ialah Tawaf”.


9.  Mereka yang telah bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat, menuntut ilmu dan seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid bukannya mengerjakan Tawaf.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rahmanhatim93.blogspot.com/2020/08/cara-solat-sunat-tahiyatul-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Sunat Dhuha

Cara Solat Sunat Dhuha

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 2202 hits
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan Nya Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukan...
Cara Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Sunat Tahajjud

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 2273 hits
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan Rasulullah SAW dan para ...
Solat Sunat Khusuf

Solat Sunat Khusuf

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 655 hits
Khusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya Hukum melakukan Solat Gerhana Bulan atau dikenali juga dengan nama Solat Sunat Khusuf adalah sunat muakkad bagi musli...
Solat Sunat Kusuf

Solat Sunat Kusuf

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 527 hits
Gerhana Matahari disebut Kusuf di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini...
Solat Sunat Dan Kelebihannya

Solat Sunat Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 1074 hits
Solat sunat atau nawafil adalah solat solat selain daripada yang telah difardhukan Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung sebarang kekurangan dalam amalan fardhu Memperbanyakkan solat sunat juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT d...
Solat Sunat Aidiladha Di Selangor Siapa Dahulu Dia Dapat

Solat Sunat Aidiladha Di Selangor Siapa Dahulu Dia Dapat

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 379 hits
SHAH ALAM 29 Julai Perlaksanaan solat sunat Aidiladha Jumaat ini di semua masjid dan surau di Selangor akan dibuat pada pukul 8 00 pagi dengan kaedah kehadiran jemaah secara terbuka sehingga kapasiti jemaah sebenar ruang solat dipenuhi dan ...
Agong Permaisuri Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Tengku Ampuan Afzan

Agong Permaisuri Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Tengku Ampuan Afzan

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 315 hits
KUANTAN 31 Julai Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini Keberangkatan Seri Paduka yang diiringi Ra...
Solat Aidiladha Secara Terbuka Bilangan Jemaah Mengikut Kapasiti Masjid

Solat Aidiladha Secara Terbuka Bilangan Jemaah Mengikut Kapasiti Masjid

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM 29 JULAI Solat sunat Aidiladha di semua masjid dan surau di negeri ini dilaksanakan dengan kehadiran umat Islam secara terbuka iaitu siapa cepat dia dapat mengikut jumlah kapasiti sesuatu rumah ibadat Uni Korporat Jabatan Agama Is...
Amal Solat Sunat Dan Selawat Setap Hari Gadis Ini Syukur Dipanggil 5 Interview Dalam Masa Sebulan

Amal Solat Sunat Dan Selawat Setap Hari Gadis Ini Syukur Dipanggil 5 Interview Dalam Masa Sebulan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 524 hits
Zaman sekarang saingan hebat untuk dapatkan kerja memang susah tambah tambah lagi bila graduan lepasan universiti Ada yang terpaksa menganggur berbula bulan malah bukan itu sahaja ada yang sampai makan tahun Perkongsian menarik ini daripada...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan