Solat Sunat Khusuf



 
‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.


Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”


A.  Solat Gerhana Bulan (Khusuf)


1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.


2.  Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Aku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

3.  Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.


.


4.  Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;


اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْه


اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَات

5.  Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :


اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء,  اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَات


B.  Cara Solat Sunat Khusuf
 Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:


1.  Cara Pertama
Solat Sunat Khusuf  2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.


a.   Rakaat Pertama



Takbiratul Ihram.Membaca doa iftitah.Membaca Ta`awudz.Membaca surah Al-Fatihah.Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau  mana-mana surah.Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.Iktidal.Sujud dan membaca tasbih.Duduk antara 2 sujud.Sujud kembali.Berdiri ke rakaat kedua.


b.   Rakaat kedua.



Membaca surah Al-Fatihah.Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.Iktidal.Sujud dan membaca tasbih.Duduk antara 2 sujud.Sujud kembali.Membaca tasyahud akhir.Memberi salam.




Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua  Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.”  (Hr Bukhari dan Muslim).


Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:


وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة
Ishak B. Rahawaih berkata:  “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”


2.  Cara Ke-dua
Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.





Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat  gerhana.Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.


Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata:  “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara ‘Solat Kusuuf’ (solat gerhana) memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at, atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at.”  (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)


C.  Khutbah Solat Gerhana


Dalil dari Aisyah r.a. berkata :



ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.


 “Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”  (Riwayat Bukhari r.a.)



Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rahmanhatim93.blogspot.com/2020/08/solat-sunat-khusuf-gerhana-bulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 1840 hits
Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu akkad selamat datang bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain Sabda Rasulul...
Solat Sunat Kusuf

Solat Sunat Kusuf

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 527 hits
Gerhana Matahari disebut Kusuf di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini...
Cara Solat Sunat Tahajjud

Cara Solat Sunat Tahajjud

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 2273 hits
Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan Rasulullah SAW dan para ...
Berbaring Sekejap Selepas Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh

Berbaring Sekejap Selepas Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 358 hits
Salam ustaz saya pernah melihat seorang yang agak tinggi ilmu agamanya seringkali berbaring sekejap selepas mengerjakan solat sunat sebelum subuh Beliau akan bangun apabila dilaungkan iqomah dan solat jemaah Agak berulang ulang juga saya me...
Solat Sunat Aidiladha Di Selangor Siapa Dahulu Dia Dapat

Solat Sunat Aidiladha Di Selangor Siapa Dahulu Dia Dapat

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 379 hits
SHAH ALAM 29 Julai Perlaksanaan solat sunat Aidiladha Jumaat ini di semua masjid dan surau di Selangor akan dibuat pada pukul 8 00 pagi dengan kaedah kehadiran jemaah secara terbuka sehingga kapasiti jemaah sebenar ruang solat dipenuhi dan ...
Amal Solat Sunat Dan Selawat Setap Hari Gadis Ini Syukur Dipanggil 5 Interview Dalam Masa Sebulan

Amal Solat Sunat Dan Selawat Setap Hari Gadis Ini Syukur Dipanggil 5 Interview Dalam Masa Sebulan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 524 hits
Zaman sekarang saingan hebat untuk dapatkan kerja memang susah tambah tambah lagi bila graduan lepasan universiti Ada yang terpaksa menganggur berbula bulan malah bukan itu sahaja ada yang sampai makan tahun Perkongsian menarik ini daripada...
Cara Solat Sunat Dhuha

Cara Solat Sunat Dhuha

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 2202 hits
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan Nya Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukan...
Solat Sunat Dan Kelebihannya

Solat Sunat Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 1074 hits
Solat sunat atau nawafil adalah solat solat selain daripada yang telah difardhukan Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung sebarang kekurangan dalam amalan fardhu Memperbanyakkan solat sunat juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT d...
Kaitan Solat Dengan Membunuh Buat Apa

Kaitan Solat Dengan Membunuh Buat Apa

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 220 hits
Ipohmali Mengejutkan tadi baca tulisan seorang ang dirujuk sebagai Ulama ISMA bagi aku tidak bertanggungjawab bila mengaitkan dalam artikelnya pembunuhan Pensyarah UIAM Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman Pensyarah tersebut dijerut dilehe...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan