Kaitan Solat Dengan Membunuh Buat Apa



Ipohmali
Mengejutkan tadi baca tulisan seorang ang dirujuk sebagai Ulama ISMA, bagi aku tidak bertanggungjawab bila mengaitkan dalam artikelnya pembunuhan Pensyarah UIAM, Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman, Pensyarah tersebut dijerut dileher dikatakan oleh suaminya sendiri.. lalu si Tokoh ISMA kaitkan soal Solat dalam artikelnya..Pandangan yang tidak kena pada tempatnya…Malah bagi aku ia pandangan yang sangat jahil…
2- SABAR MENDAHULUI SOLAT DALAM UJIAN..
Solat itu adalah senjata seorang yang mukmin, tempat pengaduan seorang mukmin bila ditimpa ujian.. tetapi ia bukanlah ia faktor penceraian.. Kenapa tokoh Ashabiyah ISMA itu tidak mengaitkan Sifat Sabar itu lebih didahului dari Solat ..ia menjadi tuntutan seorang muslim di dalam Quran mendahului Sabar dari Solat..Sebagaimana firman Allah..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
(Surah al-Baqarah: ayat 153)
Bukan kah Allah mendahului Sabar sebelum Solat kepada orang beriman ? malah perkataan Sabar dan Solat sering digandingkan di dalam firman Allah.. perkataan Sabar diulang lebih 90 kali di dalam Quran..ia jelas sekali lagi bila seorang beriman itu ditimpa ujian, hatta dalam hal rumahtangga, Sabar adalah senjata dan sifat orang beriman.. Sebagaimana firman Allah..
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ..
Dan sesungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar….
Surah Al-Baqarah ayat 155
dalam Kitab Musnad Ahmad, Rasulullah ﷺ bersabda:
“عَجَبًا لِلْمُؤْمِنِ لَا يَقْضِي اللَّهُ لَهُ قَضَاءً إِلَّا كَانَ خَيْرًا لَهُ: إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ، فَشَكَرَ، كَانَ خَيْرًا لَهُ؛ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ فَصَبَرَ كَانَ خَيْرًا لَهُ”
“Mengagumkan perihal orang mukmin itu. Tidak sekali-kali Allah menetapkan suatu ketetapan baginya, melainkan hal itu baik belaka baginya. Jika dia mendapat kesenangan, maka bersyukurlah dia yang hal ini adalah lebih baik baginya; dan jika tertimpa kesengsaraan, maka bersabarlah dia yang hal ini adalah lebih baik baginya.”
(Riwayat Ahmad )
3- APAKAH IMAM MUDA, PENCETUS UMMAH DAN USTAZ SELEBRITI TIDAK SOLAT.. ?
Kebelakangan ini kita sering mendengarkan kisah kisah di media sosial tak kira yang digelar pencetus Ummah..Imam Muda, Dai’e..bagaimana Ustaz ustaz selebriti berpoligami.. bukan hanya bercerai berai, malah menzalimi isteri dan anak mereka sendiri.. Apakah mereka ini tidak Solat ? malah digelar imam muda lagi…
Ada dikalangan mereka yang berkahwin bersaksikan dengan aura Kaa’bah pun akhirnya berlaku penceraian.. Jadi para agamawan, Jangan berbohong atas nama Agama…
Jangan pula nanti bukan Islam gelakkan kelompok ISMA bila melihat banyak dari kes penceraian..jenayah pembunuhan, rasuah, rogol dan sumbang mahram di dominasi oleh orang Islam yang Solat… apalagi pelakunya tok Imam dan orang yang pimpin Imam Solat..Pemimpin yang sering berSelfie di bumi Mekah..
4- BERLAKU ADIL DALAM PERKAHWINAN ADALAH TUNTUTAN AGAMA…
Munakahat, Muamalah dan Siyasah antara perkara yang melibatkan hubungan manusia dengan Manusia.. Jadi antara tuntutan Utama dalam hubungan sesama manusia itu adalah Berlaku Adil… Adil inilah tuntutan utama dalam Agama.. Bukan kah sifat Adil itu lebih dekat dengan Taqwa sebagaimana firman Allah..
اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ..
” Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa ”
Sebelum ini aku ada bahaskan term Khiftum ( خِفْتُمْ ) dengan sahabat aku… dalam firman Allah, bila menyentuh ayat berkenaan perkahwinan dan penceraian Allah gunakan lafaz ( وَاِنْ خِفْتُمْ ) iaitu jika kamu takut atau khawatirkan.., mengapa lafaz ini digunakan.. Kerana ia melibatkan soal hubungan dengan manusia…apalagi melibatkan perkhwinan dan penceraian.. Allah serahkan atas pertimbangan dan kebijaksanaan Manusia.. Itu sebabnya dalam Perkahwinan Allah gunakan lafaz ..
وَ اِنۡ خِفۡتُمۡ اَلَّا تُقۡسِطُوۡا..
فَاِنۡ خِفۡتُمۡ اَلَّا تَعۡدِلُوۡا..
” Dan jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil ”
(Surah-An Nisaa ayat 3)
Dalam ayat ini Allah gunakan lafaz adil dalam maksud dan tujuan berbeza.. Satu Allah guna lafaz Al-Qisth dan Satu Al A’dl.. tetapi ia membawa makna yang sama.. biarpun Ulama membahaskan ianya mempunyai maksud dan tafsiran berbeza.. itu kita tinggalkan untuk perbahasan yang lain…
Manakala dalam ayat melibatkan penceraian, Allah gunakan lafaz ( وَاِنْ خِفْتُمْ ) iaitu jika kamu takut atau khawatirkan.. sekali lagi Allah serahkan urusan ini atas pertimbangan manusia..
وَاِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا…
” Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan(perpisahan) antara keduanya..”
Lalu Allah berikan solusi, iaitu melantik Hakam(Pendamai)..
فَابْعَثُوا حَكَمًا مِنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِنْ أَهْلِهَا إِنْ يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا..
” Maka kirimlah seorang hakam dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. Jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal… ”
(Surah An-Nisaa ayat 35)
Nampak atau tidak… Kenapa Allah letakkan soal Perkahwinan dan Penceraian itu atas pertimbangan Manusia ? Kerana tahap kesabaran, Kondisi rumahtangga itu berbeza… Persolannya kita akan jawab dalam bab seterusnya..
5- KHAWARIJ JUGA KUAT SOLAT DAN PUASA..TETAPI MEMBUNUH..
Khawarij antara kelompok yang Nabi gambarkan mereka ini kuat Solat malam mereka sehingga terlihat tanda hitam di dahi mereka.. Begitu juga dengan Amalan berpuasa..
Menariknya dalam debat Ibnu Abbas dan kelompok Khawarij.. Hujjah dan ayat An-Nisaa 35 digunakan Ibnu Abbas akan pentingnya mencari jalan damai.. Ketika Khawarij mempertikaikan tindakan Khalifah Ali dalam kes pembunuhan Saidina Uthman..dan timbul persoalan apakah Allah serahkan keputusan itu atas pertimbangan manusia…
dibawakan satu dialog dari Kitab Khashaish Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib (خَصائصُ أمیرالمؤمنین علی بن أبی طالب(ع) Karya Imam Nasa’ie…
Kata Ibnu Abbas kepada kelompok Khawarij..
وكان من حكم الله انه صيره إلى رجال يحكمون فيه ولو شاء يحكم فيه فجاز من حكم الرجال..
Ini diantara hukum Allah yang Allah serahkan hal keputusannya kepada manusia. Andaikan Allah mahukan, tentu Allah boleh memutuskan saja hukumnya. Namun Allah membolehkan kita berhukum kepada manusia…
sambung Ibnu Ababas lagi..
أنشدكم بالله أحكم الرجال في صلاح ذات البين وحقن دمائهم أفضل..
Demi Allah aku bertanya kepada kalian, apakah keputusan hukum seseorang dalam mendamaikan hal suami-isteri yang bertikai atau dalam menjaga darah kaum muslimin itu lebih afdhal ?
jawab Klompok Khawarij..
قالوا بلى هذا أفضل وفي المرأة وزوجها وإن خفتم شقاق بينهما فابعثوا حكما من أهله وحكما من أهلها النساء 35
Merekapun menjawab: “iya, tentu itu afdhal”. Dalam masalah pertikaian suami istri, “Dan bila kamu mengkhawatirkan perceraian antara keduanya, maka kirimlah seorang hakam (penengah yang memberi putusan) dari keluarga laki-laki dan seorang penengah dari keluarga wanita”
(Surah An Nisaa: ayat 35)
فنشدتكم بالله حكم الرجال في صلاح ذات بينهم وحقن دمائهم افضل من حكمهم في بضع امرأة خرجت من هذه قالوا نعم
Demi Allah telah bacakan kepada kalian diperintahkannya berhukum kepada manusia dalam mendamaikan suami-isteri yang bertelingkah dan dalam menjaga darah mereka, dan itu lebih afdhal dari pada hukum yang diputuskan beberapa wanita. Apakah alasanmu sudah terjawab dengan ini? Mereka pun..menjawab: “Ya”…
Apakah kita lihat dari dialog Ibnu Abbas dan kelompok Khawarij ini jelas, Urusan rumah tangga, urusan sesama manusia, Allah letakkan atas kebijaksanaan manusia… Ibnu Abbas menggunakan ayat yang menyentuh soal Penceraian lalu cuba mendamaikan pertelingkahan sesama muslim…
6- JADI AGAMAWAN.. BEHENTILAH BERBOHONG ATAS NAMA AGAMA..
Jadi para agamawan.. Jangan kaitkan urusan manusia.. Soal perkahwinan atau Poligami itu menyentuh soal Sunnah Nabi atau Sunnah yang disyariat.. Begitu juga kes Penceraian apalagi pembunuhan dengan Solat.. Jangan perbodohkan Ummat Islam…
Tidak dinafikan Solat itu tiang Agama.. tetapi ia lebih menyentuh soal hubungan kita dengan Allah, Bukan sesama manusia… Jangan disebabkan pandangan yang pelik ini bukan saja akan menyentuh hati keluarga mangsa pembunuhan.. tetapi ia akan menyebarkan salah faham bukan Islam kepada Islam…
Bukan kah Khawarij yang kuat berbunuhan itu juga kuat Solat dan Puasanya..Bumi Syria itu hancur, mereka berbunuhan bukan kerana ahli Maksiat yg tinggalkan Solat… tetapi orang ahli Ibadah(Khawarij) yang kuat solat dan Puasa mereka.. lalu mereka juga meremehkan Solat dan Puasa hatta Ibadah muslim lain sebagaimana Khawarij…. ?
فَقَالَ: فَإِنَّ لَهُ أَصْحَابًا يَحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلاَتَهُ مَعَ صَلاَتِهِمْ، وَصِيَامَهُ مَعَ صِيَامِهِمْ، يَقْرَءُونَ القُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ
Baginda bersabda: “ kerana dia mempunyai teman-teman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan solatnya jika dibandingkan dengan solat mereka, dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terlepas dari Islam sebagaimana terlepasnya anak panah dari busurnya.”
Riwayat al-Bukhari (3610)
Cuba lihat dipersekitaran kita hari ini.. Bukankah Allah sudah gambarkan..Zahirkan kepada kita kebenaran dari kata katanya.. Yang menyeru seruan Asahabiyah.. Kebencian datang dari tokoh Agama seperti ISMA dan PAS.. begitu juga mereka bersama pengkhianat..
bukankan mereka yang menzalimi isteri dengan berpoligami dan menceraikan isteri mereka hatta isterinya mengandung datang dari tindakan mereka yang rajin Solat.. Rajin Beribadah.. rajin pergi ke Mekah..hatta dikenal sebagai Imam muda dan Dai’e(Pendakwah)..
Tidak nampakkah lagi gambaran yang Nabi kata kelompok yang lebih aku takuti dari Dajjal ?
Ipohmali


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29079

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Benar Solat Aidiladha

Kelantan Benar Solat Aidiladha

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 295 hits
KOTA BHARU Kerajaan Kelantan membenarkan solat sunat Aidiladha namun perlu mengikut kapasiti masjid mahupun surau di negeri ini setelah mengambil kira penjarakan sosial sekurang kurangnya 1 meter antara jemaah Yang Dipertua Majlis Agama Isl...
Ribuan Orang Tunaikan Solat Subuh Di Masjid Hagia Sophia

Ribuan Orang Tunaikan Solat Subuh Di Masjid Hagia Sophia

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 266 hits
ISTANBUL Ribuan orang menunaikan solat Subuh di Hagia Sofia di Istanbul pada pagi Ahad selepas bangunan bersejarah itu ditukar semula menjadi masjid pada Jumaat Anadolu Agency melaporkan kebanyakan orang yang menunaikan solat di masjid itu ...
Adakah Umat Islam Dibenarkan Solat Jamak Ketika Melancong

Adakah Umat Islam Dibenarkan Solat Jamak Ketika Melancong

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 277 hits
SOALAN Ohmedia pasti antara antara kita yang gemar pergi melancong ke tempat yang menarik pada setiap bulan Jadi adakah solat Jamak boleh dilakukan ketika melancong JAWAPAN Keharusan melakukan solat jamak dan qasar bagi musafir tidaklah dis...
Solat Sunat Aidiladha Ibadah Korban Dibenarkan Di Masjid Di Thailand

Solat Sunat Aidiladha Ibadah Korban Dibenarkan Di Masjid Di Thailand

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 306 hits
Bangkok Semua masjid di Thailand diberi lampu hijau untuk menunaikan solat berjemaah dan mengerjakan ibadan korban untuk Aidiladha yang akan disambut pada 31 Julai ini walaupun perlu mematuhi garis panduan kesihatan yang ketat bagi mengekan...
Erdogan Sertai Solat Jumaat Pertama

Erdogan Sertai Solat Jumaat Pertama

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 437 hits
ISTANBUL Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semalam menyertai ribuan umat Islam di negara itu menunaikan solat Jumaat pertama di Hagia Sophia selepas mercu tanda kontroversi itu ditukar semula menjadi masjid Masjid berkenaan dibanjiri pend...
Kurang Satu Rakaat Ketika Solat

Kurang Satu Rakaat Ketika Solat

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 399 hits
SOALAN Ohmedia dapat rasakan ada antara kita pernah terlupa satu rakaat ketika menunaikan solat Jadi adakah kita perlu untuk mengulangi solat kita selepas selesai memberi salamJAWAPAN Kalau seorang yang solat telah memberi salam kemudian di...
Hukum Kejut Membangunkan Orang Tidur Supaya Solat

Hukum Kejut Membangunkan Orang Tidur Supaya Solat

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 250 hits
Apakah hukum mengejutkan membangunkan orang tidur supaya bangun solat Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Jika kita tinggal dirumah sewa dan pada...
Agong Permaisuri Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Tengku Ampuan Afzan

Agong Permaisuri Tunai Solat Aidiladha Di Masjid Tengku Ampuan Afzan

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 316 hits
KUANTAN 31 Julai Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini Keberangkatan Seri Paduka yang diiringi Ra...
Solat Aidiladha Secara Terbuka Bilangan Jemaah Mengikut Kapasiti Masjid

Solat Aidiladha Secara Terbuka Bilangan Jemaah Mengikut Kapasiti Masjid

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM 29 JULAI Solat sunat Aidiladha di semua masjid dan surau di negeri ini dilaksanakan dengan kehadiran umat Islam secara terbuka iaitu siapa cepat dia dapat mengikut jumlah kapasiti sesuatu rumah ibadat Uni Korporat Jabatan Agama Is...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan