Siapa Kata Umno Kembali Berkuasa Selepas Pru15 Soal Chin Tong



(Utusan) – Di sebalik keyakinan Barisan Nasional (BN) terutama UMNO bahawa parti itu akan kembali menguasai Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pembangkang bagaimanapun meraguinya berdasarkan trend sokongan pengundi kepada parti itu.
Ketua pembangkang Pakatan Harapan (PH) Johor, Liew Chin Tong berkata, menyorot dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebelum ini, sokongan tetap pengundi terhadap gabungan itu hanya mencapai sekitar 40 peratus, iaitu rekod sama diperoleh mereka pada PRU14.
Bagaimanapun, Chin Tong daripada DAP berpendapat, keadaan itu menyaksikan tiada lagi sambutan hebat diterima dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini.
Merujuk pada keputusan pilihan raya umum lalu, katanya, UMNO hanya menang 47 kerusi Parlimen di Semenanjung dan tujuh kerusi Parlimen di Sabah (54 kerusi keseluruhan), MIC menang dua kerusi manakala MCA hanya menang satu kerusi.
“Jika kita tumpukan kepada 165 kerusi di Semenanjung sahaja, UMNO-BN hanya mendapat sokongan selesa di sekitar 70 kerusi.
“PH menang 55 kerusi Parlimen di Semenanjung tiga penggal berturut-turut dari 2008, 2013 hingga 2018, dan bertambah 10 kerusi lagi pada 2013 dan 2018. Kesemua 65 kerusi ini dijangka kekal di tangan pembangkang.
“Jika UMNO-BN disekat pada tahap 70 kerusi di Semenanjung, tentulah ia tidak mampu untuk kembali menjadi ‘abang besar’ kepada semua parti-parti lain, walaupun ia mungkin merupakan gabungan yang menduduki tempat teratas.
“Malah, jika UMNO-BN menang 85 kerusi sekalipun, tiada jaminan parti-parti yang menang di Sabah dan Sarawak mahu bekerjasama jika menyedari gabungan UMNO-BN terlalu rapuh untuk kekal sebagai kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Chin Tong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling berkata, pada PRU12 dan PRU13, BN menang 85 kerusi di Semenanjung dan berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan dengan sokongan kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak.
Sebaliknya, PH yang hanya menang 80 kerusi di Semenanjung pada PRU13 dan PRU14 telah meningkatkan kejayaannya dengan memenangi 98 kerusi sekali gus berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan baharu menggantikan BN waktu itu.
Justeru, Chin Tong percaya, parti-parti politik yang menang di Sabah dan Sarawak tidak akan ‘membabi buta’ menyokong ‘kluster mahkamah’ sekiranya tuntutan mereka untuk mendapatkan kuasa autonomi wilayah tidak dipedulikan selain BN bersikap tidak serius berkenaan hal itu.
Kluster mahkamah merujuk kepada kelompok pemimpin-pemimpin UMNO yang terpalit dalam beberapa skandal berprofil tinggi dan sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah.
“Kita tidak perlu putus harapan. Selagi semua watak utama politik Malaysia sedar bahawa negara akan terus merudum jika kluster mahkamah kembali berkuasa, kita masih ada harapan untuk mewujudkan peraturan demokratik yang lebih adil untuk semua,” kata Chin Tong.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/04/24/siapa-kata-umno-kembali-berkuasa-selepas-pru15-soal-chin-tong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pilih Ismail Calon Pm Pru15

Umno Pilih Ismail Calon Pm Pru15

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 175 hits
freemalaysiatoday com April 14 2022 7 59 PMIsmail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Umno mencadangkan naib presiden Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 Setiausaha Agung Ahmad Maslan me...
Fokus Sabah Dulu Soal Kerusi Orang Dah Muak Dengar Kata Syed Saddiq

Fokus Sabah Dulu Soal Kerusi Orang Dah Muak Dengar Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 162 hits
Syed Saddiq ketika berucap sempena program mesyuarat Townhall Muda Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu malam tadi KOTA KINABALU Belum tiba masanya untuk parti Muda bercakap mengenai kerusi yang akan ditandingi di Sabah pada pilihan raya um...
Siapa Calon Lain Dalam Umno Idam Kerusi Pm Selepas Pru 15

Siapa Calon Lain Dalam Umno Idam Kerusi Pm Selepas Pru 15

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 177 hits
agendaily com18 4 2022Siapa calon PM yang lain dalam UMNO UMNO sudah menamakan calon Perdana Menteri mereka selepas pilihan raya umum ke 15 nanti bagaimanapun ia bukan jaminan yang mencukupi untuk memastikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob k...
Apa Crita Pulak Nusi Tuduh Umno Pulak Buat Taik Adoiiii Dulu Umno Pujaan Hatuku Sekarang Kata Jebon La Bagai Dosa Tau

Apa Crita Pulak Nusi Tuduh Umno Pulak Buat Taik Adoiiii Dulu Umno Pujaan Hatuku Sekarang Kata Jebon La Bagai Dosa Tau

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 150 hits
Jebon tulis minit mesyuarat Sanusi dakwa PAS leak kerja BN April 27 2022 Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional terlibat dalam penularan dokumen PAS leak yang didakwa cuba menjatuhkan kepimpinan U...
Mkt Umno Sebulat Suara Namakan Ismail Sabri Calon Pm Bagi Pru15

Mkt Umno Sebulat Suara Namakan Ismail Sabri Calon Pm Bagi Pru15

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 227 hits
MKT UMNO sebulat suara namakan Ismail Sabri calon PM bagi PRU15 Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat hari ini sebulat suara menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Mesyuarat yang dipengerusikan Presid...
Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 172 hits
April 17 2022 Saifuddin Nasution berkata menanamkan suasana keyakinan dan kemenangan kepada pengundi adalah strategi yang tepat PETALING JAYA Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menggesa parti itu merampas kuasa pada pilihan raya...
Selepas Atasi Kanser Kim Woo Bin Kembali Dengan Drama Baharu Bertajuk Our Blues

Selepas Atasi Kanser Kim Woo Bin Kembali Dengan Drama Baharu Bertajuk Our Blues

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 244 hits
Drama pertama Kim Woo Bin dalam tempoh 6 tahun selepas pulih dari kanser nasofaring telah ditayangkan pada 9 April yang lalu Kim Woo Bin bergandingan dengan barisan pelakon ternama seperti Lee Byung Hun dan Shin The post appeared first on
Pemimpin Tertentu Umno Perlu Jalani Pantang Pru15

Pemimpin Tertentu Umno Perlu Jalani Pantang Pru15

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 196 hits
Benarkah Umno sudah menemui formula untuk terus mengungguli politik Malaysia pasca PRU15 Rata rata rakan taulan dan juga para pemimpin Umno nampaknya selesa dengan keputusan majlis tertinggi parti itu menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai c...
Hiburan Yang Jahat Dia Bukan Saiz Badannya Ika Nabella Tegur Soal Body Shaming Netizen Kata Salah Timing

Hiburan Yang Jahat Dia Bukan Saiz Badannya Ika Nabella Tegur Soal Body Shaming Netizen Kata Salah Timing

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 228 hits
Ika Nabella baru baru ini tampil membuat satu hantaran di Instagram kerana berasa kurang selesa dengan segelintir netizen meluahkan rasa marah dengan mempermainkan saiz badan pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun Sedia maklum ketika ini bo...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Govt To List Schools Near Asean Summit Venue For Students To Learn From Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri