Siapa Calon Lain Dalam Umno Idam Kerusi Pm Selepas Pru 15


agendaily.com18/4/2022
Siapa calon PM yang lain dalam UMNO?
UMNO sudah menamakan calon Perdana Menteri (PM) mereka selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti, bagaimanapun ia bukan jaminan yang mencukupi untuk memastikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai pemimpin nombor satu di Putrajaya.

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku selepas PRU-15 dan tidak mustahil juga PM yang baharu bakal dilantik walaupun UMNO sudah membuat pendirian dengan mengumumkan lebih awal calon yang dicadangkan untuk dilantik bagi jawatan tersebut.

Pencalonan yang dibuat UMNO hanya di atas kertas dan pada bila-bila masa nama tersebut boleh dipadam serta digantikan dengan nama yang baharu.

Untuk rekod, senario yang berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah contoh terbaik apabila calon ‘poster boy’ yang sepatutnya menjadi Menteri Besar (MB) tetapi sebaliknya digantikan dengan nama lain.

Realitinya, calon ‘poster boy’ yang diumumkan UMNO bukan jaminan ia akan menjadi kenyataan.

Walaupun sudah dinamakan sebagai calon PM, Ismail Sabri sebenarnya belum boleh terlalu ‘selesa’ kerana selain beliau masih terdapat beberapa pemimpin kanan dalam UMNO yang juga mengidamkan jawatan tersebut.

Daripada aspek lain, UMNO cuba menunjukkan keputusan yang dibuat Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) itu adalah bukti mereka sudah bersatu dan perpaduan sesama mereka semakin kuat tetapi realitinya masih ada individu lain juga turut mengidamkan jawatan PM tersebut.

Pada awalnya, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan juga dikatakan antara yang akan diketengahkan sebagai calon PM tetapi beberapa hari sebelum mesyuarat MT berlangsung baru-baru ini beliau terpalit pula dengan isu rasuah.

Malah, seorang pemimpin akar umbi UMNO bertindak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan sekitar tahun 2008 hingga 2010.

Laporan SPRM itu dibuat Ketua Penerangan UMNO Cawangan Setapak Jaya 1A, Datuk Halim Rahmat yang meminta SPRM menyiasat Mohamad berhubung dakwaan yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ironinya, selang beberapa hari selepas itu UMNO bermesyuarat dan mengumumkan Ismail Sabri sebagai calon PM jika memenangi PRU-15 nanti dan nama Mohamad yang pada mulanya dikatakan antara calon PM tidak naik.

Mungkin bukan rezeki Mohamad, namun peluangnya belum tertutup kerana masih tetap akan dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen dan jika menang sekurang-kurangnya jawatan Timbalan Perdana Menteri sudah pasti milik beliau atau mungkin PM, tuah manusia siapa yang tahu.

Selain Mohamad, seorang lagi yang dikatakan mengidam untuk menjadi PM adalah sepupu kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bekas Naib Presiden UMNO itu juga mahu mencuba nasib walaupun tidak berjawatan tinggi dalam parti, spekulasi kuat dalam parti mengatakan terdapat gerakan yang sedang berjalan bagi memastikan beliau diangkat menjadi PM selepas PRU-15 nanti.

Halangan Hishammuddin adalah bagaimana mencari jalan supaya UMNO juga mencadangkan namanya sebagai calon PM selepas menang PRU-15 nanti untuk dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong.

Terdapat kemungkinan Istana Negara akan meminta beberapa nama calon sebelum berkenan melantik PM baharu selepas PRU-15 nanti, senario sama berlaku sebelum ini semasa krisis politik dihadapi negara.

Untuk rekod, Hishammuddin juga mempunyai kem Ahli Parlimen UMNO tersendiri, malah difahamkan menyokongnya untuk menjadi PM sebelum kemudiaannya mengambil keputusan menyokong Ismail Sabri semasa krisis politik sebelum ini.

Mengambil kira pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku selepas PRU-15, seorang Ahli MT, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman antara yang terawal menggesa supaya perjanjian hitam putih dibuat berhubung persetujuan mencalonkan Ismail Sabri sebagai PM selepas PRU-15.

Tajuddin juga secara terbuka berkata bimbang sekiranya episod di Johor akan berulang, ia jelas menunjukkan terdapat individu lain dalam UMNO yang juga mengidam untuk menjadi PM selepas PRU-15 nanti.

Kesimpulannya, selepas PRU-15 nanti semua pemimpin dalam UMNO berhak untuk menjadi PM dan ia bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memilih calon yang mendapat perkenan layak untuk menjadi PM.

Sesiapapun dalam UMNO berhak untuk mencalonkan diri masing-masing menjadi PM, malah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak juga turut berhak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/siapa-calon-lain-dalam-umno-idam-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Dr Mahathir Mendakwa Umno Tidak Mahu Ds Ismail Sabri Menjadi Pm Selepas Pru 15

Tun Dr Mahathir Mendakwa Umno Tidak Mahu Ds Ismail Sabri Menjadi Pm Selepas Pru 15

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 183 hits
KUALA LUMPUR Walaupun UMNO berjaya menang selepas pilihan raya umum ke 15 tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan dilantik menjadi Perdana Menteri semula Pengerusi parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO tidak akan meng...
Mkt Umno Sebulat Suara Namakan Ismail Sabri Calon Pm Bagi Pru15

Mkt Umno Sebulat Suara Namakan Ismail Sabri Calon Pm Bagi Pru15

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 199 hits
MKT UMNO sebulat suara namakan Ismail Sabri calon PM bagi PRU15 Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat hari ini sebulat suara menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Mesyuarat yang dipengerusikan Presid...
Umno Pilih Ismail Calon Pm Pru15

Umno Pilih Ismail Calon Pm Pru15

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 149 hits
freemalaysiatoday com April 14 2022 7 59 PMIsmail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Umno mencadangkan naib presiden Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 Setiausaha Agung Ahmad Maslan me...
Buat Apa Lagi Umno Nak Tukar Calon Perdana Menteri

Buat Apa Lagi Umno Nak Tukar Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 165 hits
Selain berterusan menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar mempercepatkan tarikh PRU15 UMNO juga difahami agak berbelah bagi untuk mengekalkan lagi beliau menerajui negara Jika UMNO yang dipimpin Zahid Hamidi benar benar mahu Ismail...
Pengumuman Ismail Sebagai Calon Pm Helah Umno Untuk Bubar Parlimen

Pengumuman Ismail Sebagai Calon Pm Helah Umno Untuk Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 156 hits
Teka teki mengenai calon perdana menteri daripada Umno dan Barisan Nasional terjawab apabila parti itu sebulat suara mengumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy pada Pilihan Raya Umum ke 15 Bagaimanapun persoalan timb...
Calon Pm Pada Pru15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan Mkt Umno

Calon Pm Pada Pru15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan Mkt Umno

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 211 hits
Calon PM Pada PRU15 Ismail Sabri Bersyukur Sambut Baik Keputusan MKT UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Kerja Tertinggi parti berkenaan yang mencadangkan agar be...
Siapa Kata Umno Kembali Berkuasa Selepas Pru15 Soal Chin Tong

Siapa Kata Umno Kembali Berkuasa Selepas Pru15 Soal Chin Tong

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 148 hits
Di sebalik keyakinan Barisan Nasional terutama UMNO bahawa parti itu akan kembali menguasai Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 pembangkang bagaimanapun meraguinya berdasarkan trend sokongan pengundi kepada parti itu Ketua ...
Kalau Yb Viral Norhizam Mahu Jadi Ahli Umno Melaka Dipersilakan Bukan Calon Pru15

Kalau Yb Viral Norhizam Mahu Jadi Ahli Umno Melaka Dipersilakan Bukan Calon Pru15

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 142 hits
Kalau YB Viral Norhizam Mahu Jadi Ahli UMNO Melaka Dipersilakan Bukan Calon PRU15 UMNO mempunyai ramai tokoh tokoh yang jauh lebih baik daripada Norhizam jadi apa perlunya beliau dalam parti UMNO Melaka tidak akan sesekali menerima bekas Ah...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord