Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin







FMT Reporters -April 17, 2022 
Saifuddin Nasution berkata, menanamkan suasana keyakinan dan kemenangan kepada pengundi adalah strategi yang tepat.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menggesa parti itu merampas kuasa pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang “dengan apa-apa cara yang perlu” dan bukan sekadar menjadi pembangkang “bermaruah”.
Beliau meluahkan kekecewaan kenyataan anggota parti bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak harus terlalu yakin akan memenangi PRU15, sebaliknya perlu bersedia menunggu pilihan raya seterusnya.
“Tahukah kita lima tahun Barisan Nasional (BN) dan kleptokrat kalau memerintah negara, siapa boleh jamin tata kelolanya, rasuah, kebocoran, penyelewengan, penindasan, salah guna institusi kerajaan ke atas pembangkang siapa boleh jamin?
“Sebab itu kita kena ambil kuasa politik kuasa pemerintahan seawal PRU15 walau apa cara sekalipun,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa semalam.
Kenyataan Saifuddin itu dibuat susulan kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan bekas naib presiden, Nurul Izzah Anwar mengenai prospek PRU PKR dan PH.
Beliau berkata, adalah mustahil untuk PKR memikat penyokong pada PRU jika parti itu tidak menyasarkan kemenangan dan sebaliknya hanya berkempen untuk menjadi pembangkang “bermaruah”, frasa yang digunakan oleh Rafizi dalam ucapannya baru-baru ini.
Saifuddin berkata: “Pengundi atas pagar hanya akan menyokong mereka yang berpeluang memenangi pilihan raya. Jika parti itu berpeluang menang dan membentuk kerajaan, maka mereka akan beralih kepada PKR.
“Sebab itu, tidak kira apa yang kita rasa dan analisa (tentang prospek memenangi PRU), kita perlu simpan dalam parti supaya kita akan bekerja lebih keras.
“Di luar sana, kita sepatutnya menanamkan suasana keyakinan dan kemenangan kepada pengundi. Itu adalah strategi yang tepat.”
Terdahulu Rafizi dilaporkan berkata, pakatan pembangkang harus realistik tentang peluangnya dan tidak perlu terlalu yakin dengan kemenangan. Adalah lebih baik untuk PKR dan PH berpuas hati untuk kekal sebagai pembangkang “bermaruah”.
Pada majlis berasingan, Nurul Izzah berkata, PH memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun lagi atau dua pilihan raya umum sebelum boleh menawan semula Putrajaya.
Saifuddin dan Rafizi adalah pesaing yang mencabar jawatan timbalan presiden pada pemilihan PKR bulan depan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/pkr-perlu-menang-pru15-bukan-sekadar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

Jangan Mimpi Ph Atau Pkr Menang Mudah Di Selangor Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 313 hits
April 17 2022 Rafizi Ramli berkata sekiranya PKR dan PH hilang kerusi di Selangor gabungan itu akan menempuh jalan berliku pada PRU16 PETALING JAYA Selepas empat siri kekalahan dalam pilihan raya negeri sebelum ini calon timbalan presiden P...
Pemilihan Semula Anwar Sebagai Ketua Sekat Reformasi Dalam Pkr Kata Penganalisis

Pemilihan Semula Anwar Sebagai Ketua Sekat Reformasi Dalam Pkr Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 296 hits
Pemilihan semula Anwar sebagai ketua sekat reformasi dalam PKR kata penganalisis PKR dijangka akan terus bergelut untuk melakukan reformasi parti selepas Anwar Ibrahim mengekalkan jawatan presidennya bagi penggal 2022 2024 Oh Ei Sun dari In...
Prestasi Amanah Lebih Baik Dari Pkr Guan Eng Kata

Prestasi Amanah Lebih Baik Dari Pkr Guan Eng Kata

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 305 hits
PETALING JAYA DAP menyifatkan prestasi Parti Amanah Negara lebih baik berban ding PKR berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Johor sebelum ini Bercakap Kepada Utusan Malaysia Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata dalam PRN itu Amanah hanya ...
Tak Mustahil Mou Dilanjut Kata Pemimpin Pkr

Tak Mustahil Mou Dilanjut Kata Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 255 hits
Masih terdapat 4 perkara yang masih belum dilengkapkan bawah MoU antara PH dan kerajaan pusat menurut Fahmi Fadzil PETALING JAYA Walaupun Umno membidas kemungkinan melanjutkan memorandum persefahaman seorang pemimpin PKR berkata tidak musta...
Close The Door Permanently On Bersatu Pkr Man Tells Saifuddin

Close The Door Permanently On Bersatu Pkr Man Tells Saifuddin

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 344 hits
Razeef Rakimin of Sabah PKR Youth has questioned recent remarks by party secretary general Saifuddin Nasution Ismail PETALING JAYA A youth leader in Sabah PKR has urged party secretary general Saifuddin Nasution to close the door permanentl...
Rafizi Saifuddin Battle Will Split Pkr Says Analyst

Rafizi Saifuddin Battle Will Split Pkr Says Analyst

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 367 hits
Rafizi Ramli and Saifuddin Nasution Ismail have announced that they will go for the PKR deputy president s post PETALING JAYA An analyst foresees a split in PKR as a result of the battle for the deputy president s post between secretary gen...
Tak Semestinya Tanpa Mou Pru15 Akan Diadakan Kata Anwar

Tak Semestinya Tanpa Mou Pru15 Akan Diadakan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 239 hits
April 18 2022 Anwar Ibrahim menegaskan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai antara PH dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bukannya Umno PETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata memorandum persefahaman y...
Ph Sedia Berunding Dengan Mana Mana Parti Untuk Kerjasama Pru15 Saifuddin

Ph Sedia Berunding Dengan Mana Mana Parti Untuk Kerjasama Pru15 Saifuddin

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 257 hits
PH sedia berunding dengan mana mana parti untuk kerjasama PRU15 Saifuddin Pakatan Harapan bersedia untuk berunding dan berbincang dengan mana mana parti politik untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum ke 15 kata Setiausaha Agun...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked