Setiap Hari Jangan Lupa Doakan Untuk Anak Ringkas Pun Tak Apa Yang Penting Niat


Mendidik anak mempunyai sikap positif sudah pastinya bermula di rumah. Anak yang diasuh dengan baik akan mempunyai jiwa yang halus iaitu jiwa yang peka akan perasaan orang lain dan persekitaran.
Justeru, Islam menggalakkan ibu bapa mendidik anak yang masih kecil dengan penuh kasih sayang dan kesabaran tanpa memerlukan kekerasan.
Ikuti perkongsian, Pakar Motivasi, Dr Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengenai cara didikan positif kepada anak-anak.

PERKUKUHKAN TAUHID DALAM DIRI ANAK-ANAK Dalam mendidik anak-anak, perkara paling utama dalam Islam ialah pastikan mereka mengenal Allah dan menyembah Allah. Sebab itulah penting ibu bapa memperkukuhkan tauhid anak-anak sejak daripada bayi lagi.
Sejak kecil lagi anak-anak perlu didedahkan bahawa setiap ciptaan itu adalah penciptanya iaitu Allah SWT.  Apabila anak bertanya kenapa hujan turun? Ibu bapa perlu terangkan dahulu dari aspek ketuhanan sebelum aspek sains.  Jawablah, “Hujan itu turun kerana Allah yang menciptakan hujan.  Ia turun sebagai rahmat Allah kepada manusia. Allah boleh turunkan hujan di bumi mana sahaja yang Allah mahukan.
Cuba fikirkan apa yang berlaku sekiranya Allah murka lalu tidak diturunkan hujan?  Tiada air untuk diminum, mandi, dan sebagainya.” Bukan setakat faham sahaja, apabila anak sudah tahu dan faham maka Allah sahajanya tempat untuk dia meminta dan menyembah. Allahlah yang patut sentiasa dipuji melalui fikir dan zikir. Oleh itu jadilah ibu bapa yang bertanggung jawab memperkukuhkan tauhid anak-anak sebelum mereka diserahkan kepada guru-guru di sekolah.
BENTUK ADAB DAN AKHLAK ANAK YANG BAIK Anak-anak yang terbentuk akhlak dan sikap positif juga akan lebih berjaya apabila masuk alam persekolahan dan pekerjaan.  Sikap dan akhlak ini akan mudah terbentuk apabila ibu bapa menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.
IQ yang tinggi dan cerdik tidak mencukupi jika tidak diiringi dengan hikmah dan kebijaksaanan. Ilmu yang tinggi tidak bermakna jika tidak seiring dengan adab. Sebab itulah membentuk adab dan akhlak perlu diberikan keutamaan dalam mendidik anak-anak.
Disamping menggalakkan anak-anak menghidupkan sunnah, didik juga mereka dengan adat orang Melayu dulu-dulu yang penuh dengan sopan dan santun.  Misalnya, bongkokkan badan meminta izin ketika melintas depan orang, tidak duduk sekali dalam kelompok orang-orang tua yang sedang bercakap, ringankan mulut dengan ucapan salam dan terima kasih, dan banyak lagi.  Ia membina rasa hormat dalam diri anak terhadap orang lain.
 BETULKAN TUTUR BICARA MEREKA Dengar percakapan anak-anak dengan teliti. Ada ketikanya mereka bercakap secara kasar atau menggunakan intonasi suara yang tidak sesuai. Didik anak untuk bercakap dengan nada yang lembut terutamanya  dengan orang yang lebih dewasa.  Anak-anak seawal usia tiga tahun sudah mula pandai bercakap bohong bagi mengelakkan dirinya daripada dimarahi oleh ibu bapanya.
Sebab itulah apabila kita tahu bahawa anak telah melakukan kesalahan maka usah bertanya saya ada dia lakukan atau tidak, sebab ia akan mendorong anak berbohong. Misalnya, kita tahu yang adik telah mengambil mainan abangnya laku disorokkan.  Kita pula bertanya, “Adik ada ambil barang abang ker?”.  Agaknya apa jawapan adik?  secara logiknya dia tidak akan mengaku lantar menjawab, “Tidak”.
Secara tidak langsung ibu bapa telah mendorong anaknya untuk berbohong.  Sepatutnya, ibu terus sahaja mendekati anaknya lalu berkata, “Adik, mak tahu adik ambil barang abang.  Sekarang mak cuma nak tahu kenapa adik ambil?”.

PENTING ANAK JAGA SOLAT Tiada ibadah yang lebih penting daripada ibadah solat.  Solat adalah tiang agama dan amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti adalah solat.  Adalah satu kesilapan apabila masuk sahaja bulan Ramadan ibu bapa lebih utamakan puasa berbanding solat anak-anak mereka.
Dalam satu hadis, daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda  Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.”   Jelas sekali Allah mahukan ibu bapa menjadi contoh dalam bab solat ini dan mesti bertegas apabila usianya masuk 10 tahun.
Ibu bapa perlu menjadi contoh dengan mengajak anak bersolat bersama mereka meski pun anak sekadar main-main.
Malah jika anak duduk di tepi memerhati pun sudah memadai. Anak-anak perlu dipaksa untuk solat dan usah ragu-ragu untuk bertegas dalam mendisiplinkan anak-anak pada usia ini.
GUNAKAN BAHASA YANG LEMBUT, POSITIF DAN BANYAKKAN BERCERITA Dalam mendidik anak-anak bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang lembut. Bercakaplah dengan anak dengan nada yang sederhana dan tidak meninggikan suara tanpa sebab.  Dalam percakapan itu pula lebihkan kata-kata positif, fokus kepada kebaikan dan kekuatan anak dan bukannya menyebut akan kelemahan dan kekurangan mereka.
Sebahagian besar daripada didikan dan pengajaran dalam al-quran disampaikan dalam bentuk cerita-cerita.   Maka ambillah iktibar dari al-quran ini dengan mendidik anak-anak melalui cerita.

Ceritakan kepada anak-anak kisah-kisah para nabi dan para sahabat.  Ceritakan juga tentang pemimpin-pemimpin Islam yang hebat, para huffaz dan ulamak.
Ceritakan juga kisah-kisah kejayaan orang lain untuk anak-anak jadikan ikutan.  Dengan selalu bercerita, jiwa anak-anak terbentuk secara positif.  Tanpa disedari cerita-cerita ini membentuk watak, karakter dan mindset anak-anak dan menjadi panduan hidup mereka dalam menjalani setiap ujian dan cabaran.
BERIKAN ANAK-ANAK SEPENUH KASIH SAYANG Tiada perkara yang lebih utama kepada anak-anak selain daripada mereka sedar bahawa ibu bapa memang menyayangi mereka tanpa syarat.  Oleh itu usah membanding-banding anak-anak sebab setiap anak itu punya rezekinya masing-masing.
Keupayaan dan bakat mereka juga berbeza.  Jika ada anak yang kurang menyerlah dalam pelajaran maka tidak mengapa.  Ingatkan anak itu untuk berikan yang terbaik dalam hidupnya. Yang penting dia menjadi anak yang baik, beriman dan sentiasa doakan kita sebagai ibu bapa.  Sebab, semasa hidup anak-anak perlukan doa ibu bapanya untuk berjaya dan setelah kita meninggalkan dunia ini kita perlukan pula doa anak-anak.

 
The post Setiap Hari Jangan Lupa Doakan Untuk Anak. Ringkas Pun Tak Apa, Yang Penting Niat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/setiap-hari-jangan-lupa-doakan-untuk-anak-ringkas-pun-tak-apa-yang-penting-niat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Jemu Mendoakan Anak Bacalah Setiap Hari Insya Allah Anak Jadi Soleh

Jangan Jemu Mendoakan Anak Bacalah Setiap Hari Insya Allah Anak Jadi Soleh

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 438 hits
Doa adalah senjata yang cukup hebat buat umat Islam Bagi ibu bapa doa anda adalah kekuatan buat anak anak tak kira masa Ramai juga yang percaya doa ibu adalah mustajab sebab itulah seorang ibu perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ana...
Hari Raya Idul Adha 2020 Jangan Lupa Mandi Sebelum Berangkat Shalat Id Begini Tata Caranya

Hari Raya Idul Adha 2020 Jangan Lupa Mandi Sebelum Berangkat Shalat Id Begini Tata Caranya

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 289 hits
Alhamdulillah kita telah sampai pada Hari Raya Idul Adha 2020 Sebelum berangkat shalat Idul Adha umat Islam disunnahkan untuk mandi terlebih dahulu Mandi sunnah Idul Adha atau Idul Fitri tak ada bedanya dengan seperti mandi biasa Yang hanya...
Doktor Pesan Setiap Hari Mesti Ada Magic Moments Dengan Anak Baru Anak Lagi Bijak

Doktor Pesan Setiap Hari Mesti Ada Magic Moments Dengan Anak Baru Anak Lagi Bijak

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 210 hits
Setiap hari kita diberi terlalu banyak peluang untuk cipta Magic Moments dengan anak kita Magic Moments ini ialah detik yang anak kita akan sentiasa teringat tentang kita sampailah mereka dewasa nanti Perkongsian ini cukup mengambarkan baha...
Didik Anak Jadi Pandai Memang Bagus Tapi Jangan Lupa Ajar Mereka Beradab

Didik Anak Jadi Pandai Memang Bagus Tapi Jangan Lupa Ajar Mereka Beradab

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 308 hits
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita mahu didik anak jadi pandai dan berjaya dalam hidupnya satu hari nanti Kita berikan apa sahaja yang terbaik untuk mereka Kalau boleh seawal usia anak lagi ibu bapa nak mereka sudah pandai membaca mengira da...
Jangan Takut Beranak Ramai Setiap Anak Ada Rezekinya Ustaz Kazim Elias

Jangan Takut Beranak Ramai Setiap Anak Ada Rezekinya Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 254 hits
Ada pasangan suami isteri dikurniakan Allah mudah dapat anak Bak kata orang pantang sentuh lekat je Ada yang risau kalau tiap tahun asyik beranak sahaja Rasa malu dan bimbang pula dengan orang sekeliling kalau kerap sangat mengandung dan be...
Jangan Tinggal Zikir Ini Setiap Hari Baca Dan Jadikan Amalan Harian

Jangan Tinggal Zikir Ini Setiap Hari Baca Dan Jadikan Amalan Harian

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 1166 hits
Jangan Tinggal Zikir Ini Setiap Hari Baca Dan Jadikan Amalan Harian Alhamdulillah pagi ni KakYa dapat lagi berkongsi ilmu bersama sahabat Perkongsian ilmu ada hari ini KakYa dapat daripada video ceramah Ustazah Norhafizah Musa Kata beliau d...
Nak Latih Anak Tidur Sendiri Kena Mula Dari Bayi Tip Terakhir Tu Paling Penting Kena Ajar Pada Bayi

Nak Latih Anak Tidur Sendiri Kena Mula Dari Bayi Tip Terakhir Tu Paling Penting Kena Ajar Pada Bayi

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 302 hits
Waktu tidur adalah waktu penting tumbesaran bayi Sebagai ibu bapa kita sering keliru cara tidurkan bayi yang terbaik Ada 7 kaedah melatih bayi tidur sendiri untuk dicuba Proses tumbesaran bayi Proses tumbesaran adalah antara fasa penting da...
Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

Rujukan Ni Penting Untuk Kenal Perangai Anak Usia 12 Tahun Ke Bawah Dengan Lebih Dekat

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 270 hits
Cabaran membesarkan anak tak sama Jika masa kecil kita tak cukup rehat sebab anak selalu merengek menangis tak tahu apa yang dia nak apabila anak masuk alam persekolahan lain pula cabarannya Dengan kecanggihan teknologi yang semakin hebat s...
Jangan Gopoh Ini Kriteria Penting Sebelum Beli Pembasmi Kuman Hello Doktor

Jangan Gopoh Ini Kriteria Penting Sebelum Beli Pembasmi Kuman Hello Doktor

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 210 hits
Cecair pembasmi kuman kini menjadi satu keperluan bagi setiap daripada kita dalam membasmi COVID 19 mengikut norma baharu Keadaan ini diambil sebagai peluang oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan menjual produk berkenaa...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment