Didik Anak Jadi Pandai Memang Bagus Tapi Jangan Lupa Ajar Mereka Beradab


Sebagai ibu bapa sudah tentu kita mahu didik anak jadi pandai dan berjaya dalam hidupnya satu hari nanti. Kita berikan apa sahaja yang terbaik untuk mereka.
Kalau boleh seawal usia anak lagi, ibu bapa nak mereka sudah pandai membaca, mengira dan apa sahaja kepandaian yang boleh dibanggakan.
Kebanyakan ibu bapa milenial hari ini sanggup berhabis duit demi memastikan mereka dapat menyediakan apa yang paling terbaik untuk perkembangan dan tumbesaran anak.
Kesibukan mencari wang ringgit untuk menampung perbelanjaan membesarkan anak membuatkan ibu bapa kadang kala terlupa untuk menerapkan nilai murni dan adab dalam diri anak. Bila kita perhatikan anak-anak sekarang yang agak kurang mempunyai nilai empati dalam diri masing-masing membuatkan kita jadi takut.
Artikel lain: Usia 0-7 Tahun Gantikan Marah, Guna Ayat Ni. Baru Nampak Hebatnya Kata-Kata Ibu Ayah!
Membesarkan anak bukan sekadar mendidik mereka mempunyai otak yang bijak sahaja tetapi perlulah seimbang dengan nilai murni, adab dan akhlak yang sempurna dalam diri mereka.
Apatah lagi dalam menghadapi cabaran kehidupan hari ini yang sangat mencabar. Sesetengah kanak-kanak mungkin nampak bijak dan ke hadapan kepintarannya tetapi jiwa kosong dan tidak mempunyai nilai-nilai murni dalam diri.
Kesannya kita tidak nampak hari ini tapi bila mereka dewasa kelak barulah ada masalah yang muncul. Jadi sebelum anak kita membesar sebagai insan yang tidak mempunyai perasaan simpati dan empati maka biasakan mereka sejak kecil dengan nilai-nilai murni kerana kepandaian itu boleh diajar tetapi nilai murni dan adab dalam diri anak hanya boleh terbentuk bila kita biasakannya sejak dari kecil lagi.

Sebenarnya tak susah pun untuk serapkan nilai murni dan adab ke dalam diri anak kita. Benda-benda simple yang nampak remeh tapi sebenarnya jika dipraktis setiap masa dapat memberikan impak besar dalam diri anak sehingga mereka dewasa.
Saya tertarik membaca perkongsian contoh nilai-nilai murni yang boleh kita amalkan bersama anak-anak dalam rutin seharian seperti dikongsi di laman facebook Public Health Malaysia ini.
Mungkin selama ini kita terlepas pandang dan anak memerhati sahaja perbuatan kita yang tak sepatutnya dicontohi. Jom kita sama-sama biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
BAGAIMANA NAK SERAPKAN NILAI MURNI DAN ADAB KE DALAM DIRI ANAK KITA
1) Bila masuk ke rumah, sambut anak dengan salam dan ciuman. Ini tanda kasih dan sayang.
 
2) Baik kepada jiran dan jangan cakap belakang. Mereka mendengar.
 
3) Dan juga Jangan bercakap buruk tentang pemandu lain jika anda memandu. Anak kita akan meniru akhlak kita.
 
4) Ajak anak anda bersama setiap kali berjumpa dengan ibu bapa kita. Bila kita bercakap dengan ibu bapa kita, ajak anak kita bercakap dengan mereka. Lebih banyak mereka melihat kita menyayangi mereka, lebih tinggi kasih sayang mereka pada anda bila sudah tua nanti.
 

5) Bila memandu mereka ke sekolah, janganlah on kan radio atau mainkan muzik. Apa kata, ceritakan tentang diri anda. Pengalaman anda. Ianya akan memberikan impak yang besar. Percayalah.
 
6) Imej diri. Sikat rambut, gosok gigi, dan pakai pakaian yang sopan walaupun berada di rumah. Mereka perlu tahu, berpakaian kemas dan bersih tidak semestinya bila kita nak keluar sahaja.
 
7) Cuba jangan salahkan atau komen setiap perbuatan yang mereka lakukan. Kadang- kadang, biarkan atau lepaskan. Mereka perlu belajar membina keyakinan diri.
Artikel lain: Jaga Pemakanan Ketika Menyusu. Kalau Nak Anak Lebih Pintar, Amalkan Pemakanan Ini Untuk Ibu Menyusu
8. Minta kebenaran bila nak masuk ke bilik anak anda. Jangan ketuk dan terus masuk. Tetapi tunggu kebenaran dari anak. Mereka akan belajar untuk tidak masuk sesukahati ke bilik anda nanti.
 
9) Minta maaf kepada anak anda jika anda melakukan kesalahan. Ianya mengajar anak anda menjadi rendah hati dan sopan.
 
10) Jangan bersifat sarkastik dan mempermainkan perasaan mereka. Walaupun anda tidak berniat atau bergurau. Ianya sangat sakit.
 
11) Tunjukkan rasa hormat pada privasi anak anda. Ianya penting untuk membentuk perasaan nilai dan harga diri.
 
12) Jangan fikir anak anda boleh faham dan dengar untuk pertama kali. Bersabar dan konsisten.
 

13) Bermainlah dengan mereka. Luangkan masa bersama. Mereka akan ingat sehingga dewasa.
 
14) Tegas. Sekiranya mereka perlu ditegur, jangan ragu untuk melakukannya. Perbetulkan kesilapan mereka dengan segera. Jangan sekali-kali mengatakan “Oh dia hanya kanak-kanak” atau “dia akan belajar bila dewasa”.
Tidak! Inilah masanya untuk belajar. Sekiranya mereka tidak belajar sekarang, mereka tidak akan pernah belajar.
 
15) Ajar mereka untuk bersabar dan bersyukur. Jangan berikan semua yang mereka minta. Ikut had anda. Menahan beberapa perkara walaupun anda mempunyai kemampuan untuk memberikannya. Pada yang Islam, ajarkan mereka untuk mengucapkan ‘JazakAllah’. Katakan kepada mereka untuk melakukan syukur kepada Allah atas segala sesuatu.
 
16. Akhirnya, sentiasa berdoa untuk mereka setulus hati. Doa ibu bapa adalah antara yang dijamin penerimaannya.
 
Semoga Allah swt memberikan kepada kita kemampuan untuk membesarkan anak-anak kita dengan tingkah laku dan akhlak yang baik. Semoga Allah menjadikan mereka kesejukan mata untuk kita. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kedua-dua dunia dan akhirat. Amin
 

 
Sumber: Public Health Malaysia
The post Didik Anak Jadi Pandai Memang Bagus Tapi Jangan Lupa Ajar Mereka Beradab appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/didik-anak-jadi-pandai-memang-bagus-tapi-jangan-lupa-ajar-mereka-beradab/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6114 Jangan Abaikan Tangisan Anak Kecil Ini Bantulah Mereka Tv Ppim 11 07 2020

6114 Jangan Abaikan Tangisan Anak Kecil Ini Bantulah Mereka Tv Ppim 11 07 2020

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 448 hits
Demi anak saya sanggup tak makan Susu tin dibancuh buat santapan si anak kecil bagi mengantikan susu tepung yang tak mampu dibeli Bayangkan anak yang sepatutnya memerlukan nutrisi cukup untuk pembesaran terpaksa bergantung dari sumber yang ...
Tak Sangka 6 Pasangan Ini Pernah Berg0iak Namun Akhirnya Kekal Berdamai Demi Anak Tapi Yg Ke 2 Tu Sungguh Ta Sangka

Tak Sangka 6 Pasangan Ini Pernah Berg0iak Namun Akhirnya Kekal Berdamai Demi Anak Tapi Yg Ke 2 Tu Sungguh Ta Sangka

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 331 hits
Memang sudah menjadi lumrah setiap pasangan berkahwin mahu kekal hingga akhir hayat Tak Sangka 6 Pasangan Ini Pernah Berg0Iak Namun Akhirnya Kekal Berdamai Demi Anak Tapi Yg Ke 2 Tu Sungguh Ta Sangka
Jangan Marah Anak Suka Main Sabun Syampu Ini Kelebihannya Mama Patut Tahu

Jangan Marah Anak Suka Main Sabun Syampu Ini Kelebihannya Mama Patut Tahu

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 550 hits
Ramai mak dan ayah selalu merungut sabun dalam bilik air cepat habis Baru je beli sabun mandi tengok tengok dah tinggal separuh botol je Ada juga anak anak yang suka main syampu atau ubat gigi selain daripada sabun mandi kan Nak tahu kenapa...
Anak Ramai Pun Tetap Kena Romantik Curilah Masa Keluar Berdua Jangan Malu

Anak Ramai Pun Tetap Kena Romantik Curilah Masa Keluar Berdua Jangan Malu

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 285 hits
Biasanya bila dah berkahwin ni masa untuk keluar berdua dah terhad Alasannya sebab ada anak susahlah nak dating macam dulu dulu Kadang tu bila salah seorang pasangan ajak keluar seorang lagi akan kata tak payahlah malu orang tengok Sebenarn...
Anak Suka Sangat Makan Sosej Berisiko Obesiti Kanser Usus Boleh Elak Lagi Bagus

Anak Suka Sangat Makan Sosej Berisiko Obesiti Kanser Usus Boleh Elak Lagi Bagus

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 296 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai tidak menjadikan sosej sebagai hidangan utama atau makanan harian untuk anak anak kerana boleh meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus KKM dalam kenyataan di Facebooknya menjelaska...
Jangan Biarkan Anak Disconnected Dengan Ibu Bapa

Jangan Biarkan Anak Disconnected Dengan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 287 hits
1 Minggu lepas berbual dengan seorang rakan pejabat Dia cerita anak sulung lelakinya lepasan SPM tahun lepas Anaknya tu budak pandai dulu sekolah berasrama penuh Keputusan SPM pun bagus 2 Namun isu yang dia hadapi adalah dia tak faham denga...
Biar Rasa Hambar Untuk Kita Tapi Sedap Untuk Anak Ini 3 Sebab Kenapa Tak Boleh Tambah Garam Gula Dalam Makanan Bayi

Biar Rasa Hambar Untuk Kita Tapi Sedap Untuk Anak Ini 3 Sebab Kenapa Tak Boleh Tambah Garam Gula Dalam Makanan Bayi

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 322 hits
Makanan bayi memang kita sedia maklum tidak boleh ditambah dengan bahan perasa seperti garam dan gula Walaupun rasanya mungkin hambar pada lidah kita tapi percayalah memperkenalkan makanan kepada bayi buat pertama kali juga adalah sesuatu y...
Resipi Popia Basah Kulit Buatan Sendiri Memang Puas Hati Anak Anak Confirm Suka

Resipi Popia Basah Kulit Buatan Sendiri Memang Puas Hati Anak Anak Confirm Suka

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 540 hits
Popia basah antara juadah popular yang boleh didapati di pasar pagi atau pasar malam Kulitnya yang lembut sayur yang rangup dan ditambah dengan sos memang membangkitkan selera Sebelum ini kita hanya dapatkan di kedai kali ini apakata kita c...
Kalau Nak Gigi Anak Cantik Amalkan 5 Pemakanan Ini Untuk Perlindungan Gigi Mereka

Kalau Nak Gigi Anak Cantik Amalkan 5 Pemakanan Ini Untuk Perlindungan Gigi Mereka

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 405 hits
Anak anda memerlukan pelbagai sumber makanan untuk mendapat cukup nutrisi bagi perkembangan giginya Selain kumpulan makanan utama dengan menambah lebih makanan super dalam diet anak anda akan menyediakan lebih mineral vitamin serat dan lema...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp