Jangan Gopoh Ini Kriteria Penting Sebelum Beli Pembasmi Kuman Hello Doktor
Cecair pembasmi kuman kini menjadi satu keperluan bagi setiap daripada kita dalam membasmi COVID-19 mengikut norma baharu.
Keadaan ini diambil sebagai peluang oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan menjual produk berkenaan.
Oleh itu, sebagai pengguna, kita perlu bijak memilih produk yang mematuhi syarat digariskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk memastikan ia dapat berfungsi dengan berkesan.
Tanpa membuang masa, mari kita baca tips pembelian cecair pembasmi kuman dikongsikan Hello Doktor.
Garis panduan penghasilan pembasmi kuman
Melihat kepada keperluan tersebut, produk sanitizer yang dihasilkan terutamanya dari luar negara dipantau oleh badan kesihatan berdaftar bagi mengesahkan profil keselamatan dan keberkesanannya.
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, lebih daripada 1,500 pengeluar hand sanitizer telah berdaftar dengan Food and Drug Administration (FDA).
Oleh sebab jumlah pengeluar baharu meningkat, pemantauan terhadap produk yang akan dipasarkan penting untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.
Kredit: Google
Selain daripada kriteria seperti kepekatan alkohol dan sebagainya, pengusaha perlu memastikan sanitizer yang dihasilkan tidak mempunyai bau-bauan yang boleh membangkitkan “selera” pengguna.
Perkara ini penting bagi pengguna kanak-kanak yang berisiko untuk makan pembersih tangan antiseptik yang dihasilkan.
Jika produk yang dijual tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa, ia berisiko untuk mengakibatkan kesan buruk kepada pengguna.
Penghasilan pembersih tangan antiseptik perlu melihat kepada beberapa faktor.
Dalam keadaan kecemasan global, FDA telah membenarkan syarikat tidak berlesen untuk menjual pembersih tangan dengan syarat ia mesti berdaftar.
Produk yang diluluskan untuk tujuan pemasaran akan tersenarai dalam laman web FDA untuk kegunaan orang awam.
Walaupun secara amnya kita faham bahawa kepekatan alkohol di dalam pembersih tangan ini perlu sekurang-kurangnya 60%, tapi pembuatannya perlu melibatkan kepekatan alkohol yang jauh lebih tinggi.
Campuran bahan asas hand sanitizer akan menyebabkan kepekatan tersebut menurun.
FDA telah menyarankan kepekatan alkohol (ethanol) tidak kurang daripada 94.9% atau penggunaan alkohol isopropil gred USP (99% alkohol).
Produk yang terhasil perlulah patuh dengan garis panduan yang telah dibuat oleh badan kesihatan global; hand sanitizer dengan kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%.
Gambar hiasan. (Kredit: Google)
Kualiti dan profil keselamatan bagi produk tersebut akan dipertanggungjawabkan kepada syarikat yang mengeluarkannya.
Isu seperti bahan yang boleh menyebabkan kesan alergi perlu diambil serius bagi memastikan kualiti servis terbaik buat pengguna.
Penggunaan alkohol nyahasli (denatured alcohol) diwajibkan bagi mengelakkan insiden minum hand sanitizer terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Campuran bahan yang boleh mengubah bau dan rasa alkohol tidak dibenarkan sama sekali bagi memastikan produk tersebut selamat digunakan.
Guna hand sanitizer dengan sebaiknya, lindungi diri anda daripada virus korona baharu
Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), hand sanitizer sebaiknya digunakan pada permukaan tangan yang bersih (tidak berminyak atau kotor).
Ini berikutan tujuan penggunaannya adalah untuk membunuh kuman, bukannya membersihkan kotoran di tangan.
Oleh sebab itulah ia berkesan untuk digunakan dalam situasi klinikal (hospital).
Jika anda perasan, doktor akan menggunakan hand sanitizer apabila berjumpa dengan pesakit baharu.
Jika ada 20 pesakit, mereka akan menggunakan cecair alkohol tersebut sekurang-kurangnya 20 kali.
Ia lebih mudah, praktikal dan menjimatkan masa berbanding dengan amalan cuci tangan dengan air dan sabun.
Gambar hiasan. (Kredit: Google)
Kepekatan alkohol dalam pembersih tangan tersebut perlulah di antara 60 hingga 95 peratus bagi memastikan ia berkesan untuk membasmi kuman.
Gunakan tapak tangan anda dan sapukan cecair pembersih ini ke seluruh permukaan kulit tangan.
Jangan gunakan sebarang kain atau tisu dan biarkan ia kering dengan sendirinya.
Oleh sebab alkohol mudah tersejat, ia akan kering dalam masa yang singkat.
Konklusi
Permintaan hand sanitizer online semakin meningkat hari demi hari sepanjang musim wabak virus korona baharu ini.
Bagi memastikan tiada sebarang masalah berpunca daripadanya, pihak berkuasa perlu memantau jualan produk tersebut.
Bukan sahaja dari konteks keselamatan dan keberkesanan malah kawalan harga agar inflasi produk hand sanitizer dapat dikawal dengan baik.
Jika tangan anda kotor, pastikan anda cuci terlebih dahulu dengan air. Hand sanitizer tidak berkesan pada permukaan kulit yang kotor.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: Hello Doktor
The post Jangan Gopoh, Ini Kriteria Penting Sebelum Beli Pembasmi Kuman- Hello Doktor appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/07/17/jangan-gopoh-ini-kriteria-penting-sebelum-beli-pembasmi-kuman-hello-doktor/