Doktor Pesan Setiap Hari Mesti Ada Magic Moments Dengan Anak Baru Anak Lagi Bijak


Setiap hari, kita diberi terlalu banyak peluang untuk cipta “Magic Moments” dengan anak kita.
Magic Moments ini ialah detik yang anak kita akan sentiasa teringat tentang kita sampailah mereka dewasa nanti.
Perkongsian Dr Redza Zainol ini cukup mengambarkan bahawa anak-anak kita tetap perlukan perhatian walaupun kita sebagai ibu bapa dah anggap apa yang diberi pada mereka dah cukup.

Bayangkan anak kita baru lepas letak elok-elok pinggan dan cawan dalam sinki lepas makan. Dia pun dengan gembiranya panggil kita untuk tengok hasil kebaikan dia.
Cepat-cepat kita pergi tengok, kita buat-buat terkejut, tepuk tangan siap peluk anak kita.
“Wahhh, kakak dah besar. Pandai letak pinggan dalam sinki lepas makan.”
Senyumlah anak kita sepanjang malam. Detik itu akan jadi satu Magic Moment untuk mereka.
Kenapa magik? Sebab antara berjuta detik yang lain, detik itulah yang dia boleh ingat sampai bila-bila. Itulah magiknya.
Lagi banyak Magic Moments tersimpan dalam memori anak kita, lagi bahagialah anak kita. Bayangkan zaman kanak-kanak anak kita dipenuhi dengan ribuan Magic Moments yang hebat.
Tapi, saya sendiri banyak terlepas peluang untuk cipta “Magic Moments” dengan anak saya.
Pernah anak saya teruja nak tunjukkan sejenis ikan berkaki yang baru dia belajar pagi tu. Saya pula sibuk dengan urusan lain. Berkali-kali dia cuba nak beritahu saya pasal ikan tu.
Bila kerja saya dah selesai, anak saya pun dah tertidur. Saya fikir remeh aja cerita ikan tu. Terlintas dalam hati, esok mesti dia dah lupa pasal cerita ikan tu.
Itulah silap saya.
Esok paginya, anak saya datang dan dengan suara perlahan dia kata lepas ni dia dah tak nak cerita apa-apa lagi bila dia belajar benda baru.
Allahuakbar, saya menangis. Remuk hati ini.
Terus saya minta maaf pada anak. Leka betul diri ni. Macam tu cara Allah bagi amaran pada saya.
Sebenarnya, anak kita akan ketagih nak berkelakuan baik bila kita selalu “tangkap” dia betul-betul lepas dia buat perkara yang baik.
Bila kita beri ganjaran selepas dia buat apa-apa kebaikan, Magic Moments itu lebih mudah tercipta.
Ganjaran macam duit, permainan dan coklat bukanlah tak baik tapi ia tak sehebat ganjaran yang saya nak kongsikan ni.

Contoh ganjaran atau hadiah yang lebih hebat :
Diberi kasih sayang
– dalam bentuk pelukan, ciuman, high five, senyuman atau meletak tangan kita pada bahu anak.
Pujian
– puji secara spesifik kelakuan anak yang kita suka.
– Contoh:
“Baguslah abang senyap je masa mama bercakap melalui telefon dengan nenek.”
“Kakaklah pembantu mama yang paling rajin sekali. Semua permainan kakak dah susun elok-elok dalam laci.”
Diberi perhatian yang lebih atau dapat buat aktiviti khas.
– main game board dengan mak ayah
– mak ayah baca buku cerita bersama
– tolong mak ayah sediakan makan malam
– dapat pergi ke zoo bersama mak ayah.
American Academy of Pediatrics dan American Association of Child and Adolescent Psychiatry pun menyokong jika kita beri ganjaran sosial begini.
Sungguh kawan-kawan.
Kita terlalu banyak “tangkap” anak ketika mereka buat salah sampai kita terlupa nak “tangkap” mereka kita mereka berbuat baik.
Sumber: Dr Redza Zainol
The post Doktor Pesan Setiap Hari Mesti Ada ‘Magic Moments’ Dengan Anak. Baru Anak Lagi Bijak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/doktor-pesan-setiap-hari-mesti-ada-magic-moments-dengan-anak-baru-anak-lagi-bijak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Otak Anak Makin Bijak Hebat Cuba 5 Cara Doktor Sarankan Ni Memang Membantu

Nak Otak Anak Makin Bijak Hebat Cuba 5 Cara Doktor Sarankan Ni Memang Membantu

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 434 hits
Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya jadi nak didik anak anak memang perlu dari kecil lagi Kalau ibu ayah nak anak anak membesar menjadi anak yang bijak dan hebat jadi dari kecil kena terapkan amalan atau rutin yang boleh membua...
Jangan Jemu Mendoakan Anak Bacalah Setiap Hari Insya Allah Anak Jadi Soleh

Jangan Jemu Mendoakan Anak Bacalah Setiap Hari Insya Allah Anak Jadi Soleh

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 506 hits
Doa adalah senjata yang cukup hebat buat umat Islam Bagi ibu bapa doa anda adalah kekuatan buat anak anak tak kira masa Ramai juga yang percaya doa ibu adalah mustajab sebab itulah seorang ibu perlu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ana...
Anak Beranak Selamat Selepas 4 Hari Terperangkap Di Dalam Lif Dengan Minum Air Kencing

Anak Beranak Selamat Selepas 4 Hari Terperangkap Di Dalam Lif Dengan Minum Air Kencing

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 360 hits
Seorang wanita dari China berusia 82 tahun dan anak perempuannya yang berusia 64 tahun selamat selepas terperangkap di dalam lif yang rosak selama 4 hari dengan mengumpul dan minum air kencing masing masing Menurut media China anak beranak ...
Perincian Dua Kluster Baru Kluster Hyde Park Kluster Pui Melbourne Yang Dikesan Hari Ini

Perincian Dua Kluster Baru Kluster Hyde Park Kluster Pui Melbourne Yang Dikesan Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 314 hits
PUTRAJAYA 22 Julai Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat dua lagi kluster jangkitan COVID 19 baharu yang dikenal pasti Ketua pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua dua kluster tersebut adalah Kluster Hyde Park dan Klus...
Yay Dah Merdeka Cukup 44 Hari Ardell Aryana Kongsi Gambar Anak Pengalaman Berpantang Comelnya Arwa Malaikha Urwa

Yay Dah Merdeka Cukup 44 Hari Ardell Aryana Kongsi Gambar Anak Pengalaman Berpantang Comelnya Arwa Malaikha Urwa

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 697 hits
Pejam celik tak sedar masa berlalu Ardell Aryana yang baru lepas bersalin cahaya mata pertamanya tak lama dulu pun sudah menamatkan tempoh 44 hari berpantang Pelakon dan usahawan itu gembira kerana telah berjaya menghabiskan pantang selama ...
Ini Senarai Lima Negeri Yang Mencatatkan Kes Baru Covid 19 Hari Ini

Ini Senarai Lima Negeri Yang Mencatatkan Kes Baru Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 269 hits
Putrajaya 22 Julai Sebanyak lima buah negeri mencatatkan kes baru COVID 19 hari ini Dalam kemaskini Kementerian Kesihatan negeri negeri yang mencatatkan kes baru hari ini ialah Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Johor Sarawak dan Per...
Hati Hati Ibu Ayah Anak Yang Hari Hari Kena Marah Bila Besar Boleh Jadi Degil

Hati Hati Ibu Ayah Anak Yang Hari Hari Kena Marah Bila Besar Boleh Jadi Degil

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 484 hits
Anak yang hari hari kena marah boleh jadi degil bila dah besar Macam tak percayakan Tapi salah ke marah anak Tak Tak salah Bahkan kemarahan adalah satu keperluan dalam keadaan keadaan TERTENTU Kemarahan juga adalah penyelamat Cuma marah jan...
Amalkan Jogging Dan Kawal Makan Lelaki Ini Buat Cabaran 100 Hari Baru Sebulan Dah Turun 8kg

Amalkan Jogging Dan Kawal Makan Lelaki Ini Buat Cabaran 100 Hari Baru Sebulan Dah Turun 8kg

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 316 hits
Pelbagai cara orang gunakan untuk turunkan dan masalah buncit tetapi masih tak berjaya Ada sesetengah orang ada yang give up dan biarkan badan terus membesar Jadi sampai bila nak gemuk je Korang pernah tak cuba jaga makan dan hanya amalkan ...
Startup Ecosystem And Innovation

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

Pelamindiy Dan Hantaran Simple

Plan For Your Retirement Wisely


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Api Dapur Bertukar Oren Jangan Panik Cuba Cara Ni Dulu

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Eh Geng Lepas Ni Nak Masuk Thailand Jangan Main Redah Je Mulai 1 Mei

Bangun Kuil Atas Tanah Masjid Jais Arah Pengosongan Serta Merta