Serah Kuasa Selepas November 2020 Mengecewakan Pelabur



Biar pun tarikh 21 Februari dijadualkan berlangsungnya mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) namun agenda utama, penyerahan kuasa daripada PM Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim telah pun diketahui keputusannya.
Hal ini berikutan Tun Mahathir semalam mengumumkan beliau hanya akan menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas persidangan APEC (Pacific Economic Conference) pada November depan
Bagi pemerhati ekonomi, Jameson Tan, ketegasan Tun mempertahankan keputusannya bersara selepas November adalah perkembangan kurang baik buat ekonomi Malaysia kerana pentadbiran PH sebelum ini tidak diyakini mampu melaksanakan dasar menarik minat pelabur asing menanam modal.
“Ini satu perkembangan yang mengecewakan. Kami golongan usahawan berharap isu tarikh peralihan kuasa akan ditetapkan pada bulan Mei 2020 sebab semua pihak dalam Pakatan Harapan telah mengumumkan Tun Dr. Mahathir hanya akan memegang jawatan PM selama 2 tahun dari tarikh Mei 2018.
“Kalau peralihan kuasa selepas APEC, ini bermakna sudah lebih dua setengah tahun. Adakah Kerajaan PH dilihat menepati janji dengan langkah sebegini?” tanyanya.
Menurut beliau, golongan usahawan semakin hilang keyakinan jika Kerajaan PH meremehkan isu tarikh peralihan kuasa dan cuba melambat-lambatkan perlaksanaannya.
“Dengan virus Covid-19 yang telah mengakibatkan industri pelancongan mengalami penurunan dari segi pendapatan, Malaysia akan terpaksa bergantung lebih kepada sektor pengilangan dan pembinaan.
“Untuk sektor pengilangan, pelabur asing diperlukan menanam modal dan memulakan kilang di sini di mana ramai perkerja diperlukan. Oleh itu, kepastian dalam senario politik adalah perkara utama yang akan diberi fokus apabila pelabur asing hendak membuat pelaburan.
“Tanpa tarikh peralihan kuasa yang tetap, pelabur asing tidak akan berani bertindak melaburkan modal. Kenyataan peralihan kuasa ‘selepas APEC’ adalah satu perkara yang kabur.
“Ia boleh bermaksud semua tarikh selepas November 2020. Adakah ia bermakna tahun 2021 atau 2022? Itu pun ‘selepas APEC’ juga. Kami pelabur asing tidak gemar mendengar kenyataan yang tidak tentu dan tiada halatuju seperti itu,” tambah Jameson.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26415

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Bersetuju Selepas November 2020

Anwar Bersetuju Selepas November 2020

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 479 hits
Dalam kenyataan petang ini Anwar berkata beliau cenderung agar Mahathir terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik hujung tahun ini Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Pres...
Nyanyuk Atau Ini Ugutan Serah Kuasa Selepas Sidang Apec

Nyanyuk Atau Ini Ugutan Serah Kuasa Selepas Sidang Apec

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 412 hits
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesediaannya pada bila bila masa untuk melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikannya sebelum ini Bercakap pada sidang media di Puspanitari Tun Mahathir berkata be...
Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 577 hits
Sebagaimana yang dijangka hasrat UMNO untuk membentuk kerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad yang turut disertai Pas dalam sebuah gabungan baru yang dinamakan Pakatan Nasional akhirnya sah telah menemui kegagalan Perkara itu yang sepatutnya ...
Selepas Komited Serah Kuasa Kepada Anwar Mahathir Sepatutnya Larang Usaha Kumpul Sd Dan Tolak Usul Percaya Pas

Selepas Komited Serah Kuasa Kepada Anwar Mahathir Sepatutnya Larang Usaha Kumpul Sd Dan Tolak Usul Percaya Pas

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 479 hits
Seiring dengan pengakuan Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka Khamis lalu bahawa beliau komited berpegang kepada janji peralihan kuasa dan tidak terlibat dengan sebarang komplot mengumpul Akuan Bersumpah atau SD ...
Rakyat Mahu Peralihan Kuasa Pada Mei Bukan November

Rakyat Mahu Peralihan Kuasa Pada Mei Bukan November

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 408 hits
Walaupun tarikh peralihan kuasa mungkin hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini tetapi adalah jelas ramai yang mahu ia tidak ditangguh tangguhkan lagi Dalam beberapa siri program Bual Bicara Peralihan K...
Peralihan Kuasa Tahun 2050 Pun Selepas Apec Mp Pkr

Peralihan Kuasa Tahun 2050 Pun Selepas Apec Mp Pkr

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 424 hits
Kegagalan kepimpinan PH untuk memuktamadkan tarikh peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim akan terus mencetuskan spekulasi pembentukan kerajaan melalui pintu belakang kata MP Subang Wo...
Majlis Presiden Ph Perlu Minta Mahathir Meletak Jawatan Sekarang Bukan Selepas Apec 2020

Majlis Presiden Ph Perlu Minta Mahathir Meletak Jawatan Sekarang Bukan Selepas Apec 2020

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 782 hits
oleh Ab Jalil Backer Majlis Presiden PH Jumaat ini perlu meminta Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sekarang bukan selepas APEC 2020 Tindakan umum akan meletak jawatan pada Disember ini menyebabkan keadaan politik negara tidak stabil P...
Untuk Henti Politicking Yang Diperlu Peralihan Kuasa Bukannya Usul Undi Percaya 11 February 2020

Untuk Henti Politicking Yang Diperlu Peralihan Kuasa Bukannya Usul Undi Percaya 11 February 2020

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 405 hits
Walaupun belum membuat keputusan sama ada menyokong atau tidak Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hassan berkata usul undi percaya kepada Perdana Menteri yang akan dibawa oleh Pas adalah perlu untuk Malaysia Ini kerana katanya terlalu banyak po...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lawatan Ke Hatnyai 24 11 2023 27 11 2023

Yummy Lean Ground Beef High Protein Recipe

Keropok Inang Inang Beras Pulut

Warung Teratak Bonda Arau Tempat Makan Best Di Perlis Dengan View Sawah Bendang

Tak Semua Lelaki Gagal

Rugi Kalau Tak Minum Air Barli Khasiat Air Barli Yang Luar Biasa Untuk Kesihatan