Selepas Komited Serah Kuasa Kepada Anwar Mahathir Sepatutnya Larang Usaha Kumpul Sd Dan Tolak Usul Percaya Pas





Seiring dengan pengakuan Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka Khamis lalu bahawa beliau komited berpegang kepada janji peralihan kuasa dan tidak terlibat dengan sebarang komplot mengumpul Akuan Bersumpah atau SD untuk mengekalkannya sehingga habis penggal, sekiranya benar masih sayangkan PH, sekurang-kurangnya dua tindakan di bawah ini harus dilakukannya tanpa bertangguh lagi.

Pertama, mengeluarkan kenyataan keras meminta diberhentikan serta-merta sebarang usaha mengumpul SD itu, tidak kira sama ada ia dilakukan oleh kelompok dalam Bersatu, UMNO atau sebagainya.

Kedua, juga mengeluarkan kenyataan tegas menolak campurtangan Pas mahu menyokongnya sehingga habis penggal melalui usul undi percaya di Parlimen.

Tetapi, adalah Tun Mahathir melakukannya?

Ikut logiknya, setelah membuat pengakuan sekali lagi untuk komited menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, cuma meminta dianjakkan peralihan kuasa sehingga selesai Sidang Apec pada November, itulah yang seharusnya dilakukan oleh Tun Mahathir.

Ia sekurang-kurangnya dapat menjadikan keadaan menjadi tenang sementara menunggu peralihan kuasa dilaksanakan, seterusnya memastikan PH tidak lagi terancam perpaduannya.

Namun, tidak melakukan kedua-dua perkara tersebut memungkinkan boleh berlakunya banyak kejadian lain yang tidak dijangka.

Apa terjadi, meskipun sekiranya peralihan kuasa telah dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden 21hb Februari nanti adalah selepas Sidang Apec iaitu November, tetapi usaha golongan keparat mengumpulkan SD untuk tujuan mengekalkan khidmatnya sehingga habis penggal masih lagi berterusan dan tidak pernah dilarang oleh Tun Mahathir?

Cukupkah sekadar menyatakan beliau tidak terlibat dengan komplot tersebut?

Juga, apa akan terjadi jika tarikh peralihan kuasa telah dipersetujui, namun Tun Mahathir masih enggan mengeluarkan kenyataan tegas menyatakan tidak memerlukan sokongan daripada Pas melalui usul undi percaya terhadapnya?

Apakah susah benar bagi Tun Mahathir menolak usul percaya Pas itu sebagaimana beliau kerap membelasah parti Islam itu sebelum ini?

Dalam tempoh 9 bulan daripada sekarang sehingga selesai Sidang Apec pada November depan untuk menanti berlakunya peralihan kuasa, hakikatnya macam-macam perkara boleh berlaku.

Selagi Tun Mahathir tidak mengeluarkan kenyataan tegas dan keras melarang pengumpulan SD dan menolak Pas membawa usul undi percaya terhadapnya, bolehkah dalam tempoh 9 bulan itu beliau benar-benar dipercayai dan diyakini tidak melakukan satu lagi U-Turn seperti yang banyak kali dilakukannya sebelum ini?

Tidakkah mungkin nanti, dengan muka selamba dan kerut-kerut di wajah yang semakin nyata, Tun Mahathir akan berkata, “Memang saya nak serahkan jawatan kepada Anwar dan janji pun sudah dipersetujui, tetapi oleh kerana sokongan untuk saya masih ada, apa saya boleh buat?”

Dalam ertikata lain, bukankah dalam hal ini janji peralihan kuasa sebenarnya lebih baik kekal dilakukan pada Mei dan bukan November?

Menjelang November atau ada masa 9 bulan, selain wanita mengandung sudah boleh melahirkan anak, ular lidi pun sudah bertukar menjadi ular sawa yang cekap membelit di sana sini, kecuali jika Tun Mahathir dengan ikhlas dapat melakukan dua perkara yang disebut di atas tadi.

Maka, apakah tidak mustahil Tun Mahathir juga akan membelit lagi sebuah janj dalam tempoh 9 bulan akan datang? ShahbudinHusin 15/02/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/selepas-komited-serah-kuasa-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

Ph Boleh Segerakan Pecat Tun Jika Enggan Serah Kuasa Pada Anwar Atau Buat Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 134 hits
Isu peralihan kuasa isu PPSMI isu Azmin dan banyak lagi isu yang berkaitan Tun boleh dijadikan alasan kepada PH untuk tendang keluar BERSATU sekaligus pecat Tun Anwar boleh jadi PM Lim Kit Siang Timbalan Perdana Menteri Kalau setakat desak ...
Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

Usul Undi Percaya Pas Komponen Ph Juga Perlu Sokong Mahathir Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 40 hits
Pengisytiharan Pas yang akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat wajar dilihat sebagai peringatan agar kesemua anggota dewan untuk terus menyokong pentadbiran beliau Malah d...
Pas Syaitan Yang Nyata Usul Percaya Boleh Juga Akibatkan Mahathir Hilang Jawatan Pm

Pas Syaitan Yang Nyata Usul Percaya Boleh Juga Akibatkan Mahathir Hilang Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 138 hits
Selepas gagal mahu menumbangkan PH melalui hasrat menubuhkan kerajaan baru Pakatan Nasional bersama UMNO dan Bersatu Pas nampaknya terus berusaha untuk menggugat keharmonian PH Kali ini parti itu bercadang pula mahu mengemukakan usul percay...
Tarikh Serah Kuasa Sepatutnya Ditetapkan Sebaik Saja Anwar Menang Di Pd

Tarikh Serah Kuasa Sepatutnya Ditetapkan Sebaik Saja Anwar Menang Di Pd

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 113 hits
Jika kerajaan selamatkan diri Pakatan Nasional yang diperbualkan kebelakangan ini akhirnya benar menjadi kenyataan sebab utama ia boleh berlaku ialah kerana gagalnya PH menetapkan tarikh peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada ...
Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 101 hits
February 11 2020 7 16 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Usul undi percaya PAS bagi menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri adalah usaha untuk memecah belahkan Pakatan Harapan kata Anwar Ibrahim Presiden PKR ...
Pas Sepatutnya Bawa Usul Undi Tak Percaya Namakan Hadi Awang Calon Perdana Menteri

Pas Sepatutnya Bawa Usul Undi Tak Percaya Namakan Hadi Awang Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 160 hits
Sebagai pembangkang keputusan Pas untuk membawa usul percaya di Parlimen bagi menyokong kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang aneh dan pelik Tidak pernah berlaku pembangkang menyokong Perdana Menteri me...
Kerajaan Baru Petanda Tun M Takkan Serah Kuasa Pada Anwar

Kerajaan Baru Petanda Tun M Takkan Serah Kuasa Pada Anwar

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 97 hits
Oleh Siti Fatimah Ishak Tuduhan Lokman berat Zahid dan Hishamuddin patut beri penjelasanBANGI Pembentukan kerajaan baharu yang lebih cekap dan berwibawa wajib disegerakan sekiranya kerajaan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan mereka ...
Usul Undi Percaya Pas Di Luar Tabie

Usul Undi Percaya Pas Di Luar Tabie

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 89 hits
Pas berpotensi mencatat sejarah sebagai parti yang mencadangkan usul songsang di Dewan Rakyat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan usul undi percaya ke atas perdana menteri Tun Mahathir yang akan dibentangkan Pas dalam sesi Dewan R...
Kenyataan Tun M Dalam Kes Riza Kelirukan Umum Shamsher

Longgokan Emas Ditemukan Bila Sungai Dikeringkan Di China

Bangkit Lagi Isu Bon Samurai Siasat Melalui Sprm Atau Rci

Hans Isaac Kena Buang Dari Finas

2020 Sudah Kenapa Rakyat Kelantan Kelu Dalam Isu Air

Tanyalah Pada Lelaki Paling Gagah Pun Mereka Tak Mampu Menanggung Rasa Penatnya Mengandung

Datuk Lee Chong Wei Alangkah Harmoni Malaysia Jika Non Malay Semua Sepertimu

Duit Raya Anak Hak Anak Jika Terguna Ibu Ayah Wajib Bayar Semula



3 Falsafah Perang China The Art of War Zaman Moden

Info Dan Sinopsis Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe Slot Akasia

Info Dan Sinopsis Drama Alergi Mamat Romantik TV Okey

Apa Yang Sedang Berlaku di Hong Kong Ketika Ini

7 Jenis Coronavirus Daripada Haiwan Yang Mampu Menjangkiti Manusia


Kisah Pilu Kakek Cari Makanan Di Tumpukan Sampah Untuk Buka Puasa

Perawat Belum Terima Insentif Covid 19 Yang Dijanjikan Pemerintah

Adik Wan Kuzain Wan Kuzri Tak Sabar Sarung Jersi Harimau Muda

Apakah Muhyiddin Akan Berlembut Dengan Kes Rasuah Sekarang Dan Sebelumnya

Makhluk Sosial

Vatikan Tolak Rencana Israel Caplok Wilayah Palestina