Rakyat Mahu Peralihan Kuasa Pada Mei Bukan November





Walaupun tarikh peralihan kuasa mungkin hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini, tetapi adalah jelas ramai yang mahu ia tidak ditangguh-tangguhkan lagi.

Dalam beberapa siri program Bual Bicara Peralihan Kuasa yang sempat saya sertai dan hadiri di beberapa negeri, sambil itu dapat pula berbual-bual dengan orangramai, rata-rata berharap penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim dapat dilakukan pada Mei ini.

Mereka boleh dikata menolak sama sekali kiranya peralihan kuasa itu dianjakkan kepada November iaitu selepas Sidang Apec sebagaimana yang diminta oleh Tun Mahathir.

Alasan-alasan yang dapat disimpulkan mengapa perlunya peralihan kuasa dilakukan pada Mei dan bukannya November ialah:-

Pertama, kerana ia merupakan janji Tun Mahathir sendiri mahu memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja.

Menunaikan janji itu dianggap bukan saja suatu kewajipan dan memberikan Tun Mahathir suatu pahala, malah mengelakkkannya terjerumus kepada dosa mungkir janji.

Dengan yang demikian, tiada keperluan sama sekali untuk melewatkannya daripada tempoh asal yang dijanjikan oleh Tun Mahathir sendiri.

Kedua, Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri bagi tempoh sementara sehingga Anwar dibebaskan daripada penjara, diberi pengampunan oleh Yang Dipertuan Agong dan boleh menjadi Ahli Parlimen semula yang merupakan syarat wajib untuk beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Oleh itu, tempoh dua tahun adalah munasabah dengan status kesementaraan itu kerana baki tiga tahun selebihnya adalah giliran Anwar pula mengemudi negara sebagai Perdana Menteri yang sebenar bagi PH.

Dalam hal ini, tidak kurang yang berpendapat, proses peralihan kuasa juga sepatutnya dipercepatkan lagi kerana semua syarat untuk Anwar menjadi pengganti sudah dapat dipenuhi lebih awal daripada yang dijangka.

Ketiga, menunggu Sidang Apec untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar dilihat tidak lebih hanya untuk memenuhi ego Tun Mahathir dan bukannya atas kepentingan masa depan negara.

Oleh kerana Malaysia sudah pernah menjadi tuan rumah Sidang Apec ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1998 dahulu, kini adalah waktunya untuk negara menunjukkan reformasi telah berlaku dengan menonjolkan Perdana Menteri baru setelah 20 tahun berlalu.

Di mana reformasinya Malaysia kalau Perdana Menteri sama yang kekal dengan ciri-ciri diktatornya terus ditonjolkan dalam Sidang Apec 1998 dan 2020?

Keempat, oleh kerana pembaharuan tidak berlaku dan ekonomi tidak berkembang sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri bermula Mei 2018 lalu, malah laporan Bank Negara baru-baru ini menunjukkan kemerosotan, apakah memanjangkan lagi tempoh peralihan kuasa selama enam bulan sehingga November mampu menzahirkan sesuatu yang positif untuk negara?

Apakah dengan Tun Mahathir terus menjadi Perdana Menteri sehingga November berbanding Mei yang sepatutnya, dapat melonjakkan lgi ekonomi, menaikkan nilai ringgit dan membuatkan pelaburan asing datang mencurah-curah?

Jika jawapannya tidak atau tiada kepastian, untuk apa dibiarkan Tun Mahathir kekal berkuasa sehingga November?

Bukankah dalam keadaan negara yang suram ini dan rata-rata golongan peniaga mengeluh terhadap kerajaan, tampuk ketua kerajaan sepatutnya lebih cepat digantikan?

Untuk itu, buat perhatian semua anggota mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan bersidang pada 21 Februari ini – buatlah keputusan berkenaan peralihan kuasa nanti berasaskan logik untuk kebaikan negara dan bersandarkan keinginan sebenar rakyat, bukan untuk memenuhi ego serta keinginan peribadi Tun Mahathir semata-mata. (ShahbudinHusin 17/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/rakyat-mahu-peralihan-kuasa-pada-mei.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Peralihan Kuasa Bukan Bicara Soal Dewan Rakyat

Isu Peralihan Kuasa Bukan Bicara Soal Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 343 hits
Bayangkan sebaik sahaja kita menang di dalam PRU14 dahulu Wan Azizah pun berkata Kita akan tunai janji untuk Tun M menjadi PM tetapi terpulang kepada Agong Agak agak siapa PM sekarang Kita mahu ingatkan Tun soal peralihan kuasa adalah soal ...
Peralihan Kuasa Beri Impak Positif Ekonomi Negara

Peralihan Kuasa Beri Impak Positif Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 239 hits
Parti parti dalam Pakatan Harapan tetap konsisten dalam isu peralihan kuasa kedudukan Perdana Menteri seperti dipersetujui sebelum Pilihan Raya Umum lalu Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Fahmi Fadzil ketika megulas isu peralihan ku...
Akuan Berkanun Tiada Pengaruh Ph Muktamad Peralihan Kuasa

Akuan Berkanun Tiada Pengaruh Ph Muktamad Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 224 hits
Gembar gembur penyokong PM Tun Mahathir telah mendapat 138 ahli parlimen yang menandatangani Akuan Berkanun menyokong kepimpinan beliau sehingga tamat penggal tidak akan menjejaskan peralihan kuasa yang diputuskan oleh Majlis Presiden Pakat...
Peralihan Kuasa Yang Paling Ditakuti

Peralihan Kuasa Yang Paling Ditakuti

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 261 hits
Peralihan kuasa Perdana Menteri di pertengahan penggal pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang asing malah telah berlaku beberapa kali sebelum ini Tun Hussein Onn menyerahkan jawatan kepada Tun Mahathir Mohamad pada 1981 Tun Mahathir menyerah...
Pelan B Jika Mahathir Ingkar Peralihan Kuasa Mp Pkr

Pelan B Jika Mahathir Ingkar Peralihan Kuasa Mp Pkr

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 378 hits
Diterbitkan Hari ini 6 09 petangBERITAPemimpin PKR memberi bayangan sesuatu perlu dilakukan termasuk tekanan daripada pandangan awam sekiranya pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim tidak berlaku ...
Peralihan Kuasa Penyokong Anwar Keliru

Peralihan Kuasa Penyokong Anwar Keliru

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 226 hits
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF HARAKAHDAILYKITA perlu berterima kasih kepada pemimpin DAP Liew Chin Tong di atas tulisan beliau bertajuk Pencerahan Tentang Peralihan Kuasa dalam akhbar Sinar Harian semalam Tulisan beliau pada hemat saya benar...
Peralihan Kuasa Belum Mesyuarat Tun M Telah Buat Keputusan Nak Jadi Macam Bn Juga Kah

Peralihan Kuasa Belum Mesyuarat Tun M Telah Buat Keputusan Nak Jadi Macam Bn Juga Kah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 343 hits
Tun M berkata Saya bersedia untuk meletak jawatan BILA BILA MASA Tun M juga berkata Apa pun keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH saya akan letak jawatan SELEPAS APEC Sesiapa yang pening kepala sila makan panadol sekarang Pada Jumaat ini M...
Peralihan Kuasa Pelan B Tonjol Sikap Terdesak Pkr

Peralihan Kuasa Pelan B Tonjol Sikap Terdesak Pkr

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 329 hits
Rancangan bekas Bendahari PKR William Leong untuk menggunakan pelan B bagi memberi tekanan terhadap isu peralihan kuasa perdana menteri di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjolkan sikap terdesak pihak terba...
Peralihan Kuasa Apa Yang Penting Pendirian Parti Ph Anwar

Peralihan Kuasa Apa Yang Penting Pendirian Parti Ph Anwar

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 319 hits
Diterbitkan 15 Feb 2020 11 51 malamBERITABerhubung isu peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dengan dirinya Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata apa yang penting adalah pendirian PKR dan PH yang menyokong perkara itu Beliau mengulas berk...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice