Peralihan Kuasa Tahun 2050 Pun Selepas Apec Mp Pkr



(Malaysiakini) – Kegagalan kepimpinan PH untuk memuktamadkan tarikh peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim akan terus mencetuskan spekulasi pembentukan kerajaan melalui pintu belakang, kata MP Subang, Wong Chen.
Anggota parlimen PKR itu berkata penetapan tarikh peralihan kuasa akan membawa kepada kestabilan politik sejurus memberi manfaat kepada penggubalan dasar dan ekonomi.
“Hari ini boleh dikira sebagai “hari penting” dalam rancangan peralihan kuasa PH… Jangkaan orang ramai adalah supaya tarikh tetap (penyerahan kuasa diumumkan).
“(Ia) bagi menggantikan jawapan samar (bakal meletak jawatan) selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).
“Selepas Apec’ boleh jadi apa sahaja; contohnya, tahun 2050 secara teknikalnya ‘selepas Apec’.
“Jika tarikh tetap diumumkan, ia akan memberhentikan cakap-cakap berkenaan pembentukan kerajaan melalui pintu belakang.
“Orang ramai dan komuniti perniagaan akan mendapat kepastian politik dan diharapkan akan melabur untuk menjayakan ekonomi,” kata Wong Chen (gambar, bawah) pada ciapan di akaun Twitter hari ini.
Wong mengeluarkan kenyataan susulan Majlis Presiden PH yang dijadual bakal bermesyuarat malam ini bagi membincangkan isu peralihan kuasa. Sebelum itu, enam pemimpin tertinggi PH akan mengadakan mesyuarat terlebih dahulu.
Untuk rekod, Wong dikatakan berada dalam kem presiden PKR, Anwar. Parti itu kelihatannya berpecah ekoran hubungan tegang antara Anwar dan Azmin, yang merupakan timbalan presiden PKR.
Mahathir dikatakan tidak jelas mengenai tarikh penyerahan kuasa kepada Anwar.
Bagaimanapun, beliau berulang kali berjanji untuk meletakkan jawatan selepas sidang kemuncak Apec di Kuala Lumpur pada November ini.
Wong berkata jika tiada tarikh peralihan kuasa diumumkan negara, ia akan memberi kesan terhadap politik dan ekonomi negara.
“Jika tarikh tidak diumumkan, ia akan menjadi status quo … kita akan kembali terganggu dengan cerita-cerita SD (akuan berkanun) dan kerajaan pintu belakang yang berterusan. Malah, cerita-cerita ini akan kerap dimainkan Umno dan PAS.
“Apa-apa pun yang diputuskan (PH), mereka perlu tahu akibatnya dari aspek politik dan ekonomi,” ciap Wong lagi.
Kenyataan itu turut timbul di tengah spekulasi plot – yang kemudian disahkan Anwar – bagi mengekalkan Mahathir yang kini berusia 94 tahun itu untuk terus menyandang jawatan perdana menteri sehingga tamat penggal.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa terdapat sekumpulan anggota parlimen kini sedang mengusahakan akuan berkanun (SD) bagi menyokong Dr Mahathir.
Bagaimanapun, Anwar menafikan penglibatan Mahathir dalam isu SD itu, namun menjelaskan terdapat usaha daripada PAS, Umno dan “sekumpulan” ahli PKR.
Terdapat juga usaha dalam parti Anwar sendiri untuk meraih dua SD berasingan – satu menyokong presiden PKR dan yang lain supaya Dr Mahathir berkhidmat sehingga habis penggal.
PAS juga turut merancang untuk menggerakkan undi percaya buat Dr Mahathir bagi menerajui negara sehingga akhir penggal di Dewan Rakyat pada Mac ini.
Anwar semalam menafikan beliau akan memaksa Dr Mahathir bagi menetapkan tarikh khusus buat peralihan jawatan tersebut.
Sebaliknya, beliau lebih mahukan negara menumpukan isu ekonomi, berkata perbincangan mengenai peralihan kuasa “boleh diselesaikan dalam masa setengah jam.”
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/02/21/peralihan-kuasa-tahun-2050-pun-selepas-apec-mp-pkr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peralihan Kuasa Pelan B Tonjol Sikap Terdesak Pkr

Peralihan Kuasa Pelan B Tonjol Sikap Terdesak Pkr

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 350 hits
Rancangan bekas Bendahari PKR William Leong untuk menggunakan pelan B bagi memberi tekanan terhadap isu peralihan kuasa perdana menteri di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menonjolkan sikap terdesak pihak terba...
Peralihan Kuasa Pkr Gagal Dap Meroyan

Peralihan Kuasa Pkr Gagal Dap Meroyan

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 343 hits
Dr Kamarul Zaman YusoffMENGIKUT akhbar Sinchew Daily Mesyuarat Biro Politik PKR pada 19 Februari telah memberi mandat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut satu tarikh peralihan kuasa yang spesifik dari Tun Dr Mahathir Mohamad dala...
Pelan B Jika Mahathir Ingkar Peralihan Kuasa Mp Pkr

Pelan B Jika Mahathir Ingkar Peralihan Kuasa Mp Pkr

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 406 hits
Diterbitkan Hari ini 6 09 petangBERITAPemimpin PKR memberi bayangan sesuatu perlu dilakukan termasuk tekanan daripada pandangan awam sekiranya pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim tidak berlaku ...
Nyanyuk Atau Ini Ugutan Serah Kuasa Selepas Sidang Apec

Nyanyuk Atau Ini Ugutan Serah Kuasa Selepas Sidang Apec

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 363 hits
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesediaannya pada bila bila masa untuk melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikannya sebelum ini Bercakap pada sidang media di Puspanitari Tun Mahathir berkata be...
Untuk Henti Politicking Yang Diperlu Peralihan Kuasa Bukannya Usul Undi Percaya 11 February 2020

Untuk Henti Politicking Yang Diperlu Peralihan Kuasa Bukannya Usul Undi Percaya 11 February 2020

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 360 hits
Walaupun belum membuat keputusan sama ada menyokong atau tidak Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hassan berkata usul undi percaya kepada Perdana Menteri yang akan dibawa oleh Pas adalah perlu untuk Malaysia Ini kerana katanya terlalu banyak po...
Perkembangan Anxiety Dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun

Perkembangan Anxiety Dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 463 hits
Perkembangan Anxiety dan Depression Cik En Selepas 3 Tahun Tiberrr cik en up balik kisah anxiety dan depression Lama kan cik en tak update pasal ini Last update entri kalau tak silap penghujung tahun 2017 Cik en menaip semula story ini seba...
Selepas 70 Tahun Nestle Kongsi Cara Nak Bancuh Secawan Milo Yang Sempurna

Selepas 70 Tahun Nestle Kongsi Cara Nak Bancuh Secawan Milo Yang Sempurna

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 767 hits
Semua tahu sarapan pagi adalah waktu makan yang tidak boleh ditinggalkan Di Malaysia ada macam macam juadah sarapan pagi yang kita boleh cuba Antara yang menjadi pilihan untuk mengalas perut dipagi hari sudah tentulah nasi lemak atau roti c...
Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

Majlis Presiden Harus Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa Menjelang Mesyuarat 21 Fenruari Nanti

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 298 hits
Hanya semalam ketika Tun Mahathir Mohamad memberi pengakuan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau sentiasa komited terhadap janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya serta tidak terlibat sama sekali dengan sebarang komplot mengumpul tan...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Live22 12 Aug 2568 Live22 Top 41 By Norma Likeslot123 Com

Sewerage Bills In Malaysia What Are You Really Paying For

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024

Poco F7 Cyber Silver Power Meets Futuristic Design

Resipi Somtam Betik Muda Pedas Masam Manis Memang Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Tiba Tiba Jadi Terlalu Clingy Mungkin Tanda Emosi Didera Ini Penjelasan Doktor

Cik B Kongsi Kisah Pilu Kehilangan Dua Abang Dalam Kebakaran

Selamat Tahun Baru Hijrah 1447h

Evakuasi Juliana Marins Di Rinjani Dan Tantangan Nyata Operasi Sar Yang Tak Banyak Dipahami Publik

Samsung Bespoke Ai Kulkas Pintar Yang Jadi Pusat Kendali Rumah Modern

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025