Selawat Ringkas Panduan Bacaan Kelebihan Mengamalkannya
Selawat ringkas adalah selawat pendek yang boleh diamalkan oleh umat Islam di mana sahaja pada bila-bila masa.
Selawat ini merupakan pujian atau doa atas kesejahteraan Nabi Muhammad S.A.W, di mana jika kita amalkan banyak kelebihan atau fadhilat yang bakal diperolehi.
Oleh itu, mari bersama-sama kami sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui apa itu selawat ringkas dan kelebihan-kelebihannya.
Apa itu Selawat?
Perkataan “Selawat” itu merupakan sebuah perkataan yang dibentuk dari perkataan “Solat” yang membawa maksud doa atau pujian. Selawat ini telah ditakrifkan sebagai “doa kesejahteraan ke atas Nabi” oleh Kamus Dewan Edisi Keempat.
Oleh itu, ibadah selawat ini sangatlah digalakkan dan dituntut untuk dilakukan oleh umat Islam. Melalui ibadah ini, kita telah mendoakan kesejahteraan ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W dan dalam masa yang sama kita turut memperoleh pahala ibadah.
Selawat juga merupakan satu-satunya ibadah yang dilakukan oleh manusia, para malaikat dan Allah S.W.T. Perkara ini telah dijelaskan dalam Surah Al-Ahzab ayat ke-56 berikut:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Makna: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
Surah Al-Ahzab : 56
Selawat Ringkas (Bacaan Rumi & Makna)
Selawat ringkas ini amat mudah untuk di baca. Hanya satu ayat sahaja iaitu:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
Makna: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Hadis An-Nasae’i: 1292
Kelebihan Berselawat
Terlalu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal diperoleh oleh orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ini. Antaranya ialah:
Dituliskan oleh Malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.
Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
Allah akan menutupi segala perasaan dukacita.
Mendapat darjat al-Sidq.
Sejahtera pada hari kiamat.
Allah dan para Malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dilafazkan.
Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada yang berselawat.
Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
Video Selawat Ringkas
Bagi anda yang memerlukan panduan audio, anda boleh menonton video selawat ringkas yang disediakan oleh Saudara Bazli di saluran Youtube beliau, di Bazli Channel di bawah:
Diharapkan dengan artikel ini, ia dapat membantu dalam mendekatkan diri anda dengan amalan-amalan sunnah ini.
Anda juga boleh mendapatkan buku “Cabaran Sejuta Selawat Sekali Seumur Hidup” sebagai bimbingan anda untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.
Baca juga: Niat Saie, Panduan, Syarat Sah& Bacaan Dalam Ibadah Saie
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/selawat-ringkas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=selawat-ringkas