Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026
Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) merupakan satu bentukan kenaikan gaji yang diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, disiplin dan tempoh perkhidmatan mereka sepanjang tahun penilaian.
Mulai 1 Januari 2026, pelaksanaan PGT diperkemas melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) versi 1.0 (2024) yang memperkenalkan syarat kelayakan lebih jelas dan ketat bagi memastikan keadilan serta integriti dalam pengurusan sumber manusia sektor awam.
Apa itu Pergerakan Gaji Tahunan (PGT)?
PGT ialah pergerakan gaji secara automatik atau berasaskan kelayakan tertentu yang membolehkan gaji pegawai meningkat mengikut jadual gaji tahunan.
Namun, kelayakan PGT bukan lagi hanya bergantung kepada tempoh perkhidmatan semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira prestasi kerja dan rekod tatatertib pegawai.
Syarat Utama Kelayakan Pergerakan Gaji Tahunan
Berdasarkan ketetapan baharu, terdapat empat syarat utama yang perlu dipenuhi oleh pegawai untuk melayakkan diri menwrima PGT secara sebenar:
1. Markah Penilaian Prestasi 75% dan Ke Atas
Markah minimum penilaian presrasi yang diperlukan bagi melayakkan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) kepada pegawai adalah 75% dan ke atas bagi tahun penilaian. Pegawai
2. Lulus Tapisan Tatatertib (Syarat Baharu)
Pegawai mestilah bebas daripada sebarang hukuman tatatertib dalam tahun penilaian semasa. Sekiranya pegawai dikenakan hukuman tatatertib, mereka akan gagal tapisan ini dan tidak layak menerima PGT pada tahun berikutnya.
3. Memenuhi Tempoh Perkhidmatan Yang Melayakkan
Pegawai perlu memenuhi tempoh perkhidmatan yang ditetapkan, seperti:
Tempoh Bergaji Penuh (TBP) melebihi 180 hari, atau
Tempoh perkhidmatan lain yang ditetapkan mengikut peraturan semasa.
4. Diperakukan Oleh Panel Perbangunan Sumber Manusia (PPSM)
Kelayakan PGT juga tertakluk kepada perakuan Panel Perbangunan Sumber Manusia (PPSM) yang menilai keseluruhan prestasi, disiplin dan kelayakan pegawai sebelum PGT diluluskan.

Keadaan Yang Menyebabkan Pegawai Tidak Layak PGT
Terdapat beberapa situasi yang menyebabkan seseorang pegawai tidak layak menerima Pergerakan Gaji Tahunan, antaranya:
1. Gagal Tapisan Tatatertib
Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tahun penilaian akan dianggap gagal tapisan dan tidak layak PGT pada tahun berikutnya.
2. Tempoh Tidak Bertugas Melebihi 180 Hari
Pegawai yang:
Mengambil cuti separuh gaji atau tanpa gaji, atau
Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran
sehingga melebihi 180 hari dalam tempoh penilaian, akan hilang kelayakan PGT.
3. Pelanjutan Tempoh Percubaan Dengan Denda
Pegawai yang masih dalam tempoh percubaan dan dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan denda tidak layak menerima PGT sepanjang tempoh tersebut.
Pengecualian Bagi PGT Secara Isyarat
Walau bagaimanapun, pegawai yang menerima PGT secara isyarat dikecualikan daripada syarat memperoleh markah penilaian prestasi 75% dan ke atas. Ini termasuk pegawai yang:
Memenuhi Tempoh Bergaji Penuh (TBP) melebihi 180 hari, tetapi
Tempoh menjalankan tugas jawatan tidak melebihi atau sama dengan tempoh cuti bergaji penuh,
di mana pegawai tersebut diberikan status Tidak Sesuai Dinilai, namun masih layak menerima PGT secara sebenar mengikut peraturan yang ditetapkan.
Contoh Pengiraan Kelayakan Pemberian PGT
CONTOH 1

CONTOH 2

CONTOH 3

CONTOH 4

CONTOH 5

CONTOH 6

CONTOH 7

CONTOH 8

CONTOH 8(A)

CONTOH 8(B)

CONTOH 9

CONTOH 9(A)

CONTOH 10

CONTOH 11

CONTOH 12

CONTOH 13

CONTOH 14

CONTOH 15

Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) versi 1.0 (2024)
Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas tentang Pergerakan Gaji Tahunan, anda boleh rujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) versi 1.0 (2024) ini:
Kelayakan Pergerakan Gaji TahunanDownload
Soalan Lazim – Pergerakan Gaji Tahunan
1. Apakah itu Pergerakan Gaji Tahunan (PGT)? Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) ialah kenaikan gaji pokok tahunan yang diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam berdasarkan prestasi kerja, tempoh perkhidmatan dan pematuhan tatakelakuan dalam tahun penilaian.
2. Bilakah dasar baharu PGT ini berkuat kuasa? Dasar baharu PGT berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 dan dilaksanakan berdasarkan tahun penilaian 2025.
3. Siapakah yang tertakluk kepada pelaksanaan PGT ini? PGT terpakai kepada semua:
– Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
– Perkhidmatan Awam Negeri
– Pihak Berkuasa Berkanun
– Pihak Berkuasa Tempatan
4. Apakah syarat utama kelayakan PGT? Terdapat empat (4) syarat utama kelayakan PGT:
– Markah penilaian prestasi 75% dan ke atas
– Lulus tapisan tatatertib
– Memenuhi tempoh perkhidmatan yang melayakkan PGT
– Diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)
5. Adakah syarat markah prestasi 75% wajib untuk semua? Tidak. Syarat markah 75% dan ke atas hanya terpakai bagi PGT secara sebenar. Pegawai yang menerima PGT secara isyarat dikecualikan daripada syarat markah prestasi ini.
6. Apakah maksud tapisan tatatertib? Tapisan tatatertib ialah proses semakan oleh urus setia PPSM untuk memastikan pegawai tidak dikenakan sebarang hukuman tatatertib dalam tahun penilaian.
7. Apakah kesan jika gagal tapisan tatatertib? Jika pegawai dikenakan hukuman tatatertib dalam tahun penilaian:
Pegawai gagal tapisan tatatertib; dan
Tidak layak menerima PGT pada tahun berikutnya, walaupun hukuman telah tamat.
8. Apakah itu Tempoh Bergaji Penuh (TBP)? TBP ialah tempoh pegawai:
– Menjalankan tugas jawatan; atau
– Gabungan menjalankan tugas dan cuti bergaji penuh
termasuk Hari Kelepasan Am dan cuti mingguan.
9. Berapakah tempoh TBP minimum untuk PGT? Melebihi 180 hari → layak PGT secara sebenar
180 hari atau kurang → layak PGT secara isyarat (jika syarat lain dipenuhi)
10. Apakah maksud PGT secara isyarat? PGT secara isyarat ialah kenaikan gaji tahunan yang:
– Diberikan secara prinsip;
– Akan diselaraskan kepada PGT sebenar apabila pegawai kembali bertugas sepenuhnya.
11. Adakah PGT isyarat ada had maksimum? Ya dan tidak, bergantung kategori:
Terhad maksimum 3 kali:
Cuti Belajar Separuh Gaji
Cuti Tanpa Gaji
Cuti Menjaga Anak
Cuti Mengikut Pasangan
Tidak terhad 3 kali:
Peminjaman
Pertukaran sementara
12. Tempoh apa yang tidak melayakkan PGT? Antara tempoh yang tidak melayakkan PGT:
– Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran
– Cuti separuh gaji / tanpa gaji melebihi 180 hari
– Menjalani hukuman penjara
– Rawatan pemulihan di bawah Akta Penagih Dadah
13. Siapa yang membuat keputusan kelayakan PGT? Keputusan kelayakan PGT dibuat oleh:
– Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)
– Dengan perakuan Ketua Jabatan
Baca juga:
Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2 Dibayar 22 Januari 2026
Tips Urus Gaji Pertama: Elak Menyesal Seumur Hidup
Gaji Kecil Bukan Alasan – Ramai Anak Muda Dah Mula Simpan Emas RM10 Je!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/pergerakan-gaji-tahunan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pergerakan-gaji-tahunan