3 Qul Panduan Bacaan Makna Surah Kelebihannya


Surah 3 Qul atau juga dikenali sebagai ‘Surah Al-Muawwizat’ merujuk kepada tiga surah terakhir dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Ikhlas (Qul huwallāhu aḥad), Surah Al-Falaq (Qul a‘ūżu birabbil-falaq) dan Surah An-Nas (Qul a‘ūżu birabbin-nās).
Tiga surah ini merupakan surah yang sering dihafal dan diamalkan dalam kehidupan seseorang muslim, sama ada sewaktu
Apa itu Surah 3 Qul? Surah 3 Qul atau Surah Al-Muawwizat merupakan tiga surah terakhir dalam Al-Quran yang sangat digalakkan pembacaannya dalam kalangan umat Islam. Surah Al-Muawwizat ini terdiri daripada surah-surah berikut:
Al-Ikhlas Al-Falaq An-Nas Surah Al-Muawwizat ini, sangat digalakkan untuk diamalkan oleh umat Islam pada bila-bila masa terutama sebelum waktu tidur.
Hal ini demikian kerana ia merupakan amalan yang sering diamalkan Rasulullah S.A.W. sendiri dan perkara ini telah dinyatakan dalam hadis riwayat berikut:
Dapatkan hiasan dinding Islamik yang mempunyai surah 3 Qul di Shopee dengan harga yang berpatutan bagi meningkatkan seri rumah anda.
Panduan Bacaan 3 Qul Rumi Beserta Maknanya Berikut merupakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, beserta bacaan rumi dan maknanya, untuk dijadikan sebagai panduan anda ketika membaca surah Al-Muawwiza ini:
1. SURAH AL-IKHLAS
Bacaan Rumi: 
Qul Huwallahu Ahad (1)
Allahussomad (2)
Lam Yalid Walam Yuulad (3)
Walam Yakullahu Kufuwan Ahad (4)
Maksud Surah Al-Ikhlas: 
Katakanlah: Dia Allah Yang Maha Esa (1)
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2)
Dia Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan (3)
Dan Tidak Ada Seorangpun Yang Serupa Dengan-Nya (4)
2. SURAH AL-FALAQ
Bacaan Rumi:
Qul A’uuzu Birobbil Falaq (1)
Min Syarrimaa Kholaq (2)
Wa Min Syarri Ghoosiqin Izaa Waqob (3)
Wa Min Syarrin Naffaatha Tifil ‘Uqod (4)
Wa Min Syarrihaa Sidin Izaa Hasad (5)
Makna Surah Al-Falaq:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Allah yang menciptakan sekalian makhluk (1)
Daripada Kejahatan MakhlukNya (2)
Dan Daripada Kejahatan Malam Apabila Telah Gelap Gelita (3)
Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)(4)
Dan Daripada Kejahatan Orang Yang Dengki Apabila Dia Dengki (5)
3. SURAH AN-NAS
Bacaan Rumi:
Qul A’uuzu Birobbinnaas (1)
Malikinnaas (2)
Ilaahinnaas (3)
Min Syarril Waswaasil Khonnaas (4)
Allazii Yuwas Wisufii Suduu Rinnaas (5)
Minal Jinnati Wannaas (6)
Makna Surah An-Nas:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Allah, Pemulihara sekalian manusia (1)
Yang Menguasai sekalian manusia (2)
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia (3)
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam (4)
Yang Membisikkan (Kejahatan) Ke Dalam Dada Manusia (5)
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia (6)
Fadhilat Surah Al-Muawwizat Terdapat banyak fadhilat atau kebaikan yang bakal kita peroleh jika kita mengamalkan Surah 3 Qul(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas) ini. Antaranya ialah:
Mendapat ganjaran syurga Ia mampu menjadi pelindung / pendinding diri daripada gangguan syaitan. Dengan izin Allah ia mampu menyembuhkan segala penyakit zahir dan batin. Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna. Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan. Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu. Waktu Membaca Surah Al-Muawwizat Anda boleh membaca Surah 3 Qul ini pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu, ia lebih baik dibaca ketika waktu di bawah:
1. KETIKA WIRID SELEPAS SOLAT
Selesai solat dianjurkan pula membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, setiap satunya sekali. Daripada Uqbah bin Amir, katanya;
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan padaku untuk membaca Muawwizaat  di akhir solat (sesudah salam).” 
(HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523) 2. WAKTU PAGI & PETANG
Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).
“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” 
HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399 3. WAKTU MALAM & HUJAN
Selain waktu pagi dan petang, kita juga digalakkan membaca 3 Qul ini pada waktu malam dan ketika hujan. Perkara ini telah diterangkan oleh Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib dalam hadis riwayat berikut:
“Kami keluar pada waktu malam, ketika itu hujan sedang turun dan sangat gelap, kami mencari Nabi untuk mendoakan akan kami, lalu kami mencari Baginda lalu bersabda, “Katakanlah”, maka aku tidak mengatakan sesuatu, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, Aku tidak mengatakan apa-apa, kemudian Nabi bersabda lagi, “Katakanlah”, maka, aku berkata, “Ya Rasulullah! Apa yang harus aku katakan?” Nabi menjawab : “Katakanlah ‘Surah Muawwizat’ ketika pagi dan petang hari sebanyak tiga kali, maka hal tersebut akan membuatmu terlindung dari segala sesuatu“.
Dalam kitab Tirmidzi, an-Nasai dan sunan Abu Daud 4. SEBELUM TIDUR
Sebelum kita tidur, kita juga digalakkan untuk membaca 3 Qul terlebih dahulu dengan cara berikut:
Menadah kedua telapak tangan Bacakanlah tiga surah ini. Tiup ke telapak tangan Kemudian, kedua telapak tangan tadi diusapkan pada anggota tubuh yang mampu dijangkau (dari kepala, wajah, & tubuh bahagian depan) Ulang sebanyak tiga kali. “Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah  ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” 
(HR. Al-Bukhari 4630) 5. KETIKA PERAWATAN (RUQYAH)
Akhir sekali kita juga dianjurkan untuk membaca Surah Al-Muawwizat sewaktu sedang merawat kesakitan. Perkara ini telah dijelaskan dalam hadis riwayat berikut:
عَنْعَائِشَةَرَضِياللَّهُعَنْهَاأَنَّرَسُولَاللَّهِصَلَّىاللَّهُعَلَيْهِوَسَلَّمَكَانَإِذَااشْتَكَىيَقْرَأُعَلَىنَفْسِهِبِالْمُعَوِّذَاتِوَيَنْفُثُفَلَمَّااشْتَدَّوَجَعُهُكُنْتُأَقْرَأُعَلَيْهِوَأَمْسَحُبِيَدِهِرَجَاءَبَرَكَتِهَا. رواهالبخاري
Daripada Aisyah R.A: “Bahawasanya Rasulullah S.A.W apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” 
Hadis riwayat Al-Bukhari Baca juga: Al-Mathurat: Senarai Zikir, Wirid, Doa Pagi & Petang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/3-qul/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=3-qul

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Abu Darda Panduan Bacaan Rumi Makna Amp Video Bacaan

Doa Abu Darda Panduan Bacaan Rumi Makna Amp Video Bacaan

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 227 hits
Doa Abu Darda merupakan satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah S A W kepada sahabat baginda yang bernama Abu Darda r a bagi melindungi diri harta dan kekayaan beliau Berikut merupakan serba sedikit penerangan berkenaan doa ini Kami juga te...
Surah Ar Rahman Bacaan Terjemahan Ringkasan Intipati

Surah Ar Rahman Bacaan Terjemahan Ringkasan Intipati

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 259 hits
Surah Ar Rahman Terjemahan Ringkasan Intipati Fadhilat Membacanya Surah Ar Rahman adalah surah ke 55 di dalam Al Quran Surah ini mengandungi 78 ayat 387 perkataan dan 1589 huruf Ia merupakan surah Makkiyah kerana diturunkan di Makkah Beriku...
Solat Sunat Selepas Isyak Panduan Dan Bacaan Dalam Solat

Solat Sunat Selepas Isyak Panduan Dan Bacaan Dalam Solat

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 225 hits
Solat sunat selepas Isyak merupakan salah satu solat sunat di bawah solat sunat Rawatib Solat sunat ini merupakan sunat muakkad iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan Oleh itu sebagai umat Islam amat penting untuk kita ke...
Doa Selepas Iqamat Panduan Bacaan Dan Maknanya

Doa Selepas Iqamat Panduan Bacaan Dan Maknanya

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 285 hits
Iqamat merupakan seruan selepas azan yang dialunkan bagi menandakan bahawa jemaaah sudah boleh melaksanakan ibadah solat Seperti azan terdapat juga doa yang boleh kita baca selepas mendengar iqamat Berikut akan kami kongsikan doa dan pandua...
Sujud Sahwi Panduan Lengkap Cara Bacaan Sujud Sahwi

Sujud Sahwi Panduan Lengkap Cara Bacaan Sujud Sahwi

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 312 hits
Lupa Pelupa Dan Terlupa sememangnya satu sifat semulajadi manusia yang tidak disengajakan tidak kira apa pun kedudukan atau pada usia berapa sekalipun Kita juga boleh terlupa ketika bersolat sama ada meninggalkan rukun atau sunat atau terlu...
Niat Saie Panduan Syarat Sah Bacaan Dalam Ibadah Saie

Niat Saie Panduan Syarat Sah Bacaan Dalam Ibadah Saie

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 227 hits
PANDUAN NIAT DAN SYARAT SYARAT SAH DALAM MELAKUKAN IBADAH SAIE Ibadah Saie adalah salah satu rukun haji dan umrah yang merujuk kepada perbuatan berjalan ulang alik atau berlari lari anak di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh ...
Selawat Ringkas Panduan Bacaan Kelebihan Mengamalkannya

Selawat Ringkas Panduan Bacaan Kelebihan Mengamalkannya

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 204 hits
Selawat ringkas adalah selawat pendek yang boleh diamalkan oleh umat Islam di mana sahaja pada bila bila masa Selawat ini merupakan pujian atau doa atas kesejahteraan Nabi Muhammad S A W di mana jika kita amalkan banyak kelebihan atau fadhi...
Ayatul Kursi Bacaan Rumi Jawi Maksud Kelebihan Manfaat Mengamalkannya

Ayatul Kursi Bacaan Rumi Jawi Maksud Kelebihan Manfaat Mengamalkannya

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 212 hits
Ayat Kursi atau Ayatul Kursi merupakan ayat yang ke 255 dalam Surah Al Baqarah dan ayat ini digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al Quran Sebagai orang Islam kita disarankan dan sewajarnya menghafal ayat kursi bila keluar dari rumah dan jug...
Panduan Memilih Perniagaan Dengan Cara Paling Mudah Berjaya Dan Selamat

Panduan Memilih Perniagaan Dengan Cara Paling Mudah Berjaya Dan Selamat

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 119 hits
Bagaimana agaknya cara untuk pilih perniagaan yang mudah dan selamat untuk dijalankan Anda tentu ada impian untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri Itu perkara biasa sebab ramai orang idamkan perkara yang sama Tapi terlalu sedikit yang ben...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui