Senarai Bacaan Doa Selepas Solat Dalam Rumi Dan Zikir Harian


Amalan zikir dan berdoa selepas solat fardu adalah satu amalan yang amat digalakkan bagi mendekatkan diri kita sebagai seorang hamba kepada Allah SWT.  Jangan tergesa-gesa bangun selepas menunaikan solat fardu tanpa duduk sebentar untuk berdoa dan berzikir.


Bacaan Doa Selepas Solat


Firman Allah SWTوَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ


Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Surah Ghafir : 60)


Kata Ibnu Rajab al-Hanbali (w.795 H) :


“Sesungguhnya doa itu dituntut (untuk dilakukan) dan dijanjikan untuk ditunaikan (doa tersebut) seperti firman Allah swt : :” Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”


Rujuk Jami’ al-Ulum wa al-Hikam (hlmn 392)


Hadis - Kelebihan Amalan Zikir & Doa Selepas SolatAda beberapa riwayat hadis dan athar berkaitan galakan dan kelebihan amalan zikir dan berdoa selepas solat fardhu. Antaranya :


Daripada Abu Umamah : Beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah saw menjawab :
جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ


Maksudnya :”(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”


Riwayat al-Tirmizi ( 3499).Beliau (Imam al-Tirmizi) berkata :Hadis ini adalah hadis Hasan.


Daripada Ibnu Abbas r.a. Beliau berkata :


أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنَ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم-كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ


Maksudnya :” Terangkatnya suara (kuat) ketika berzikir adalah apabila orang ramai selesai menunaikan solat fardu. Ianya berlaku pada zaman Rasulullah saw. Maka aku tahu jika mereka selesai menunaikan solat adalah ketika aku mendengar suara mereka berzikir.”


Riwayat al-Bukhari (841) & Muslim (1346)


sumber : Al-Kafi # 713





Senarai Wirid Selepas SolatWirid 1 -baca sebanyak 3 kali


أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه


Astaghfirullah hal ‘azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi


Maksudnya: “Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya”


Wirid 2 – baca sebanyak 3 kali


لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ


La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumit, wa huwa ‘ala syai’in qadir




Maksudnya: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”


Wirid 3 – baca sebanyak 3 kali


اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ


Allahumma Ajirni Minan-Naar


Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku daripada api neraka”


Wirid 4


اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ وَإِلَيْكَ يَرْجِعُ السَّلَامُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ وَأَدْخِلْنَا دَارَكَ دَارَ السَّلَامِ تَبَارَكت رَبنَا وَتَعَالَيْت يَا ذَا الْجلَال وَالْإِكْرَام


Allahumma Antas Salam wa minkas Salam wa ilayka yarji’us salam fahayyina Rabbana bis salam wa adkhilna daraka daras salam tabarakta Rabbana wa ta’alayta Ya Dhal Jalali wal Ikram


Maksudnya: “Ya Allah, engkaulah Dzat yang memberi keselamatan (kesejahteraan), hanya darimu lah keselamatan (kesejahteraan) dan kepadamua lah segala keselamatan (kesejahteraan) itu kembali. Maka hidupkanlah kami Ya Allah dengan selamat (sejahtera), masukkan kami ke dalam surga rumah keselamatan (kesejahteraan), Engkaulah Dzat yang berkah wahai Tuhan kami dan maha luhur Engkau, Ya Tuhan kami yang Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.”


Zikir Selepas SolatZikir yang wajar diamalkan selepas solat. Biasanya diulang sebanyak 11 kali, 33 kali dan ada juga yang membacanya sehingga 100 kali.



SubhanAllah ( سبحان الله)
Alhamdulillah ( الحمد لله)
AllahuAkbar (الله أكبر )
Lailahaillallah ( لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ)



Moga zikir-zikir yang kita ucapkan selepas menunaikan solat fardu menjadi penghapus dosa.


Adab Berdoa1. Memuji Allah
Antara adab berdoa yang dianjurkan oleh Nabi SAW  adalah dengan memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT.


2. Berselawat
Setelah memuji Allah, ia diikuti dengan berselawat kepada Rasulullah SAW.


3. Merendahkan Suara
Berdoa dengan rasa rendah diri, khusyuk, bersungguh-sungguh dan penuh harapan.


4. Menghadap Kiblat
Menghadap Kiblat, mengangkat kedua tangan dan menyapu kedua tangan ke muka setelah selesai doa.


Join Channel WhatsApp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!


5. Memilih Waktu Mustajab
Selain itu ketika berdoa, seseorang itu hendaklah memilih waktu, yang diistilahkan sebagai waktu mustajab, seperti pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila bertepatan masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut.


Begitu juga dengan berdoa pada waktu malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam.


AkhirkataKita juga digalakkan memilih suasana yang mulia seperti dalam keadaan sujud, ketika suasana getir dalam peperangan, ketika hujan turun, ketika iqamah solat dan selepasnya.
Ingat, selepas selesai solat jangan terus bangun. Amalkan untuk membaca beberapa doa seperti yang dikongsikan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/01/senarai-bacaan-doa-selepas-solat-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bacaan Dan Maksud Doa Akhir Tahun Doa Awal Muharram Hijrah Dalam Rumi

Bacaan Dan Maksud Doa Akhir Tahun Doa Awal Muharram Hijrah Dalam Rumi

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 420 hits
Salam semua di dalam kalendar takwim Islam awal muharram menandakan bermulanya tahun baru Setiap kali kedatangan Tahun Baru Islam pada awal bulan Muharram orang Islam digalakkan untuk berdoa dan melakukan amalan sunat Walaupun ia bukan perk...
Doa Abu Darda Panduan Bacaan Rumi Makna Amp Video Bacaan

Doa Abu Darda Panduan Bacaan Rumi Makna Amp Video Bacaan

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 286 hits
Doa Abu Darda merupakan satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah S A W kepada sahabat baginda yang bernama Abu Darda r a bagi melindungi diri harta dan kekayaan beliau Berikut merupakan serba sedikit penerangan berkenaan doa ini Kami juga te...
Solat Sunat Selepas Isyak Panduan Dan Bacaan Dalam Solat

Solat Sunat Selepas Isyak Panduan Dan Bacaan Dalam Solat

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 301 hits
Solat sunat selepas Isyak merupakan salah satu solat sunat di bawah solat sunat Rawatib Solat sunat ini merupakan sunat muakkad iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan Oleh itu sebagai umat Islam amat penting untuk kita ke...
Doa Selepas Iqamat Panduan Bacaan Dan Maknanya

Doa Selepas Iqamat Panduan Bacaan Dan Maknanya

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 331 hits
Iqamat merupakan seruan selepas azan yang dialunkan bagi menandakan bahawa jemaaah sudah boleh melaksanakan ibadah solat Seperti azan terdapat juga doa yang boleh kita baca selepas mendengar iqamat Berikut akan kami kongsikan doa dan pandua...
Surah Yasin Rumi Dan Doa Selepas Baca Yasin Beserta Terjemahan Bahasa Melayu

Surah Yasin Rumi Dan Doa Selepas Baca Yasin Beserta Terjemahan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 365 hits
Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah surah di dalam al Quran Selain itu hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sesiapa yang membaca al Quran a...
Urutan Zikir Selepas Solat Yang Betul Dan Lebih Afdhal

Urutan Zikir Selepas Solat Yang Betul Dan Lebih Afdhal

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 259 hits
Selepas solat 5 waktu biasanya kita akan duduk sebentar dan mengalunkan zikir mengikut kesesuaian dan kesempatan waktu yang ada Bila dah habis berzikir barulah mengangkat tangan berdoa kepada Allah SWT Jadi bagaimana kah bentuk zikir yang s...
Ayatul Kursi Bacaan Rumi Jawi Maksud Kelebihan Manfaat Mengamalkannya

Ayatul Kursi Bacaan Rumi Jawi Maksud Kelebihan Manfaat Mengamalkannya

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 272 hits
Ayat Kursi atau Ayatul Kursi merupakan ayat yang ke 255 dalam Surah Al Baqarah dan ayat ini digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al Quran Sebagai orang Islam kita disarankan dan sewajarnya menghafal ayat kursi bila keluar dari rumah dan jug...
Doa Witir Kelebihan Menunaikan Solat Witir

Doa Witir Kelebihan Menunaikan Solat Witir

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 261 hits
Doa Witir Kelebihan Menunaikan Solat Witir Tahukah anda solat witir adalah merupakan antara ibadah yang sangat dianjurkan untuk dilakukan Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan tentang anjuran dan galakan melakukan solat ini Antaranya ...
Doa Sebelum Baca Quran Selepas

Doa Sebelum Baca Quran Selepas

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 356 hits
Doa Sebelum Baca Quran Selepas Al Quran merupakan kitab suci umat Islam yang dijadikan panduan sepanjang zaman Di dalam al Quran terdapat ayat ayatnya menceritakan tentang rahmat Allah SWT dan juga yang menceritakan tentang azab Nya Berikut...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey