Ayatul Kursi Bacaan Rumi Jawi Maksud Kelebihan Manfaat Mengamalkannya


Ayat Kursi atau Ayatul Kursi merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah, dan ayat ini digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran. Sebagai orang Islam, kita disarankan dan sewajarnya menghafal ayat kursi bila keluar dari rumah dan juga sebelum tidur sebagai pelindung dari anasir jahat dan menghindari dari gangguan jin, iblis dan syaitan.
gambar kredit : mengajionline.com

Maksud Ayat KursiAyat Kursi mengisahkan tentang keagungan Allah SWT dan kekuasaan-Nya yang meliputi segala sesuatu di langit dan bumi yang tidak terbatas. Ayat ini disebut Ayatul Kursi kerana terdapat ayat 'KURSI', yang memberi maksud tempat duduk yang megah dan memiliki martabat tinggi, mencakup kebesaran Tuhan yang melibatkan 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.





Baca Juga : Doa Selepas Solat


Bacaan Ayat Kursi Jawi/Arabicاللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاواتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Bacaan Ayat Kursi RumiDi bawah adalah bacaan ayat kursi di dalam rumi untuk kemudahan anda


Bismillah hir-rehmaan nir-raheem
Allah hu laa illa ha illa hu wa All-Haiyull Qayoum
Laa tah khuzhu hu senatoun wala naowm
lahu ma fis-samawati wa ma fill-arz
Man zhalla zhi yash fahu indahu illah bi-izhnihi
Yah lamu ma baina aidihim wama khalfahum
wala yuhitouna bee shai immin ilmi hi illah bima sha a
Wasia kursiyu hus samawati wal arz
wala yaoudu hu hifzu huma Wa Huwal Ali yull Azheem



Maksud Ayat Kursi Rumi Terjemahan Melayu"Allah, tiada Tuhan selain Dia, Yang Hidup Kekal, Yang Memelihara segala yang ada. Tiada rasa mengantuk menimpa-Nya dan tidak pula tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya? Dia mengetahui apa yang sebelum mereka dan apa yang akan datang sesudah mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatupun dari ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi, dan pemeliharaannya tidak menjemukan-Nya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar."


Ayatul Kursi in English Translation“Allah – there is no deity except Him, the Ever-Living, the Sustainer of [all] existence. Neither drowsiness overtakes Him nor sleep. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. Who is it that can intercede with Him except by His permission? He knows what is [presently] before them and what will be after them, and they encompass not a thing of His knowledge except for what He wills. His Kursi extends over the heavens and the earth, and their preservation tires Him not. And He is the Highest, the Greatest."


Ayat Kursi Rumi menegaskan kebesaran Allah dan pentingnya beribadah kepada-Nya. Ini juga menyoroti pentingnya jihad dan melindungi nilai-nilai Islam. Dengan menekankan bahwa Allah tidak dapat dibandingkan, dan sempurna dalam segala hal, ayat ini menegaskan bahwa hanya Allah yang dapat diharapkan untuk petunjuk dan perlindungan.


Waktu & Masa Membaca Ayat KursiAyat Kursi  boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja, akan tetapi ada waktu-waktu tertentu yang dianggap paling afdal untuk membacanya, seperti:



 setelah menyelesaikan solat harian/ solat fardhu (Klik Doa Solat Fardhu) sebelum tidur di waktu malam masa meninggalkan/keluar dari rumah atau memasuki tempat baru ketika merasa cemas atau takut ketika mencari perlindungan dari bahaya atau kejahatan


Kelebihan Ayat KursiKelebihan Ayatul Kursi atau Fadhilat Ayatul Kursi adalah seperti berikut:


1. Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban).


2. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.”


3. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.


4. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.


5. Syeikh Buni menerangkan: Sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.


6. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).


7. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.


8. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.


9. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.


10. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.


11. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.


sumber : akuislam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/01/ayatul-kursi-bacaan-rumi-jawi-maksud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selawat Ringkas Panduan Bacaan Kelebihan Mengamalkannya

Selawat Ringkas Panduan Bacaan Kelebihan Mengamalkannya

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 135 hits
Selawat ringkas adalah selawat pendek yang boleh diamalkan oleh umat Islam di mana sahaja pada bila bila masa Selawat ini merupakan pujian atau doa atas kesejahteraan Nabi Muhammad S A W di mana jika kita amalkan banyak kelebihan atau fadhi...
Bacaan Dan Maksud Doa Akhir Tahun Doa Awal Muharram Hijrah Dalam Rumi

Bacaan Dan Maksud Doa Akhir Tahun Doa Awal Muharram Hijrah Dalam Rumi

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 194 hits
Salam semua di dalam kalendar takwim Islam awal muharram menandakan bermulanya tahun baru Setiap kali kedatangan Tahun Baru Islam pada awal bulan Muharram orang Islam digalakkan untuk berdoa dan melakukan amalan sunat Walaupun ia bukan perk...
Doa Abu Darda Panduan Bacaan Rumi Makna Amp Video Bacaan

Doa Abu Darda Panduan Bacaan Rumi Makna Amp Video Bacaan

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 134 hits
Doa Abu Darda merupakan satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah S A W kepada sahabat baginda yang bernama Abu Darda r a bagi melindungi diri harta dan kekayaan beliau Berikut merupakan serba sedikit penerangan berkenaan doa ini Kami juga te...
Senarai Bacaan Doa Selepas Solat Dalam Rumi Dan Zikir Harian

Senarai Bacaan Doa Selepas Solat Dalam Rumi Dan Zikir Harian

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 216 hits
Amalan zikir dan berdoa selepas solat fardu adalah satu amalan yang amat digalakkan bagi mendekatkan diri kita sebagai seorang hamba kepada Allah SWT Jangan tergesa gesa bangun selepas menunaikan solat fardu tanpa duduk sebentar untuk berdo...
Dua Kelebihan Utama Samsung Galazy Z Flip5

Dua Kelebihan Utama Samsung Galazy Z Flip5

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 90 hits
Berkali kali peranti telefon pintar dari Siri Galaxy Z Flip telah membuktikan bahawa ia adalah gabungan sempurna antara inovasi dan reka bentuk premium Selepas lima tahun kemudian ia kini telah memenangi hati peminat Galaxy seluruh dunia Ba...
6 Kelebihan Asid Folik Untuk Kesihatan Dan Sumber Makanan Kaya Dengan Asid Folik

6 Kelebihan Asid Folik Untuk Kesihatan Dan Sumber Makanan Kaya Dengan Asid Folik

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 115 hits
6 Kelebihan Asid Folik untuk Kesihatan dan Sumber Makanan Kaya dengan Asid Folik 11 Asid folik merupakan komponen penting daripada vitamin B9 yang penting untuk penghasilan sel sel baharu tubuh manusia seperti kuku rambut dan kulit adalah s...
Doa Witir Kelebihan Menunaikan Solat Witir

Doa Witir Kelebihan Menunaikan Solat Witir

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 147 hits
Doa Witir Kelebihan Menunaikan Solat Witir Tahukah anda solat witir adalah merupakan antara ibadah yang sangat dianjurkan untuk dilakukan Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan tentang anjuran dan galakan melakukan solat ini Antaranya ...
Inilah Kelebihan Slot Demo Pg Pelajari Fitur Dan Bonus Yang Menggiurkan

Inilah Kelebihan Slot Demo Pg Pelajari Fitur Dan Bonus Yang Menggiurkan

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 118 hits
Inilah Kelebihan Slot Demo PG Pelajari Fitur dan Bonus yang Menggiurkan Slot Demo PG telah menjadi salah satu opsi terbaik bagi para pecinta permainan slot online Dengan fitur dan bonus yang menggiurkan tidak heran jika banyak pemain yang t...
Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 148 hits
Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu 8 Menjadi penjawat awam merupakan impian sebahagian orang ramai kerana kelebihan bila kerja kerajaan Ramai mereka yang menginginkan pekerjaan tetap dan stabi...
Pentingnya Muhasabah Diri

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Bite Sized Bliss Of Weed Edibles For Every Occasion To Use

Sindiket Scammer Didalangi Warga Asing Tumpas

Mak Terpaksa Buat Banyak Kerja Untuk Dapat Rm700 Tiap Minggu Rupanya Ini Abang Buat Pada Mak

Pengalaman Anak Anak Sertai Poomsae Di 7th Hypermax Junior Taekwondo Invitational Championship 2023

Lumira Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights

Rethink Reuse Refill Challenging The Disposable Smoking Accessory Market