Sujud Sahwi Panduan Lengkap Cara Bacaan Sujud Sahwi


Lupa, Pelupa Dan Terlupa, sememangnya satu sifat semulajadi manusia yang tidak disengajakan tidak kira apa pun kedudukan atau pada usia berapa sekalipun. Kita juga boleh terlupa ketika bersolat, sama ada meninggalkan rukun atau sunat, atau terlupa rakaat yang dikerjakan atau terlebih. sekiranya ia terjadi, anda boleh melakukan sujud sahwi.





Maksud Sujud SahwiSahwi disini bermaksud lupa atau lalai terhadap sesuatu, atau meninggalkan sesuatu secara tidak sengaja.


Dari segi syarak pula:


Sahwi bermaksud kecacatan atau kekurangan yang dilakukan oleh orang yang bersolat dalam solatnya sama ada dengan sengaja atau terlupa.


Oleh itu, sujud sahwi bertujuan untuk menutup kekurangan yang terjadi akibat kelupaan tersebut.


Sujud ini merupakan dua sujud tambahan yang dilakukan selepas selesai Tahiyat Akhir dan sebelum memberi salam.


Hukum sujud sahwi?Hukum sujud sahwi adalah sunat muakkad. Dan tidak terbatal solat jika terlupa atau sengaja tidak melakukannya


Dalil hukum ini adalah berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, katanya:


Nabi SAW bersolat Zuhur atau Asar bersama dengan kami, kemudian Baginda memberi salam (selepas dua rakaat). Lalu Zul-Yadain bertanya; ‘Wahai Rasulullah, adakah solat telah dikurangkan?’. Nabi SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya: ‘Benarkah apakah yang dikatakannya?’ Mereka menjawab: ‘Ya’. Lalu Baginda bersolat dua rakaat dan setelah itu bersujud sebanyak dua kali. Saad (bin Ibrahim) berkata: ‘Saya melihat ‘Urwah bin al-Zubair bersolat maghrib dua rakaat dan memberi salam. Dia bercakap-cakap, kemudian bersolat rakaat yang tertinggal serta dua kali sujud’. Katanya: ‘Demikiankah yang dilakukan oleh Nabi SAW’


(Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab Jumaat: Bab jika salam pada rakaat kedua atau ketiga, hendaklah sujud)


Diriwayatkan Rasulullah SAW pernah terlebih rakaat dalam solat kemudian Baginda bersujud sahwi.
Abdullah r.a menceritakan daripada ibrahim r.a katanya:


Rasulullah SAW telah bersolat dan menambah rakaat atau kurang. Selepas baginda memberi salam, kami bertanya “Wahai Rasulullah, adakah berlaku perubahan dalam solat?” Baginda menjawab,”Jika berlaku perubahan pasti saya akan maklumkan kepada kamu. Tetapi saya juga hanya manusia yang lupa sebagaimana kamu lupa. Sesiapa dikalangan kamu yang merasa syak dalam solatnya hendaklah dia mengambil yang lebih tepat dan kemudian sempurnakannya. Setelah itu hendaklah dia memberi salam lalu bersujud dengan dua kali sujud.


Riwayat al-Nasa’i dalam Sunan al-Nasa’i, kitab Sahwi
Oleh itu, pensyariatan sujud sahwi adalah pengiktirafan Allah kepada sifat kemanusiaan hambaNya yang pelupa.


Selain itu, ia juga menonjolkan kelebihan mengapa Allah mengutuskan seorang rasul yang bersifat manusia kepada manusia lain sebagai panduan dan bimbingan.


Sekiranya Allah mengutuskan malaikat, sudah tentu manusia tidak dapat mengikutnya.
Bila sebut sujud sahwi, ramai dalam kalangan kita yang masih tidak mempunyai pemahaman yang mendalam terutama sekali cara sujud sahwi yang betul. Ada yang tertanya-tanya sama ada sujud ini perlu dilakukan selepas selesai solat dan dimulai rukun baharu ataupun betul-betul setelah selesai memberi salam.


Jadi, berikut merupakan tatacara rukun melakukan sujud sahwi dengan betul serta niat yang perlu disertakan. Mudah sahaja caranya untuk mengesahkan solat anda yang mempunyai khilaf sebelum ini.


Kenapa Perlu Lakukan Sujud Sahwi ?1. Tertinggal Rukun Solat


Ini termasuklah meninggalkan mana-mana rukun dalam solat, kecuali niat dan takbiratul ihram. Jika seseorang yang sedang solat sujud tanpa rukuk, bererti dia telah meninggalkan satu rukun dalam solat. Maka hendaklah bangun kembali dan rukuk, kemudian meneruskan semula solatnya seperti biasa.


Tetapi sekiranya seseorang itu terlupa berniat atau bertakbiratulihram, solatnya tidak sah dan perlu mengulanginya semula.


2. Meninggalkan Sunat Ab’adh


Sunat-sunat ab’adh adalah seperti berikut:


-Tahiyat awal (pertama)
-Selawat ke atas Nabi SAW dalam tahiyat awal
-Duduk tahiyat / tasyahud awal
-Doa qunut pada rakaat kedua solat subuh dan pada solat witir yang terakhir sejak malam 15 hingga akhir bulan Ramadhan
-Selawat ke atas Nabi SAW dalam qunut
-Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW dalam qunut
-Berdiri semasa berqunut
-Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir


3. Ragu-ragu dengan rakaat


Apa yang kita perlu lakukan apabila secara tiba-tiba berada di rakaat akhir, kita keliru sama ada telah melakukan empat rakaat atau tiga rakaat? Dalam keadaan ragu ini, anda hendaklah mengira rakaat yang paling sedikit.


Setelah itu, anda juga disunatkan melakukan sujud untuk menampung kalau ada melakukan lebih rakaat.


4. Melakukan Perbuatan Yang Dilarang Dalam Solat


Disunatkan untuk melakukan sujud sahwi apabila melakukan perbuatan yang dilarang dalam solat secara tidak sengaja dan perbuatan tersebut tidak membatalkan solat.


Contohnya, bercakap dengan beberapa perkataan kerana terlupa atau menambah rakaat, dan kemudian teringat kembali ketika masih dalam solat. Maka hendaklah dia bersujud.


Susunan Sujud #1 Niat
Lafaz niat sujud sahwi tidaklah ditentukan. Anda boleh berniat dengan “sahaja aku melakukan sujud sahwi” di dalam hati.


#2 Sujud pertama
Selepas selesai bacaan tahiyat akhir, terus sujud dan baca bacaan sujud sahwi sebanyak tiga kali.


سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَا مُ وَلاَ يَسْهُوْ
Subhaana man laa yanaamu wa laa yas-huu’ – Maksudnya: Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa


#3 Duduk antara dua sujud


Bangun dari sujud untuk duduk antara dua sujud. Bacaannya sama seperti selalu iaitu;


رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى
Rabbighfirlii , warhamnii , wajburnii , warfa’nii , warzuqnii , wahdinii , wa’aafinii , wa’fuanii


Maksudnya: Ya Allah ampunilah aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, jadikanlah aku sihat, maafkanlah aku.


#4 Sujud kedua
Lanjutkan dengan sujud kedua dan ulang bacaan sujud sahwi sebanyak tiga kali.


#5 Salam
Bangun dari sujud dan beri salam. Anda tidak perlu membaca bacaan tahiyat sebelum memberi salam. Sujud sahwi hanya dilakukan dengan dua kali sujud dan satu kali duduk antara dua sujud. Dengan adanya dua perkara ini, maka sujud sahwi sudah dianggap selesai.


Kesimpulan

Begitu mudah Allah SWT memberi peluang untuk kita memperbetulkan amalan kita bukan? Sebagai manusia yang lemah, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan dan terlupa..


Sumber: AkuIslam.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/02/sujud-sahwi-panduan-lengkap-cara-bacaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Duduk Atas Kerusi Panduan Lengkap

Cara Solat Duduk Atas Kerusi Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 200 hits
Cara Solat Duduk Atas Kerusi Panduan Lengkap Sebagai individu yang beragama Islam solat adalah merupakan satu kewajipan Perintah untuk bersolat adalah suatu fardu ke atas setiap mukalaf Kefarduan solat merangkumi dalam setiap keadaan sama a...
Pengertian Solat 6 Panduan Lengkap Ibadah Solat

Pengertian Solat 6 Panduan Lengkap Ibadah Solat

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 171 hits
Pengertian Solat 6 Panduan Lengkap Ibadah Solat 7 Solat ialah tujuan dan tanggungjawab antara kita sebagai hamba Allah adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya menunaikan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang serta memakmurkan...
Solat Sunat Selepas Isyak Panduan Dan Bacaan Dalam Solat

Solat Sunat Selepas Isyak Panduan Dan Bacaan Dalam Solat

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 225 hits
Solat sunat selepas Isyak merupakan salah satu solat sunat di bawah solat sunat Rawatib Solat sunat ini merupakan sunat muakkad iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan Oleh itu sebagai umat Islam amat penting untuk kita ke...
Poker Online Resmi Panduan Lengkap Untuk Pemain Pemula

Poker Online Resmi Panduan Lengkap Untuk Pemain Pemula

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 200 hits
Poker Online Resmi Panduan Lengkap untuk Pemain Pemula Halo teman teman pecinta poker Apakah kamu seorang pemula yang tertarik untuk memulai petualanganmu di dunia poker online Jika iya kamu berada di tempat yang tepat Artikel ini akan memb...
Doa Selepas Iqamat Panduan Bacaan Dan Maknanya

Doa Selepas Iqamat Panduan Bacaan Dan Maknanya

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 285 hits
Iqamat merupakan seruan selepas azan yang dialunkan bagi menandakan bahawa jemaaah sudah boleh melaksanakan ibadah solat Seperti azan terdapat juga doa yang boleh kita baca selepas mendengar iqamat Berikut akan kami kongsikan doa dan pandua...
Artikel Panduan Lengkap Untuk Pemula Dalam Bermain Togel 45

Artikel Panduan Lengkap Untuk Pemula Dalam Bermain Togel 45

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 210 hits
Artikel Panduan Lengkap untuk Pemula dalam Bermain Togel 45 Halo para pemula yang tertarik untuk bermain togel 45 Pada kesempatan kali ini kami akan memberikan panduan lengkap untuk memulai perjalanan Anda dalam dunia togel 45 Jadi mari kit...
Panduan Lengkap Bermain Poker Online Pkv Untuk Pemula

Panduan Lengkap Bermain Poker Online Pkv Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 175 hits
Poker online PKV telah menjadi salah satu permainan yang sangat populer di kalangan pemain judi online Bagi pemula memulai perjalanan di dunia poker online bisa terasa menantang Oleh karena itu dalam artikel ini kami akan memberikan panduan...
3 Qul Panduan Bacaan Makna Surah Kelebihannya

3 Qul Panduan Bacaan Makna Surah Kelebihannya

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 285 hits
Surah 3 Qul atau juga dikenali sebagai Surah Al Muawwizat merujuk kepada tiga surah terakhir dalam Al Quran iaitu Surah Al Ikhlas Surah Al Falaq dan Surah An Nas Tiga surah ini merupakan surah yang sering dihafal dan diamalkan dalam kehidup...
Doa Abu Darda Panduan Bacaan Rumi Makna Amp Video Bacaan

Doa Abu Darda Panduan Bacaan Rumi Makna Amp Video Bacaan

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 226 hits
Doa Abu Darda merupakan satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah S A W kepada sahabat baginda yang bernama Abu Darda r a bagi melindungi diri harta dan kekayaan beliau Berikut merupakan serba sedikit penerangan berkenaan doa ini Kami juga te...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash