Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang


Mula Dinaiki Air, Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir serta amaran hujan berterusan di beberapa kawasan, termasuk di Pahang.
Menerusi video yang tular di media sosial, keadaan di Jalan Pekan–Kuantan dilaporkan sudah mula dinaiki air. Keadaan ini sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.
@era.je Jalan Pekan Kuantan mula dinaiki air. Hati-hati buat mereka yang melalui kawasan ini. #sharERA . Kredit tiktok adiedaaaaaa
♬ original sound – ERA – ERA

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian banjir berlaku akibat peningkatan paras air sungai, sekali gus menjejaskan keselamatan penduduk setempat.
Menurut beliau, setakat ini, sebanyak 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 1,817 mangsa banjir yang terjejas.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut bekerjasama rapat dengan agensi keselamatan dan penyelamat serta Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan jalan-jalan yang dinaiki air atau telah ditutup kepada lalu lintas, terutamanya di kawasan rendah serta berhampiran sungai dan parit besar.
Penutupan jalan ini dilakukan bagi mengelakkan risiko kemalangan, kerosakan kenderaan serta ancaman terhadap keselamatan nyawa.
Lapan jalan yang dikenal pasti terjejas  1. KM 30 Jalan Kuantan–Maran (hadapan kilang Sawmill Seng Peng) – hanya boleh dilalui kenderaan berat.
2. KM 36 Jalan Kuantan–Maran (hadapan Bukit Gambang Resort) – tidak boleh dilalui semua kenderaan.
3. Jalan Air Hitam – kedalaman air dianggarkan dua kaki sepanjang kira-kira 200 meter, tidak boleh dilalui semua kenderaan.
4. Jalan Kampung Pasir Kemudi – dilimpahi air sepanjang 1.8 kilometer, paras air kira-kira 1.2 meter, laluan ditutup sepenuhnya.
5. Jalan Kampung Bukit Bangkong (perkampungan Orang Asli) – dilimpahi air sepanjang 1.5 kilometer, paras air sekitar 0.9 meter, laluan ditutup sepenuhnya.
6. Jalan Kuantan–Pekan – tidak boleh dilalui semua kenderaan.
7. KM 16 Jalan Sungai Lembing–Kuantan (berhampiran kilang papan Bukit Kuin) – dinaiki air sepanjang 100 meter dengan paras 0.5 meter dan arus deras, ditutup kepada kenderaan ringan.
8. Jalan hadapan UniPSAS menghala Pekan–Kuantan – dinaiki air dan ditutup di kedua-dua arah, tidak boleh dilalui semua kenderaan.
Dalam pada itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya mematuhi semua arahan pihak berkuasa, berpindah segera ke PPS apabila diarahkan serta tidak meredah banjir atau cuba melalui jalan yang dinaiki air.
Orang awam juga diminta mengelakkan aktiviti berhampiran arus deras, longkang, parit dan sungai, selain sentiasa memantau makluman rasmi daripada pihak berkuasa.
Sebarang kecemasan atau keperluan bantuan boleh dilaporkan kepada balai polis berhampiran atau melalui talian kecemasan 999.
PDRM IPD Kuantan memberi jaminan bahawa pemantauan dan penugasan anggota akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan keselamatan penduduk serta kelancaran operasi bantuan bencana.
Bekalan elektrik ditutup di beberapa kawasan Dalam perkembangan berkaitan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Facebook rasmi TNB CareLine memaklumkan bahawa bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Kuantan terpaksa ditutup sementara berikutan hujan lebat dan banjir, sebagai langkah keselamatan kepada pengguna.
Antara kawasan yang terjejas bekalan elektrik ialah:
1. Sekolah Menengah Sri Damai
2. Sri Damai Sejahtera 1 dan 2
3. Lorong Sri Damai Jaya 9
4. Jalan Sri Damai Jaya 1/13
5. Mat Kilau
TNB turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menghidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket berada dalam keadaan basah atau dilitupi air serta kotoran banjir bagi mengelakkan risiko renjatan elektrik.
BACA: Amaran Hujan Berterusan Di 7 Negeri, 2 WP
Sumber: TikTok @era.je, Polis Kuantan/FB, TNB Careline/FB 
 
Tular keadaan semasa banjir Pahang, ini senarai jalan yang terjejas di Kuantan
The post Mula Dinaiki Air, Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/17/mula-dinaiki-air-tular-keadaan-semasa-banjir-pahang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 191 hits
Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir Banjir merupakan antara bencana yang paling kerap berlaku di Malaysia terutama ketika musim tengkujuh Selain ancaman kepada keselamatan dan harta benda ramai yang tidak menyed...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 180 hits
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir Setiap tahun ribuan keluarga di Malaysia berdepan risiko banjir kilat banjir termenung dan monsun Dalam keadaan panik ramai hanya fokus selamatkan barang elektronik pakaian dan m...
Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 195 hits
SUMATERA Bumi Aceh kini berdepan salah satu bencana terburuk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini Hujan yang tidak henti henti sejak dua minggu lalu menyebabkan sungai utama melimpah tanah runtuh berlaku di kawasan pergunungan dan r...
Hujan Lebat Akibatkan Air Bertakung Banjir Kilat Di Ibu Negara

Hujan Lebat Akibatkan Air Bertakung Banjir Kilat Di Ibu Negara

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 145 hits
Hujan Lebat Akibatkan Air Bertakung Banjir Kilat Di Ibu Negara KUALA LUMPUR 12 Dis Hujan lebat yang melanda ibu negara sejak 4 petang telah mengakibatkan kejadian air bertakung dan banjir kilat di beberapa kawasan Keadaan cuaca buruk itu tu...
Projek Kota Madani Sesuai Dengan Keadaan Semasa

Projek Kota Madani Sesuai Dengan Keadaan Semasa

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 91 hits
Projek Kota MADANI Putrajaya dan Bandar MADANI Bukit Jalil berada di landasan yang tepat dengan penerapan sepenuhnya elemen MADANI termasuk konsep sekolah vertikal dan kemudahan komuniti yang lebih bersepadu kata Perdana Menteri Datuk Seri ...
Aceh Dilanda Banjir Lumpur Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular Di Media Sosial

Aceh Dilanda Banjir Lumpur Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 172 hits
ACEH Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh hati Bukan sahaja rumah dan kampung musnah dilanda lumpur malah ribuan keluarga kini hidup dalam ketidakpastian sebahagian mencari tempat berteduh sebahagian lagi m...
Situasi Terkini Banjir Di Pahang Seramai 875 Penduduk Terjejas Kini Masih Berlindung Di Pps Setakat Jam 7 00 Malam Tadi

Situasi Terkini Banjir Di Pahang Seramai 875 Penduduk Terjejas Kini Masih Berlindung Di Pps Setakat Jam 7 00 Malam Tadi

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 84 hits
KUANTAN Seramai 875 orang penduduk terjejas banjir di Pahang kini berlindung di lapan Pusat Pemindahan Sementara setakat pukul 7 00 malam tadi Lapan PPS yang dibuka melibatkan dua daerah iaitu Kuantan dan Maran Menurut Portal Bencana Jabata...
Kerajaan Negeri Pahang Memerlukan Peruntukan Sebanyak Rm3 Bilion Untuk Tukar Semua Paip Bekalan Air Usang Di Negeri Ini

Kerajaan Negeri Pahang Memerlukan Peruntukan Sebanyak Rm3 Bilion Untuk Tukar Semua Paip Bekalan Air Usang Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 99 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang memerlukan RM3 bilion untuk menukar semua paip bekalan air usang di negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Pahang memiliki jajaran paip sepanjang 15 423 kilometer dan 23 peratu...
Banjir Kilat Kl Jalan Tun Razak Ke Wtc Banjir Air Tahap Pinggang

Banjir Kilat Kl Jalan Tun Razak Ke Wtc Banjir Air Tahap Pinggang

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 159 hits
KOSMO Beberapa kawasan di hadapan bangunan JKR di Titiwangsa Kuala Lumpur dinaiki air ketika iniKUALA LUMPUR Hujan lebat kira kira sejam petang tadi sudah cukup untuk menenggelamkan beberapa kawasan utama di ibu kota apabila banjir kilat se...
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Mula Dinaiki Air Tular Keadaan Semasa Banjir Pahang

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Quick Update Disember Sibuk Tanpa Disangka

Top Commentator Bulan Ogos Disember 2025

Japan Part Ii Restoran Halal

Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur