Rabu Belajar Sabar Hari Ini
17 Disember 2025 - Rabu (26 Jamadilakhir 1447H)
Sejak petang semalam, aku telah diserang migrain dan pagi tadi pula aku perlu menguruskan dak Nuha mendapatkan rawatan di hospital. En. Hubby pula pulang lewat, awal pagi baru sampai. Dalam keadaan penat dan kurang tidur begini, sanggupkah aku meminta en. Hubby memandu ke hospital
Sometimes..The most productive thing you can do is to relax
TAPI.
Hakikat pagi ini, aku langsung tak rileks. Seorang auntie ni memasang handphone dengan kuat, bukan sekadar kuat — diletakkan pula betul-betul di sebelah telinga
Husnuzon. Mungkin dia ada masalah pendengaran tapi yang benar-benar menguji sabar, aku sedang menahan migrain yang berdenyut tanpa henti
Ya Allah.. dugaan apakah di pagi hari saat aku dan dak Nuha menunggu giliran untuk berjumpa doktor di hospital
Dalam keadaan kepala yang sakit, setiap minit terasa panjang. Namun apabila nombor auntie itu akhirnya dipanggil, aku menarik nafas lega — seolah-olah beban kecil terangkat. Biasalah.. bila di hospital kita akan bertemu pelbagai ragam manusia.. pesakit, waris pesakit dengan cerita dan ujian masing-masing
Berbalik kepada auntie tadi, terlintas di fikiran — mengapa tidak menggunakan earphone supaya tidak mengganggu orang lain? Atau mungkinkah semua orang di sini juga menahan sakit masing-masing, sama ada sakit telinga, sakit hati atau sekadar keletihan menunggu
Aku memandang sekeliling. Semakin ramai pesakit yang menunggu, kebanyakannya warga emas. Lalu timbul satu persoalan dalam hati — suatu hari nanti, aku juga mungkin berada di tempat mereka.
Adakah aku akan ditemani waris?Masih kuatkah aku menunggu lama?Sejauh mana lagi perjalanan hidup ini?Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
Aku..
Hal auntie tu kita tolak tepi, kalau dia seorang yang ada common sense, dia takkan buat begitu. Pedulikan. Geram dah tentu tapi belajar sabar hari ini adalah perkara yang indah untuk dikenang.
@RemajaPurba: .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2025/12/rabu-belajar-sabar-hari-ini.html