Sambut Kelahiran Anak Kedua Anak Sulung Jangan Diabaikan


Ibu ayah mesti rasa teruja menyambut kelahiran anak kedua dalam keluarga. Tapi jangan abaikan anak sulung. Perasaan mereka juga perlu dijaga. Selalunya papa dan mama akan beranggapan anak sulung sudah besar dan faham tentang kehadiran adik.
Hakikatnya walaupun mereka sudah besar, kehadiran adik walaupun sangat dinantikan tetapi ada sedikit rasa cemburu. Apatah lagi kalau yang sulung itu masih anak kecil yang tidak berapa faham lagi tentang kehadiran adik baru.
Tentu sahaja bila perhatian papa dan mama tertumpu pada adik baru, si sulung akan buat perangai sebagai salah satu cara memberitahu perasaannya.
Papa dan mama yang tidak faham dengan tindak-tanduk anak akan terus memarahi dan memusuhi anak sulung. Inilah yang akan memberi kesan buruk kepada perkembangan mereka.
Sebenarnya ada cara yang sepatutnya dilakukan oleh papa dan mama terhadap anak sulung ketika menerima kehadiran anak baru. Jom semak apakah dia.
DIA TETAP YANG TERUTAMA
Lahirnya anak kedua di dalam suatu keluarga, kadang kala membuatkan anak sulung terasa seperti dipinggirkan. Padanya adik itu seakan-akan mengambil tempat di hati, perhatian dan kasih sayang mama dan papa darinya.
Lantas, ada yang berubah sikap dengan kehadiran adik. Kerana mereka kanak-kanak, komunikasi verbal mereka terhad, perubahan kelakuan adalah signal untuk mereka menyatakan apa yang terbuku di hati.
Apatah lagi, bila adik lahir terlalu dekat dengannya. Pada mama dan papa, kasih sayang tidak luak walau setitik pun tetapi anak sulung mungkin tidak beranggapan begitu.
Bagaimana mengendalikan anak sulung kita ini? Mungkin tips yang saya kongsikan ini boleh membantu:
Sekiranya kita bekerja, dan anak-anak kita tinggal di rumah pengasuh, apabila menjemput anak-anak balik, pastikan kita panggil dan dapatkan anak kita yang sulung dulu. Apa-apa pun, dia dulu yang kita peluk dan cium. Katakan padanya yang kita rindukan dia. Tanyakan apa dia buat hari ini. Kemudian, barulah kita dapatkan adik. Adik kan masih bayi, dia masih belum mengerti sangat apa-apa, tetapi kakak atau abang itu sudah mampu memahami tindakan dan perbuatan kita. Tidak kiralah kita mama atau papa, pastikan kita bagi perhatian kepada anak sulung dulu bila menjemputnya untuk pulang. Setiap hari, luangkan masa sekurang-kurangnya 15 ke 30 minit hanya dengan anak sulung kita. Tanpa ada gangguan adik. Jadi, katakan lah kita balik kerja jam 6, mama kena berikan masa 15 minit untuk anak sulung. Buatlah apa-apa aktiviti bersama. Contoh, main Playdoh, Lego, mewarna, atau apa sahaja aktiviti yang menyeronokkan. Atau kalau kita kesuntukan masa, kerana anak sulung kita itu macam mana pun mesti tidur awal, 15 ke 30 minit tu boleh digunakan untuk memandikan dia, dan meyiapkannya untuk tidur. Anak sulung kita mahukan perhatian dan pada masa ini, kita berikan dia apa yang dia perlukan untuk merasakan diri dia penting dan mama papa masih sayangkan dia walaupun ada adik. Semasa sesi tersebut, kerjasama dari papa sangat penting. Kerana papa kena tolong jagakan adik. Tidak boleh ada gangguan dari adik. Masa inilah papa ambil masa bersama dengan adik. Papa pun mesti lakukan perkara yang sama. Luangkan masa 15 ke 30 minit bersama dengan anak sulung kita itu. Dan mama berikan konsentrasi kepada adik. Apa yang kita nak tunjukkan pada anak sulung kita itu, dia tidak perlu pun berkelakuan tidak sopan untuk mendapatkan perhatian. Kerana kita sudah berikan perhatian yang dia perlukan. Untuk surirumahtangga, walaupun kita rasa kita ada di rumah sepanjang hari, sebenarnya perhatian kita terbahagi kepada berbagai-bagai tugas dan antara anak-anak. Curilah sedikit masa yang terhad itu, mungkin semasa adik sedang tidur, atau apabila papa sudah pulang ke rumah untuk membantu menjaga adik, untuk meluangkan masa seperti yang saya jelaskan tadi. Semoga dengan masa yang kita sudah berikan pada anak sulung kita, berkuranglah dia membuat onar dan berkelakuan yang kita tidak senangi.
Sumber: Facebook Perkongsian Macam-Macam Maklumat
The post Sambut Kelahiran Anak Kedua, Anak Sulung Jangan Diabaikan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sambut-kelahiran-anak-kedua-anak-sulung-jangan-diabaikan-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cinta Hujung Nyawa Lagi Sebulan Kelahiran Anak Sulung Suami Isteri Maut Dalam Runtuhan

Cinta Hujung Nyawa Lagi Sebulan Kelahiran Anak Sulung Suami Isteri Maut Dalam Runtuhan

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 439 hits
Tolong sakit Itu jeritan terakhir Wan Hasheliza Wan Ibrahim 29 selepas tersepit apabila ditimpa runtuhan tangga separa siap rumah teres dua tingkat dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar di sini kelmarin Dalam kejadian jam 12 30 tengah har...
Kita Hanya Ada 12 Tahun Peluk Rapatilah Anak Sulung Jangan Biar Jiwanya Terbeban

Kita Hanya Ada 12 Tahun Peluk Rapatilah Anak Sulung Jangan Biar Jiwanya Terbeban

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 382 hits
Hanya 12 tahun pertama kehidupan yang ada untuk kita luangkan masa untuk anak Tambahan pula jika anak sulung tanggungjawab dan komitmen yang tinggi Anak sulung anak pertama yang menjadikan anda sebagai ayah dan ibu Banyak yang dipelajari se...
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa Jangan Diabaikan

Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa Jangan Diabaikan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 475 hits
DALAM satu keputusan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban hakim telah memerintahkan seorang wanita yang juga seorang pensyarah bersama suaminya mem beri nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat Pasangan itu juga diperinta...
Sekejap Cakap Melayu Sekejap Inggeris Mahu Anak Cepat Cakap Jangan Campur Bahasa

Sekejap Cakap Melayu Sekejap Inggeris Mahu Anak Cepat Cakap Jangan Campur Bahasa

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 381 hits
Komunikasi anak sebenarnya dah bermula sejak mereka lahir Menurut kajian usia bayi hingga tiga tahun adalah peringkat paling kritikal untuk mempelajari bahasa Sekiranya tempoh ini diganggu dengan pelbagai unsur mengelirukan ia mungkin boleh...
Dah Kahwin Terpaksa Tidur Asing Sebab Anak Jangan Amal Kalau Tak Nak Renggang

Dah Kahwin Terpaksa Tidur Asing Sebab Anak Jangan Amal Kalau Tak Nak Renggang

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 469 hits
Apabila keluarga makin membesar ada dikalangan ibu bapa terpaksa tidur berasingan Rupa rupanya ia tidak baik untuk dilakukan selalu Mama masuk tidur awal bersama anak kecil manakala papa pula tidur dengan anak menjaga anak anak yang sudah b...
Bila Marah Je Tengking Anak Jangan Tanya Kenapa Dia Kuat Melawan

Bila Marah Je Tengking Anak Jangan Tanya Kenapa Dia Kuat Melawan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 407 hits
Anak buat perangai Tantrum Tak dengar kata Makin dilarang makin dibuatnya Itu normal Ya betul wahai Mama Papa Sekiranya anda sering berhadapan dengan situasi yang menguji kesabaran itulah kehidupan yang harus anda tempuhi dengan tabah Menur...
Jangan Lupa Hadir Dalam Mimpi Baba Ya Selepas Setahun Isteri Pergi Lelaki Ini Diuji Pemergian Anak Tercinta

Jangan Lupa Hadir Dalam Mimpi Baba Ya Selepas Setahun Isteri Pergi Lelaki Ini Diuji Pemergian Anak Tercinta

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 731 hits
Jangan Lupa Hadir Dalam Mimpi Baba Ya Selepas Setahun Isteri Pergi Lelaki Ini Diuji Kehilangan Anak Tercinta Tiada siapa mahukan perpisahan tapi siapalah kita untuk menghalang ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan hidup setiap insan A...
Maafkan Mama Sayang Tinggalkan Anak Pada Pengasuh Ketika Bekerja Mama Jangan Biarkan Perasaan Berlebih Lebihan

Maafkan Mama Sayang Tinggalkan Anak Pada Pengasuh Ketika Bekerja Mama Jangan Biarkan Perasaan Berlebih Lebihan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 441 hits
Hati ibu mana yang tidak sayu dan bersalah sebaik menghantar anak pada pengasuh atau taska Rasa bersalah kerana terpaksa meletakkan pada jagaan orang lain demi mencari rezeki Dalam hati menangis yang teramat sangat bila sebahagian masa anak...
Scha Al Yahya Suami Sudah Sedia Timang Anak Kedua

Scha Al Yahya Suami Sudah Sedia Timang Anak Kedua

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 265 hits
Baru saja menyambut ulangtahun kelahiran anak mereka Lara Alana yang kelima tahun Scha Al Yahya memberitahu beliau dan suami kini sudah bersedia untuk The post appeared first on
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran