Kita Hanya Ada 12 Tahun Peluk Rapatilah Anak Sulung Jangan Biar Jiwanya Terbeban


Hanya 12 tahun pertama kehidupan yang ada untuk kita luangkan masa untuk anak. Tambahan pula jika anak sulung, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi
Anak sulung, anak pertama yang menjadikan anda sebagai ayah dan ibu. Banyak yang dipelajari selepas kelahirannya dan kemudian barulah lahir zuriat kedua, ketiga dan seterusnya.
Anak sulung menjadi harapan keluarga. Adakalanya anak sulung diberikan pelbagai tugas atas nawaitu tidak lain dari untuk melatihnya berdikari dan membantu keluarga.
Penceritaan daripada kaunselor yang juga seorang bapa ini sedikit sebanyak menyedarkan. Peluk cium dan merapati anak sulung sering kali terlupakan. Sama sekali tiada niat untuk mengabaikan tetapi kesibukan dan jadual harian ibu bapa yang padat, komitmen tinggi kepada anak yang lebih kecil kadangkala terlupa untuk menyelitkan waktu untuk permata hati yang pertama.

ANAK SULUNG ADAKALA TERBEBAN, SERING DIMARAH Balik dari sekolah jam 11 malam tadi, anak-anak semua dah terbungkang dalam bilik saya. Tak ada tempat dah untuk saya baring. Jadi saya fikir, biar saya saja tidur di bilik anak-anak.
Tiba-tiba anak sulung saya terjaga. Katanya, biarlah dia yang tidur di bilik sendiri. Dikejut adik-adiknya yang lain sebagai peneman, tapi tak ada pula yang jaga.
Kesudahannya sayalah yang tidur dengan anak sulung di biliknya. Lebih-lebih lagi, jarang sekali peluang sebegini tiba. Inilah masanya.
Jujur, saya dengan anak sulung kerap tidak sefahaman. Banyak yang dia tidak setuju dengan tindakan saya.
Saya tidak benarkan dia menggunakan telefon semasa hari sekolah. Saya paksa dia belajar walaupun selepas habis kelas tambahan. Saya minta dia bantu kemas rumah. Semua itu membuatkan dia rasa terbeban dan marah.

AMBIL PELUANG PELUK ANAK & LUAHKAN SEGALANYA Akhirnya, malam ini, saya rungkai semuanya. Saya usap pipi dia. Saya peluk dia. Kemudian saya luahkan segalanya. Ya, segalanya. Sampai bab seksual pun saya sentuh.
Fuhhh. Terasa lega betul.
Seronok bila dapat menukar sistem kepercayaan dia, daripada apa yang dia rasa dia nak buat kepada apa yang sepatutnya dia perlu buat.
Kemudian, dapat menanam kefahaman, the big why, kenapa dia perlu lalui semua ini, sedangkan rakan-rakannya yang lain lepas bebas kerana memiliki ibu bapa yang sporting.

SETIAP BAPA PERLU ADA MASA BEGINI Saya fikir, setiap bapa perlu masa begini dengan anak-anak. Duduk berbual. Tanyakan apa cita-cita mereka. Perancangan masa depan. Ke mana mahu pergi selepas UPSR. Bicara tentang ilmu seksual seperti baligh, air mani, mandi wajib dan sebagainya.
Tak perlu masa spesifik dan tak perlu juga dalam bentuk formal. Masa hantar anak ke sekolah juga boleh digunakan.
SEBELUM TIDUR AMBIL PELUANG PELUK,USAP PIPI & KEPALA Tapi, berdasarkan apa yang saya rasa, waktu terbaik ialah sebelum mereka tidur.
Kita boleh peluk dia, usap pipi dia, gosok kepala dia. Kemudian tutup dengan baca doa tidur sama-sama dan dua ciuman di pipi kiri dan kanan. Bahagianya.

ANAK JADI MILIK KITA 12 TAHUN SAHAJA Kawan-kawan sekalian.
Anak-anak ni menjadi milik kita sehingga usia 12 tahun saja. Nak pukul, nak jentik, nak marah sampai umur itu saja.
Lepas 12 tahun mereka sudah melangkah ke alam remaja. Ada ego dan kehendak mereka sendiri. Salah cara, mereka akan memberontak, melawan silap-silap lari dari rumah. Nauzubillah.
Kalau anak duduk asrama, lagilah. Boleh dikatakan, masa bersama keluarga sudah makin kurang. Balik hujung minggu pun banyak dihabiskan dengan tidur. Bila bangun, keluar jumpa kawan. Bila masa bersama dengan kita? Sudah makin kurang.

KALAU ANAK PEREMPUAN MASA LAGI TERHAD Kalau anak perempuan, lagi terhad. Macam mana bebas pun anak lelaki, sampai satu masa, dia akan pulang mencari ibu bapanya.
Tapi, bagi anak perempuan, berbeza. Saat ijab dan kabul dilafazkan, ranking ketaatan kepada ibu bapa sudah jatuh ke tempat kedua. Nak balik kepada ibu bapa sendiri pun perlu izin suami.

JANGAN TERLEPAS MOMEN INDAH KERANA KELALAIAN KITA Jadi, kesempatan yang ada rebutlah peluang dengan anak-anak kita. Bina kenangan manis sebanyak mungkin. Agar, kita tidak terlepas momen indah bersama mereka akibat kelalaian kita.

Sumber: Abdul Muiez Mohammad Ruslee
Artikel berkaitan: Anak Dengar Cakap Ayah Berbanding Ibu? Bukan Silap Asuhan Tapi Ini Puncanya
The post “Kita Hanya Ada 12 Tahun.” Peluk & Rapatilah Anak Sulung, Jangan Biar Jiwanya Terbeban appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kita-hanya-ada-12-tahun-peluk-rapatilah-anak-sulung-jangan-biar-jiwanya-terbeban/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawah 3 Tahun Anak Tantrum Sampai Berguling Biasa Jangan Marah Lagi Teruk Jadinya

Bawah 3 Tahun Anak Tantrum Sampai Berguling Biasa Jangan Marah Lagi Teruk Jadinya

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 476 hits
Tak nak baju ni nak baju tu Uwaaa Si anak menangis Ni baju jalan Kita bukan nak gi jalan Nak tidurla Dah nak malam ni sayang Mama memujuk dengan baik Okay permulaan yang cantik Tak nak nak yang tu jugakk Uwaa Makin kuat tangisan anaknya Ala...
Usia 3 Tahun Hanya Sebut Mama Lepas Buat Teknik Ini Anak Dah Cakap Banyak

Usia 3 Tahun Hanya Sebut Mama Lepas Buat Teknik Ini Anak Dah Cakap Banyak

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 416 hits
Ibu bapa mana yang tak risau bila anak lambat cakap Tambah lagi bila lihat anak orang lain yang seusia anak kita dah petah berkata kata Di campur pula dengan pandangan sinis orang sekeliling buatkan mak ayah dah mula tak senang duduk Setaka...
Ratna Sarumpaet Nangis Divonis 2 Tahun Dan Peluk Anak Nanti Kita Ketemu Lagi

Ratna Sarumpaet Nangis Divonis 2 Tahun Dan Peluk Anak Nanti Kita Ketemu Lagi

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 230 hits
Ratna Sarumpaet Nangis Divonis 2 Tahun dan Peluk Anak Nanti Kita Ketemu Lagi Usai mendengarkan vonis Ratna Sarumpaet menyalami satu persatu peserta sidang Dari pengacara hakim hingga Jaksa Penuntut Umum Ratna pun menghampiri anak anaknya Di...
Mak Pegang Mop Anak Pun Sibuk Nak Mop Jangan Rimas Biar Dia Belajar

Mak Pegang Mop Anak Pun Sibuk Nak Mop Jangan Rimas Biar Dia Belajar

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 652 hits
Pernah tak bilaanda nak mop lantai anak pun sibuk nak mop juga Ya anda bukanlah orang pertama yang rasa anak mungkin menyibuk Tapi ketahuilah ia adalah proses yang perlu dilalui untuk menjadi anak yang sukakan kebersihan dan kekemasan Prose...
Anak 2 Tahun Pandai Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Mama Jangan Marah Ada Caranya Nak Tegur

Anak 2 Tahun Pandai Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Mama Jangan Marah Ada Caranya Nak Tegur

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 633 hits
Melihat perkembangan anak kecil kita yang sudah pandai berkawan dan berinteraksi pada usia dua tahun memang seronok Mama pun rasa lega bila anak dah pandai bergaul dengan rakan rakan Namun satu hal yang sentiasa membuatkan mama risau bila m...
Biar Je Anak Pegang Pensil Conteng Sana Sini Hasilnya Baru 2 Tahun Dah Pandai Melukis

Biar Je Anak Pegang Pensil Conteng Sana Sini Hasilnya Baru 2 Tahun Dah Pandai Melukis

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 907 hits
Setiap anak ada kelebihan dan kecenderungan masing masing Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik dan menyerlahkan bakat dan kemahiran mereka Salah satunya adalah bakat melukis Selain bakat semulajadi ibu bapa juga boleh merangsang minat anak ...
Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak 10 Tahun Menanti Zuriat Anugerah Paling Bernilai

Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak 10 Tahun Menanti Zuriat Anugerah Paling Bernilai

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 369 hits
Menanti saat kelahiran anak adalah momen terindah dalam hidup pasangan bergelar suami isteri Apa lagi kelahiran zuriat yang dinantikan sejak sekian lamanya Bagi Nor Murni Jusoh 37 tahun dan suaminya Mohd Khairul Azman Hashim 38 tahun menant...
Untung Dapat Anak Sulung Perempuan Boleh Harap Jaga Adik Adik

Untung Dapat Anak Sulung Perempuan Boleh Harap Jaga Adik Adik

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 642 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik adiknya apabila sudah besar Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan adakah adik adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang p...
Bukan Budaya Kita Dan Adab Islam Yana Ajar Anak Jangan Cium Mulut Itu Bukan Adab Islam

Bukan Budaya Kita Dan Adab Islam Yana Ajar Anak Jangan Cium Mulut Itu Bukan Adab Islam

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 405 hits
Masalah seksual dalam kalangan kanak kanak kini telah menjadi barah di dalam masyarakat kita Perkara ini berikutan kerana kanak kanak terdedah dengan unsur unsur berkenaan tidak kiralah di rumah dan juga di dalam komuniti masyarakat kita Ra...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025