Ayam Masak Merah St Ives



Saya ingin kongsikan petikan dari video oleh Tokku Pasir Gudang berkenaan kelebihan orang melakukan qiamullail.  Bila Allah himpunkan semua makhluk, lalu Malaikat disuruh seru sambil berkata hari ini semua ni, akan tahu siapa yang layak mendapat kemurahan Allah, pahala di sisi Allah. 
Lalu Malaikat berkata bangun orang yang dahulu di dunia, berqiamullail.  Kemari orang yang dahulu bangun qiamullail. Ini lah orang pertama mendpat limpahan pemurah Allah pada hari akhirat kelak.
Lalu bangunlah sekompok yang kecil, tak ramai yang bangun qiamullail, ramai yang banyak tidur. Bangun qiamullail tu tak sangat pun kalau kita bangun lebih awal sikit sebelum Subuh. Macam 1 jam sebelum Subuh, dah boleh buat qiamullail. Selagi belum masuk waktu Subuh, waktu itu disebut qiamullail. Atau selepas solat Isyak, kita terus buat solat sunat, itu juga disebut qiamullail. 
Macam Saidina Abu Bakar As Siddiq tak akan tidur sebelum melakukan solat witir dulu kerana tak mampu nak bangun tengah tengah malam. Ini juga dianggap qiamullail. Atau sebelum Subuh, kita buat solat sunat 2 rakaat atau 1 rakaat, maka itu juga qiamullail. Tapi walaupun semudah itu, ramai tak buat. Kadang kadang usia dah tua pun masih tak boleh buat, betapa lalainya. Dah tua sakit tak boleh bangun, masa muda pun tak bangun juga. 
Maka ini adalah satu kerugian kerana di akhirat kelak, Allah panggil mana mereka yang mengerjakan qiamullail. Yang bangun hanya sekelompok kecil. Kemudian malaikat menyeru lagi bangun orang orang yang dalam apa pun keadaan tetap memuji Allah samada masa susah atau senang.
Masa susah sebut Alhamdulillah, masa senang pun sebut Alhamdulillah.  Maka tidak bangun melainkan sedikit sahaja. 2 kelompok ini dimasukkan ke dalam syurga, kemudian yang lain lain dihisab oleh Allah. Ini lah orang orang yang masuk syurga tanpa hisab. Pertama orang yang sentiasa melakukan qiamullain dan kedua orang yang sentiasa memuji Allah dalam keadaan susah atau senang. Dapat musibah pun ucap Alhamdulillah tak ada nak mengeluh ngeluh. Tak ada nak fikir sampai naik darah. 
Hanya kerana tak dapat apa yang dia nak, dia tetap memuji Allah dan rasa ini adalah suatu yang baik. Dalam hidup ini apa yang kita lalui, semuanya baik, tetap memuji Allah Alhamdulilah Alla Kullihall. Ini 2 golongan yang dilepaskan masuk syurga dan yang lain semua dihisab oleh Allah. Maka ini kelebihan orang yang bangun malam. 


Saya menyediakan ayam masak merah ini untuk dibawa ke percutian kami ke St Ives dahulu. Boleh klik di SINI. Di sana memang tidak banyak kedai makanan halal. Jadi nak tak nak kenalah memasak dan dibawa ke sana. Bab makan ni kena berhati hati supaya kita tidak termakan makanan yang haram.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…

Ayam Masak Merah Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Serbuk kunyit


Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan lain:
1 biji bawang besar - hiris
3 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar cili oncu
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar gula


Cara cara:
Lumur ayam dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk pati ayam. Perap seketika dan goreng sehingga masak. Nota: Jangan garing. 
Menggunakan minyak sama, tumis bawang besar hiris sehingga layu. 
Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga masak dan terbit minyak. 
Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata. 
Masukkan sedikit air ikut kuah yang disukai. Kacau rata. 
Masukkan ayam goreng. Kacau rata. 
Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam. Kacau rata. 
Akhir sekali, masukkan bawang Holland dan daun bawang. 

Selamat mencuba…






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/12/ayam-masak-merah-st-ives.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Nasi Ayam Sup Ceker

Masak Nasi Ayam Sup Ceker

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 126 hits
Assalamualaikum WBT MASIH tertanya tanya macam mana Sk boleh kena vertigo yang teruk pada dua minggu lepas Doktor pun tak cakap Sk keracunan makanan atau sebab apa Sk kalau keracunan biasanya akan kena ceri beri dan tidak pernah pun diserta...
Daging Masak Kicap Sedap Di Musim Winter

Daging Masak Kicap Sedap Di Musim Winter

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 123 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan ibadah gantian untuk mendapat sesuatu pahala Amalan ganti yang kita susah nak buat contoh qiamullail yang kita tahu sangat besar pahalanya tapi kita susah nak melakukannya...
Beli Barang Masak Di Pasar Tani Stadium Paroi

Beli Barang Masak Di Pasar Tani Stadium Paroi

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 150 hits
Rindunya nak tengok permandangan waktu pagi macam ni Biasanya kalau pergi hiking lah dapat permandangan keluar rumah macam ni Cantik permandangan langit dengan awak kepul kepul Matahari baru nak muncul Encik Suami kena pergi pasar hari ni n...
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 188 hits
Rasa teringin betul nak makan masakan lemak cili api Asyik masak singgang masak sup masak asam je Tak kisahlah ikan ke ayam ke atau apa apa je lah Asalkan masak lemak cili api Nak masak ayam masak lemak cili api macam malas sebab ambil masa...
Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 174 hits
nbsp Masak Lemak Labu Bayam Suun amp Pucuk Hari cuti nieyl nbsp masak sesuatu yang betul betul buat hati rasa tenang masak lemak labu bayam suun dan pucuk Campuran sayur yang ringkas tapi bila masuk dalam kuah lemak santan rasanya terus ber...
Lunch Sa Makan Lauk Dania Masak Semalam

Lunch Sa Makan Lauk Dania Masak Semalam

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 130 hits
Assalamualaikum wrt Lunch SA hari ni bawak lauk yang masak semalam Jenuh SA nak habiskan sudahnya nasi x habis SA ratah lauk je sampai habis masa panaskan lauk guna microwave bau semerbak 1 floor sampai ada yang puasa tanya masak lauk apa h...
Masak Rib Eye Steak

Masak Rib Eye Steak

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 102 hits
Assalamualaikum WBTSIANG makan Asam Pedas Ikan Merah malamnya tu Sk masak Rib Eye Steak yang beli dekat Macam ni la kami kalau siang dah keluar malam duduk rumah aje makan la apa yang ada Masa pergi Lee s Fandbee tu memang sengaja beli stea...
Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus

Along Kemalangan 11 12 2025

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

2 Girls Die In Motorcycle Accident Near Seremban

Lelaki Cedera Ditarik Gajah Ke Dalam Gaung

Ultimate Beef Zharkoye Recipe


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Semuanya Pinjaman Pesakit Endometriosis

Cannondale Caad10

55 Ucapan Selamat Natal Dan Tahun Baru Inspirasi Terindah Penuh Berkat Sukacita Damai Sejahtera Dan Harapan Baru

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Dating Berdua Dengan Dania Di Nasken Coffee Dataran Centrio Seremban 2