Sacc Mall Kompleks Pkns Shah Alam Dan Kompleks Pkns Bangi Bakal Meriah Dengan Festival Ramadan Selangor 2022
Tema “Cahaya FESTIRA” menjadi pilihan festival Ramadan Selangor 2022, merangkumi SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam & Kompleks PKNS Bangi.
Memandangkan ketiga-tiganya tidak dapat dipisahkan dengan Festival Ramadan Selangor sehingga menjadikannya pusat atau lokasi membeli-belah yang wajib dikunjungi setiap kali menjelangnya Ramadan dan Aidilfitri
Dianjurkan oleh PKNS Real Estate (PREC), Festival Ramadan Selangor atau ringkasnya dipanggil FESTIRA merupakan festival tahunan yang direka khusus bagi menyokong agenda kerajaan negeri dalam usaha membantu usahawan kecil sederhana dan pengusaha tempatan.
Festival Ramadan Terbesar Di Malaysia
Ia dikatakan sebagai Festival Ramadan terbesar di Malaysia, yang menyasarkan 3.5 juta pembeli sebelum era pandemik.Memasuki fasa peralihan ke endemik bermula April ini, PREC menyifatkan FESTIRA’22 mampu menjadi pemacu dalam merancakkan semula sektor perniagaan yang telah tiga tahun suram.
Nana Mahzan, selaku pengacara majlis
Sis berkesempatan untuk hadir di majlis pelancaran festival tersebut. Memang cukup meriah!
Tema “Cahaya FESTIRA” menjadi pilihan FESTIRA tahun ini demi menyokong usaha negara dalam mencapai sasaran keseimbangan di antara kelangsungan ekonomi seiring dengan kesihatan awam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd (PREC), Sr. Fakru Radzi Ab. Ghani, keterbukaan FESTIRA’22 kali ini membolehkan lebih 500 peniaga menjalankan perniagaan mereka.
Dari booth yang menjual pelbagai pilihan busana untuk persiapan Aidilfitri, sehinggalah Bazar Ramadan yang menyajikan pelbagai pilihan juadah untuk berbuka puasa bermula 3hb April 2022 nanti.
Menurut beliau, seperti tahun-tahun sudah, FESTIRA kali ini masih mengekalkan persembahan artis jemputan - buat halwa telinga pengunjung ketika membeli- belah
Hael Husaini merupakan artis jemputan pada hari itu
Antara barisan artis yang bakal menghiburkan adalah, Haiza, Nomad, Syafiq Naseer, Syahmi Irfan, Aliff Iskandar dan Aufahanie. Juga dibawakan, persembahan seni dan budaya oleh pelajar universiti tempatan.Cuma bezanya, selepas mengambil kira keadaan semasa, lokasi acara pentas telah ditukar ke pentas utama yang didirikan di tapak terbuka di luar SACC Mall, atau lebih dikenali sebagai Dataran Barat.
Bersesuaian dengan bulan beribadah, FESTIRA’22 turut membawakan ceramah hujung minggu yang akan disampaikan oleh pendakwah dan juga personaliti TV terkenal seperti Ustaz Safwan Idris dan Imam Muda Nazrul.
Kedua figura ini juga sering dilihat memberi tazkirah di kebanyakan acara rasmi dan tidak rasmi, menjadikan mereka antara celebrity ustaz yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.
Menariknya lagi, FESTIRA’22 bakal menampilkan adik Qalif Nasurdin, seorang tahfiz berusia 13 tahun, yang sedang menuntut di Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Kulim, Kedah. Kebolehan menghafal Al-Quran dari usia yang sangat muda, membuatkan beliau sering diundang ke acara ilmu sejak kecil lagi.
Adik Qalif bakal melantunkan ayat- ayat suci Al-Quran di pentas utama SACC Mall Shah Alam pada setiap hari Sabtu sebelum berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.Tidak ketinggalan, aktiviti untuk si kecil. Buat para ibu, anak-anak mereka bakal dihiburkan dengan penampilan badut belon atau lebih dikenali sebagai balloonist clown yang akan mewarnai sesi petang di pentas utama setiap Sabtu bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Belon akan diberikan secara percuma kepada 150 kanak-kanak yang berada di sekitar Cahaya FESTIRA’22 di SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam. Sementara itu, di PKNS Bangi, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan Buskers Kerohanian yang diadakan setiap petang, bermula 8hb Mac 2022 dari jam 5.00 petang hingga 9.00 malam.
“PREC juga terus kekal dengan aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan melalui kolaborasi bersama syarikat rakaman terpilih untuk beberapa Majlis Berbuka Puasa bersama NGO yang bakal diumumkan kelak. Selain itu, acara turut bertujuan mempromosikan produk selebriti syarikat terbabit, dalam masa yang sama menyerikan majlis dengan persembahan mereka”.
“Menariknya FESTIRA’22 kali ini, lebih banyak aktiviti seperti pertandingan, ganjaran dan cabutan bertuah menanti pengunjung dengan pelbagai tawaran hadiah yang menarik
Selain itu, kesemua ciri-ciri tradisi festival ini seperti program bubur lambuk, kaunter zakat dan wakaf, serta penyediaan ruang solat yang besar dan selesa termasuk solat tarawih masih diteruskan,”ujar beliau mengakhiri perbualan
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Festira 22, korang boleh jenguk website www.perc.my atau www.bazaarlokal.com atau www.facebook.com/festira/
ALBUM KENANGAN
Blogger cantik, Kolin Zainal (kiri) pun datang untuk 'cover' story ini.
Tinggi langsing dan manis betul Nana Mahzan setelah mengenakan hijab. Tak jemu dipandang mata!
Oppa kacak, Hael Husaini. Teringat zaman masa sis buat 'Showbiz',
time tu dia baru nak berjinak-jinak dalam dunia seni. Tetap kacak macam dulu!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2022/03/sacc-mall-kompleks-pkns-shah-alam-dan.html