Buffet Ramadan 2022 Hidangan Tradisi Edisi Nyonya Di The Ruma Hotel Residences
Hai pembaca kesayangan,
Kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang Buffet Ramadan bertemakan "Hidangan tradisi - Edisi Nyonya" yang disediakan oleh The RuMa Hotel & Residences bermula dari 8 hingga 30 April 2022.
The RuMa Hotel & Residences bersiap sedia menyambut kedatangan pengunjung dengan barisan pekerja yang lengkap berpakaian kebaya nyonya bagi menghidupkan suasana berbuka puasa Ala Nyonya di sini.
Buffet Ramadan Hidangan Tradisi - Edisi Nyonya ini bakal menampilkan juadah-juadah Nyonya yang unik dan agak sukar didapati seperti Ayam Pong Teh, Ketam Cili, Asam pedas lidah, Ayam Masak Buah Keluak. Kesemua juadah ni Misz-ella dah rasa, memang sedap dan membuka selera.
Bukan sahaja juadah Ala Nyonya, juadah-juadah tradisi yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa seperti Kambing panggang bersama Nasi Kabsa, Lemang Pulut Hitam, Ketupat Pulut Daun Palas, Ketupat Nasi Daun Kelapa, Serunding Daging, Serunding Ayam, Sate Daging, Sate Ayam dan berbagai lagi turut disediakan buat pengunjung.
Buffet Ramadan Hidangan Tradisi - Edisi Nyonya turut menyediakan pemanis mulut yang menarik seperti Pulut Tai-Tai, Onde Onde, Puding Santan Kacang Merah, Coconut Macaron, beraneka jenis kek dan paling istimewa adalah Pineapple Tart Nyonya (yang i wajib cuba sebab sangat sedap).
Harga buffet Ramadan Hidangan Tradisi - Edisi Nyonya The RuMa Hotel & Residences adalah RM218 Nett seorang dari 8 hingga 30 April 2022. Promosi Super Early Bird discount sedang berlangsung iaitu hanya RM152.60nett seorang (bagi belian dari 15 hinga 31 Mac 2022) dan harga Early Bird promo adalah RM174.40 nett seorang (beli dari 1 hingga 10 April 2022).
Ada tawaran istimewa untuk pemegang kad kredit CIMB iaitu layak mendapat potongan harga sebanyak 30% manakala pemegang kad kredit Maybank layak mendapat potongan harga sebanyak 20%.
Buat pemegang 'charge card' seperti American Express dan 'charge card' yang lain, mereka layak mendapat potongan harga sebanyak 20%
Harga istimewa ini hanya layak diberikan buat 'Dine in' sahaja. Buat mereka yang mahu bawa pulang juadah buka puasa dari dapur The RuMa Hotel & Residences, terdapat 2 pilihan disediakan iaitu Pek Bawa Pulang (Take Away) untuk dua orang berharga RM228 nett dan Pek Bawa Pulang untuk empat orang berharga RM328 nett. Setiap pembelian 2 pek bawa pulang melayakkan pembeli mendapat potongan harga sebanyak 10%.
Macam-macam promosi disediakan oleh The RuMa Hotel & Residences sempena dengan Ramadan ini, kan. So pembaca kesayangan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi Buffet Ramadan Edisi Nyonya di The RuMa Hotel & Residences dengan cara "BELI AWAL". Sila Whatsapp 03-27780735 atau hubungi 03-27780888. Boleh juga email
[email protected]OK my lovely readers, I have done sharing my Buka Puasa experienced at The RuMa Hotel & Residences with you. See you in my next post!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2022/03/buffet-ramadan-2022-hidangan-tradisi.html