Buffet Ramadan Mz Cafe Bangi 2022 Dengan Tema Citarasa 1 Malaysia
hai assalammualaikum
Buffet Ramadan MZ Cafe 2022 Dengan Tema Citarasa 1 Malaysia - Hah, puasa lagi beberapa minggu sahaja, dah rancang ke nak berbuka pausa di mana? Kalau nad, nad lebih suka makan buffet ramadan, sebab banyak menu pilihan disediakan. Salah satu tempat yang korang boleh masuk dalam list iftar buffet ramadan, mestilah MZ Cafe di Bangi dengan tema Citarasa 1 Malaysia
Sebenarnya MZ ni ada 2 tempat Buffet Ramadan, MZ Cafe x MZ Garden Hall, terletak di Bangi dan bersebelahan manakala satu lagi tempat di MZ D'Tasik Restaurant UNITEN. Kedua-dua ni diaorang buka untuk buffet ramadan pada 4 April Sehingga 1 Mei 2022.
Tapi yang nad pergi ni MZ Cafe x MZ Garden Hall. Nad ingat tempat biasa-biasa je, tapi bila sampai sana, cantik sangat dengan suasana yang menarik. Dekorasi tempatnya bertemakan Garden, bunga-bunga, macam pergi kenduri kawin je, hehe. Terpesona sangat tengok tempat ni dengan suasana selesa, makanan teratur, mudah untuk orang ambil makanan dan SOP pun terjaga
Sebelum bercerita bab makanan, nad nak bagitau harga dahulu..hehee. Harga Buffet Ramadan
MZ Cafe & MZ Garden Hall Bangi Early Bird sehingga 3 April ( Promosi Terhad ) untuk dewasa RM55
Normal priceDewasa : RM65Kanak-Kanak : RM35
MZ D' Tasik Restaurant UNITENEarly Bird sehingga 3 April ( Promosi Terhad ) untuk dewasa RM65
Normal PriceDewasa: RM75Kanak-Kanak : RM35
Buffet Ramadan MZ Cafe 2022, Dengan Tema Citarasa 1 Malaysia
Bukan sahaja teruja dengan dekorasi dekat sini, malah teruja dengan menu yang dsediakan Mz Cafe Bangi untuk Bulan Ramadan yang kita akan sambut tak lama lagi. Pelbagai jenis makanan yang pastinya sedap dan membuatkan kita nak makan semua..hehehe
Buffet Ramadan menjadi lengkap dengan adanya kambing golek. Menu yang menjadi tarikan orang ramai, dan tempat pertama orang akan serbu dan sangup beratur panjang. Nad salah seorang yang sanggup beratur tu..hahaha. Sedap daging dia, lembut je, kuah blackpper pun terbaik. Dekat area kambing ni ada Chicken Chop juga, coselow dan kentang sekali, memang layan makan
Untuk menu nasi ada nasi briyani dan lauk dia, ayam briyani dan kerutuk daging.
Nasi putih pun ada dengan pelbagai lauk yang sedap antaranya.Ayam Masak Cili Api, Udang Sambal Petai, Terung Berlado, Paru Berlado, Daging Gulai Kawah, Fish Fillet Masak Sos Plum, acar Timun Kuning dengan Bijan dan Sayur Campur Dengan Hati Ayam
Aneka Ulam-Ulaman yang segar dan Sambal. Hah, jangan tak caya dekat sini ada budu oiii!!. Memang menambah la nasi..hehee
Selain itu, ada juga Lemang dan Nasi Impit bersama dengan rendang ayam dan daging. Dia punya lemang sedap, manis lembut je, rendang dia pun terbaik
Bubur Lambuk, Laksa Kedah dan Char Kuey Teow. Nad rasa ketiga-tiga ni pun sedap. Anak-anak suka sangat laksa kedah tu
Menu lain, ada Roti John, Roti Jala dan Ikan Bakar
Rojak buah dengan tahu sumbat pun ada, layan wei!! Anak-anak makan keropok, macam-macam jenis ada
Sambil menikmati makanan, sambil dihiburkan dengan persembahan yang ada di pentas.
Nad suka tengok dekorasi pencuci mulut dekat Buffet Ramadan MZ Garden Hall. Special sangat cara susunan pencuci mulut tu. Cantik, nampak eksklusif. Memang lain daripada yang lain.
Dalam cawan tu puding tau, boleh diambil dan makan..hehee. Bukan perhiasan semata. Semua yang disusun ni boleh diambil untuk dimakan.
Ada juga kuih muih dan kek yang disediakan
Lagi satu yang buat nad tertarik, tempat minuman dia ni..hehee. Susunan tempat air ni pun menakjubkan. Selalu kita nampak air dalam tong je kan, tapi air dekat sini unik sangat. Kita ambil air pun macam buka paip..hehee. Ada saluran air dia buat. Memang kreatif sangat. Pelbagai jenis air, ada air sirap, bandung, lemon pudina, limau asam boi dan lain-lain
Dekat sini pun ada air panas, teh tarik, teh o, kopi
Hah, puasa nanti bawakla keluarga, kawan-kawan datang berbuka puasa di sini. Dewan berkeluasan 15,000sqft ni mampu memuatkan 800 orang tetamu dalam 1 masa.Suasana yang nyaman ditambah dengan air cooler, jadi takda la panas, sejuk je tempat tu. Sebenarnya MZ Garden Hall ni sesuai untuk apa-apa majlis , seperti perkahwinan, dinner, jamuan, jamuan hari raya,majlis pertunangan dan macam-macam lagi
Kemudahan yang ada di sini
- Parking yang luas - Tanda dan surau disediakan
Korang kalau nak booking, boleh tempah mulai sekarang untuk dapatkan harga early bird sehingga 3 April 2022, manakala harga normal bermula 4 April sehigga 1 Mei 2022.
Untuk tempahan atau pertanyaan, korang boleh whatsupwasap.my/60143180070/naktempahbuffetramadan
MZ Cafe Bangi X MZ Garden Hall Lokasi : Perkarangan https://goo.gl/maps/WWFFLC5Nvt8J71J37Facebook: https://www.facebook.com/mzcafebangi/Instagram : https://www.instagram.com/mzcafebangi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2022/03/buffet-ramadan-mz-cafe-bangi-2022.html