Bufet Ramadan Warisan Bonda Ahlan Ramadan 2022 Di Mardhiyyah Hotel Suites Shah Alam


Ahlan Ramadan, Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) begitu teruja untuk menyambut bulan suci Ramadan tahun ini dengan suasana yang baharu. Kali ini, tema “Warisan Bonda” menjadi pilihan dengan menampilkan hidangan aneka juadah tempatan dan antarabangsa. Berkonsepkan tradisional melayu, keindahan lokasi Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites akan ditambah seri dengan dekorasi-dekorasi menarik yang mampu mengimbau kembali nostalgia iftar bersama ahli keluarga dan rakan taulan



Bufet Ramadan Warisan Bonda ini menawarkan pelbagai pilihan masakan berasaskan menu seperti air tangan bonda. Antara menu utama yang akan diketengahkan adalah masakan tempatan seperti Nasi Putih, Nasi Kandar, Nasi Minyak, Ayam Rempah Kuzi, Gulai Lemak Ikan Merah Belimbing Buluh, Rendang Daging Bonda, Kambing Penanggah, Udang Telur Asin, Sotong Kam Heong, Wok Goreng Baby Kailan dengan Bawang Putih dan macam-macam lagi pilihan yang ada




Untuk menambah aneka makanan warisan, chef terbaik kami menyediakan variasi sambal seperti Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Asam, Sos Percik, Sambal Kicap Pedas untuk dipadankan bersama ulam-ulaman. Tambahan pula, Kerabu Ayam, Kerabu Kacang Botol, Jantung Pisang, Kacang Panjang Rojak Buah, Popiah Basah, Jeruk Buah Cermai, Kelubi, Betik, Salak & Anggur menjadi pelengkap hidangan berkonsepkan warisan. Tidak dilupakan masakan pilihan antarabangsa. Antaranya Garden Salad, Tuna Salad, Grill Chicken Salad, Coleslaw, Classic Macaroni Salad dan Italian Dressing, Sushi, Maki & Tempura Mariowase, dan aneka jenis pasta




Selain itu, suasana yang sedia ada indah di Royale Songket akan diserikan dengan Makanan tradisional. Para tetamu boleh melihat barisan aneka makanan seperti “Paling Hangat” Smokey Hickory Roasted Whole Lamb, Makanan Masakan Selera Timur Tengah, Penang Best, Masakan Panas, Bazaar Minuman, Masakan Cina dan Jepun, Masakan Aneka Mee, Aneka Cucur dan yang dinanti-nanti iaitu Hidangan Pemanis Selera




Seperti tahun sebelum ini, Smoke & Grill menjadi tarikan terhangat dalam Bufet Ramadan di MHS. Untuk Bufet Ramadan Warisan Bonda kali ini, barisan Chef sekali lagi membawakan kepada tetamu “Smoke Hickory Roasted Whole Lamb” bersama Sayur Pangang dan dilengkapkan dengan Sos Lada Hitam dan Sos Cendawan




Disamping itu, tetamu boleh menikmati masakan panas di mana chef kami akan membuat “live cooking”. Antara pilihan menu yang boleh dinikmati adalah Mee Goreng Mamak & Penang Char Koey Teow. Tetamu juga boleh menikmati variasi Laksa, Sup Ayam Utara, Nasi Kuning, Chicken Mandy, Roti John Briyani Daging, Murtabak Ayam dan tidak dilupakan Bubur Lambuk




Apabila seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga, sudah pastinya pilihan minuman yang disediakan melengkapi juadah iftar para tetamu. Oleh itu, hilangkan dahaga dengan pelbagai jenis minuman panas mahupun sejuk seperti Brewed Premium Coffee, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Sweet Corn Drink, Blue Lime Soda, Iced Chocolate, Sirap Bandung dan Soya Bean



Selepas mencuba hidangan bufet utama yang pelbagai, hidangan pemanis selera pasti terus membangkitkan selera para tetamu. Mesti cuba hidangan pemanis mulut pula! Chef Pastri kami menyediakan aneka kuih tradisi melayu yang utama, Sago Gula Melaka, Chilled Honey Dew dengan Pearl Sago, Agar-Agar dan Pudding, Ais Kacang, Waffle, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Red Velvet, Chocolate Moist Cake, Brownies, Dates, Bread & Butter Pudding dan Aneka Buah-Buahan






Untuk makluman, Bufet Ramadan Warisan Bonda ini juga menyediakan pakej hidangan untuk bersahur. Tetamu boleh datang ke Royale Songket untuk bersahur di mana hidangan utamanya adalah Nasi Putih, Fried Noodle With Seafood, Ayam Masak Hitam Manis, Daging Kerutub, Kari Ikan Bawal Berkerisik, Udang Goreng Kunyit, Mix Vegetable with Oyster Sauce, dan Fried Japanese Beancurd in Crabmeat Sauce. Disediakan juga pilihan juadah ringan untuk tetamu. Antaranya, Variasi Salad seperti Tuna Salad with Pasta, Roasted Chicken Salad with Corn, Bubur Berlauk bersama Ayam Kunyit, Sambal Bilis, Telur Masin, Ikan Masin, Kangkung Belacan, Daging Merah dan Sup Ayam




Melengkapkan set hidangan sahur ini dengan aneka pastri dan pencuci mulut seperti Croissant, Chocolate Roll, Vanilla Sultana, Muffin, Apple Strudle, Bread Loaf, Bun, Rolls dan Toast, Bubur Kacang Merah, Aneka kek juga bersama minuman Kopi dan Teh Tarik panas, Jus Mangga dan Susu Segar




Bufet Sahur pula bermula seawal jam 4.00 pagi hingga 5.40 pagi. Harganya adalah RM 65 bersih untuk dewasa, RM 55.00 bersih untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas seterusnya kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun adalah RM 45.00 bersih. Majlis Tertutup juga disediakan dengan hidangan Bufet dengan harga RM 100.00 bersih untuk seorang




Bufet Ramadan Warisan Bonda dibuka setiap hari bermula 4 April 2022 hingga 1 Mei 2022. Waktu operasi dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam. Harga bagi Bufet Ramadan RM 145.00 bersih seorang untuk dewasa, RM 110.00 bersih bagi Warga Emas 60 tahun ke atas manakala RM 90.00 bersih bagi Kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Sementara itu, untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harga yang ditawarkan adalah RM 200.00 bersih bagi seorang dewasa dan seorang kanak kanak




Jangan lepaskan peluang mendapatkan harga potongan istimewa untuk tempahan awal dan bayaran RM 110.00 bersih diperlukan sebelum 1 Ramadan untuk dewasa




Istimewa inklusif untuk ramadan MHS juga menawarkan Promosi harga Bilik Istimewa berharga RM 250.00 berserta sahur untuk 2 dewasa & tawaran diskaun sebanyak 10% Bufet Iftar Ramadan. Set Hamper Raya Mardhiyyah juga disediakan dengan aneka jenis biskut raya. Semuanya terdapat pada harga RM 120 bersih sahaja





Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat Tarawih yang di ketuai oleh imam di Surau Al-Latifah di aras 4. Solat Subuh berjemaah juga terdapat untuk tetamu hotel yang menginap dan bersahur di MHS

Sebarang maklumat lebih lanjut dan tempahan hubungi Jabatan Penjualan & Pemasaran:E-mel : [email protected] : 012-346 9585 (Muhammad Izzat)019-273 6801 (Zaris Azua)019-275 7801 (Syaqila)019- 263 9801 (SitI Atiqah)019-261 6847 (Asyila)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/03/bufet-ramadan-warisan-bonda-ahlan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bufet Ramadan 2022 Restoran Me Nate Steak Hub Shah Alam

Bufet Ramadan 2022 Restoran Me Nate Steak Hub Shah Alam

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 274 hits
Bufet Ramadan 2022 Restoran Me nate Steak Hub Shah AlamBufet Ramadan 2022 Restoran Me nate Steak Hub Shah Alam Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tak sabarnya nak menghadapi bulan Ramadan dan pastinya rindu sangat berbuka bersama keluarga...
Sacc Mall Kompleks Pkns Shah Alam Dan Kompleks Pkns Bangi Bakal Meriah Dengan Festival Ramadan Selangor 2022

Sacc Mall Kompleks Pkns Shah Alam Dan Kompleks Pkns Bangi Bakal Meriah Dengan Festival Ramadan Selangor 2022

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 308 hits
Tema Cahaya FESTIRA menjadi pilihan festival Ramadan Selangor 2022 merangkumi SACC Mall Kompleks PKNS Shah Alam Kompleks PKNS Bangi Memandangkan ketiga tiganya tidak dapat dipisahkan dengan Festival Ramadan Selangor sehingga menjadikannya p...
Bufet Ramadan 2022 Geo Resort Hotel Genting Highlands

Bufet Ramadan 2022 Geo Resort Hotel Genting Highlands

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 243 hits
Bufet Ramadan 2022 Geo Resort Hotel Genting HighlandsBufet Ramadan 2022 Geo Resort Hotel Genting Highlands Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi pastinya ramai yang sedang mencari tempat makan yang me...
Buffet Ramadan 2022 Riang Ria Ramadan Di The Venue Shah Alam

Buffet Ramadan 2022 Riang Ria Ramadan Di The Venue Shah Alam

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 222 hits
Buffet Ramadan 2022 Riang Ria Ramadan di The Venue Shah Alam Assalamualaikum semua Alhamdulillah setelah 2 tahun berdepan dengan pandemik akhirnya kita akan beralih ke Fasa Endemik Kebetulan pula dah masuk bulan Ramadan Walaupun masih perlu...
Buffet Ramadan Aneka Warisan Suasana Di Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadan Aneka Warisan Suasana Di Suasana Suites Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 409 hits
Buffet Ramadan Aneka Warisan Suasana di Suasana Suites Hotel Johor Bahru Sekiranya korang mencari buffet Ramadan dengan harga murah dan berpatutan Ummi cadangkan korang The post appeared first on
Bufet Ramadan 2022 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2022 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 310 hits
Bufet Ramadan 2022 Seri Pacific Hotel Kuala LumpurBufet Ramadan 2022 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi pastinya ramai yang sedang mencari tempat makan best untuk be...
Bufet Ramadan 2022 Citarasa Malaysia Di Th Hotel Kelana Jaya

Bufet Ramadan 2022 Citarasa Malaysia Di Th Hotel Kelana Jaya

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 255 hits
Bufet Ramadan 2022 Citarasa Malaysia Di TH Hotel Kelana Jaya Alhamdulillah tahun ni kita dapat merasa berbuka puasa di luar bersama ahli keluarga sahabat handai mahupun dengan rakan sekerja selepas Perdana Menteri mengumumkan Malaysia berad...
Buffet Ramadan 2022 Restoran Rebung Chef Ismail Bertema Selera Warisan Bonda

Buffet Ramadan 2022 Restoran Rebung Chef Ismail Bertema Selera Warisan Bonda

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 494 hits
Selera Warisan Bonda by Chef Ismail Tema Buffet Ramadan 2022 Restoran Rebung Kemeriahan menyambut bulan Ramadan 2022 makin terasa bila kebanyakkan hotel hotel dan juga restoran restoran telah mula mempromosikan pakej Buffet Ramadan mengikut...
Sambutan Bulan Ramadan 2022 Dengan Pakej Penginapan Dan Hidangan Iftar Bersama Lexis Hotel Group

Sambutan Bulan Ramadan 2022 Dengan Pakej Penginapan Dan Hidangan Iftar Bersama Lexis Hotel Group

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 418 hits
RANGKAIAN HOTEL LEXIS RAIKAN RAMADAN 2022Bulan Ramadan 2022 ini Rangkaian Hotel Lexis menawarkan Pakej Penginapan Ramadan beserta Hidangan Iftar buat semua yang mencari kelainan dalam melalui ibadah Bulan Puasa tahun ini PAKEJ PENGINAPAN RA...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint