Remaja Cina Belajar Seni Khat Jawi Rakan Sekelas Melayu Diajar Mandarin


PENULISAN khat dan jawi menjadi bualan hangat netizen baru-baru ini berhubung pelaksanaannya di sekolah-sekolah vernakular.
Namun, ia bukanlah penghalang buat gadis berbangsa Cina ini untuk terus belajar mengenal dan menulis seni khat.
Dikenali sebagai Ng Yen Yen atau mesra disapa Yenyen, gadis berusia 17 tahun ini mempunyai minat mendalam terhadap penulisan khat sejak di tingkatan tiga lagi
“Ia bermula sejak saya lihat ramai kawan Melayu yang belajar kelas agama dan apabila saya cuba nak baca buku teks subjek Pendidikan Islam milik kawan, saya tidak faham… daripada situ saya mula nak belajar mengenali tulisan jawi dan menulis khat. 
“Ikutkan saya dah mula menulis tulisan khat sejak usia 15 tahun, namun selepas kira-kira setahun saya berhenti belajar seketika sebab kawan yang mengajar tulisan khat itu dah tak sama kelas.
“Namun baru-baru ini, saya mula belajar menulisnya semula.
“Saya minta kawan-kawan beri tunjuk ajar untuk menulis khat dan mereka sangat membantu, terutamanya kawan baik saya, Nurin yang sering ajar bila kami ada masa lapang bersama,”ujarnya ketika dihubungi mStar, Selasa.
Yenyen bersama rakan-rakan kelasnya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Setiap kali Yenyen mempunyai masa lapang di sekolah, dia sering meluangkan masa menulis khat dengan bantuan rakan-rakan.
Kini, Yenyen masih berada di fasa belajar menulis kesemua huruf dalam jawi. 
Bukan itu sahaja, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini turut membantu rakan-rakannya bertutur dalam bahasa Cina. 
Sementara itu, Yenyen akui hubungannya bersama rakan-rakan berbangsa Melayu sangat rapat dan tidak pernah kekok berkawan bersama mereka.
u bantu dan tidak pernah ketepikan saya walaupun berlainan bangsa.
“Pernah sekali, saya menyanyi lagu ‘Alif Ba Ta’ dengan mereka beramai-ramai di dalam kelas.
“Mereka banyak mengajar saya tentang budaya Islam dan sering ajak saya beraya bersama-sama ketika musim perayaan Aidilfitri,” katanya yang merupakan anak sulung daripada dua beradik.
Bagi saya, penulisan khat ini sesuai untuk dipelajari semua kaum. YENYEN Selain itu,Yenyen yang belajar di Sekolah Tinggi Kluang, Johor akui seni penulisan khat sungguh cantik dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.
“Saya lihat tulisan khat ini sungguh unik dan hampir sama tulisannya dengan karakter tulisan Cina. 
“Bagi saya, penulisan khat ini sesuai untuk dipelajari semua kaum.
“Ibu saya pun beri sokongan kepada saya untuk belajar seni khat,” ujar Yenyen yang kini menetap di Kluang, Johor.
Sikap ramah dan tolong menolong rakan-rakan Melayu membuatkan Yenyen tidak kekok dan mudah bergaul bersama mereka.
Dalam pada itu, komen yang dimuat naik Yenyen menerusi sebuah posting di laman Twitter berkenaan isu penulisan khat menjadi perhatian netizen sehingga meraih hampir 11,900 ulang kicau dan 10,800 tanda suka.
Rata-rata netizen mengagumi semangat dan usaha remaja ini untuk belajar menulis tulisan khat.
“Saya terkejut bila saya komen itu jadi viral dan ramai yang memberi sokongan kepada saya.
“Saya jadi lebih bersemangat untuk terus belajar menulis dan harapnya selepas ini boleh menulis khat dalam bentuk ayat pula,” katanya.
MSTAR
The post Remaja Cina belajar seni khat jawi, rakan sekelas Melayu diajar Mandarin. appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/remaja-cina-belajar-seni-khat-jawi-rakan-sekelas-melayu-diajar-mandarin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahfiz Mandarin Melayu Tak Jadi Cina Kerananya Sebaliknya

Tahfiz Mandarin Melayu Tak Jadi Cina Kerananya Sebaliknya

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 448 hits
Terengganu Bina Pusat Tahfiz Berbahasa MandarinKUALA TERENGGANU 14 Ogos Kerajaan Terengganu akan membuka Pusat Tahfiz Berbahasa Mandarin di Dungun tahun depan antara lain untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara unik berbilang ka...
Laksana Tulisan Khat Jawi Walau Dibantah 2 Pertubuhan Cina

Laksana Tulisan Khat Jawi Walau Dibantah 2 Pertubuhan Cina

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 410 hits
DONG Zhong dan Jiao Zong sebelum ini membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah UTUSAN ONLINE Gambar hiasan Kerajaan bertegas laksana tulisan khat JawiKUALA LUMPUR 2 Ogos...
Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

Bantah Tulisan Jawi Seni Khat Cerminan Wajah Sebenar Dap

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 899 hits
Menjelang tahun hadapan 2020 seni khat dan tulisan jawi akan diperkenalkan semula oleh kerajaan melalui dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan BN pada tahun 2016 Walau bagaimanapun terdapat bantahan bantahan oleh golongan cauvanis yang s...
Jangan Laksana Dulu Seni Khat Kata Kumpulan Pendidikan Cina

Jangan Laksana Dulu Seni Khat Kata Kumpulan Pendidikan Cina

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 424 hits
August 5 2019 2 18 PMPresiden Jiao Zong Ong Chiow Chuen Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim ketika sidang media bersama hari ini KAJANG Kumpulan pendidikan Cina Dong Zong dan Jiao Zong hari ini mengulangi pendirian mereka terhadap langkah keraj...
Keputusan Perkenal Seni Khat Tulisan Jawi Muktamad Perdana Menteri

Keputusan Perkenal Seni Khat Tulisan Jawi Muktamad Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 457 hits
MELAKA Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal kata Tun Dr Mahathir Mohamad push Perdana Menteri berkata kerajaa
Anak Uec Bahasa Melayu Dan Khat Jawi

Anak Uec Bahasa Melayu Dan Khat Jawi

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 516 hits
ULASAN Dua minggu sebelum isu khat Jawi meletup dalam kalangan masyarakat Cina saya bersembang dengan seorang sahabat dari Umno Pemuda yang membesar di kampung itu bercerita bagaimana dia terpaksa bergelut untuk menguasai bahasa Inggeris de...
Seni Khat Atau Tulisan Jawi

Seni Khat Atau Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 1010 hits
MINGGU ini politik dan perkembangan dalam negara agar ribut dengan langkah Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan Maka gegak gempitalah beberapa pertubuhan ...
Kit Siang Belajar Jawi Tak Jadikan Orang Cina Pengkhianat Bangsa

Kit Siang Belajar Jawi Tak Jadikan Orang Cina Pengkhianat Bangsa

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 409 hits
ULASAN Kita semua haruslah membina suatu keyakinan diri yang baharu satu semangat Malaysia Boleh untuk kita melawan segala momokan dan ancaman yang dibuat buat bagi mencapai era kegemilangan untuk MalaysiaSaya telah mengadakan perjumpaan de...
Santuni Mangsa Kebakaran Melayu India Cina Dr Rosni Adam

Santuni Mangsa Kebakaran Melayu India Cina Dr Rosni Adam

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 365 hits
PAS serah sumbangan mangsa kebakaran CherasBANDAR TUN RAZAK Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat Dr Rosni Adam telah turun padang menyantuni mangsa kebakaran di Taman Ikan Emas Cheras di sini kelmarin Lawatan itu sebagai ...
Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Board Game Caf S The Analog Social Scene Redefining Pop Culture

Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

Awie Riez Luka Chord

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago

Dituduh Jumpa Bomoh Siam Sebab Tiada Job Penyanyi Wanita Buat Laporan Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Imah Nini Coffee Kitchen Menyeruput Nostalgia Di Tengah Kota Bogor

Betul Ke Hypothyroid Penyebab Rasa Letih Melampau

Masak Guna Kuali Periuk Stainless Steel

Kota Lama Duyung Pulau Duyung Terengganu Warisan Yang Terbiar

Kes Telur Masam Michael Ang Selar Usahawan Dijangkiti Herpes Tak Rasa Malu Ke

Fahmi Fadzil Anggap Gandingan Nurul Izzah Amp Saifuddin Nasution Sangat Cocok