Kit Siang Belajar Jawi Tak Jadikan Orang Cina Pengkhianat Bangsa


Lim Kit Siang 
   
ULASAN | Kita semua haruslah membina suatu keyakinan diri yang baharu, satu semangat Malaysia Boleh, untuk kita melawan segala momokan dan ancaman yang dibuat-buat bagi mencapai era kegemilangan untuk Malaysia

Saya telah mengadakan perjumpaan dengan rakyat dan pelajar Malaysia semasa lawatan saya ke Salem semalam.

Daripada negara orang, saya telah mengikuti perkembangan semasa di tanah air, termasuklah kontroversi mengenai pengenalan seni khat jawi kepada pelajar darjah empat melalui kurikulum pendidikan Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Beberapa persoalan telah timbul dan telahpun dijawab berkenaan dengan isu ini, antaranya:
IAdakah menjadi kewajipan kepada pelajar-pelajar di SJK Cina dan Tamil untuk mempelajari tulisan jawi di bawah rancangan baru ini? Tidak, kerana Kementerian Pelajaran tidak berhasrat untuk melaksanakan ujian atau peperiksaan untuk seni khat ini.

Bilakah rancangan untuk memperkenalkan seni khat jawi ini diputuskan? Pada tahun 2016 oleh kerajaan Barisan Nasional.

Adakah kementerian berhasrat untuk mendengar pendapat-pendapat lain mengenai perkara ini? Pihak Kementerian Pendidikan akan meneruskan pelaksanaan rancangan ini, tetapi pandangan daripada pelbagai pihak akan terus didengari untuk memastikan terdapatnya pertimbangan yang adil.

Membantu menjadi rakyat Malaysia Mungkin soalan yang lebih penting untuk ditanya adalah: Adakah seseorang yang belajar tulisan jawi itu mengkhianati bahasa dan budaya orang Cina?

Pada saya, jawapannya adalah tidak.

Semasa saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1969, saya telah belajar tulisan jawi dengan sendiri di dalam tahanan. Perkara ini tidak mengurangkan identiti saya sebagai seorang Cina, malah ia telah membantu saya untuk lebih memahami erti menjadi seorang rakyat Malaysia.

Apakah bentuk pembinaan negara yang sesuai dalam konteks sebuah negara yang berbagai bahasa, kaum, budaya, dan agama -- asimilasi atau integrasi?

Pada tahun 1994, Dr Mahathir dalam tahun ke-13 beliau sebagai perdana menteri keempat Malaysia, telah mengumumkan bahawa dasar asimilasi kerajaan BN yang diamalkan sebelum ini tidak bersesuaian dengan konteks negara berbilang kaum seperti di Malaysia dan integrasi budaya seharusnya menjadi asas pembinaan negara.
Tetapi, selain daripada asimilasi dan integrasi, terdapat satu cara yang ketiga yang lain, di mana komuniti-komuniti ini dibiarkan untuk hidup secara berasingan di bawah satu sistem politik yang sama.

Di mana orang Cina hidup di dalam dunianya sendiri, tanpa berinteraksi langsung dengan orang daripada kaum yang lain, dan begitu juga dengan orang Melayu dan India.

Saya tidak berjuang untuk sebuah Malaysia seperti ini.

Malaysia yang saya mahu lihat adalah satu negara di mana orang Melayu, Cina, India, Kadazan, dan Iban keluar daripada kepompong masing-masing untuk berinteraksi dengan satu sama lain, untuk belajar, menghargai, dan menerima hakikat yang Malaysia ini adalah satu negara yang berbilang kaum -- di mana seorang Cina tidak dianggap mengkhianati kaum dan budayanya kerana seni halus jawi yang dipelajarinya, seorang Melayu tidak dianggap mengkhianati kaumnya kerana seni tarian Bharatanayam-nya, ataupun seorang India dianggap pengkhianat bangsa kerana kemahiran seni kaligrafi Cinanya.

Identiti negara Dalam kata lain, seorang rakyat Malaysia Cina bukanlah 100 peratus Cina, tetapi mempunyai dimensi tambahan yang boleh digelarkan sebagai dimensi tambahan Malaysianya, begitu juga bagi seorang Melayu dan India.

Seperti yang saya katakan di Chennai semalam, satu soalan yang penting untuk semua rakyat Malaysia: Siapakah “mereka” di dalam konteks Malaysia?

Adakah “mereka” ini orang Cina dan India kepada seorang Melayu; orang Melayu dan India kepada seorang Cina: dan orang Melayu dan Cina kepada seorang India?

Jika inilah jawapannya, jelas sekali kita belum berjaya dalam membina satu identiti negara, kerana “mereka” itu sepatutnya bukan seorang rakyat Malaysia, biarpun sama ada daripada Indonesia, China, India, atau mana-mana pun pelusuk dunia sekalipun.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik telah mengatakan yang pengenalan seni khat jawi untuk pelajar tahun 4 bukanlah bertujuan untuk mengislamkan para pelajar di SJK Cina dan Tamil.

Beliau berkata, kita tidak boleh melihat pengenalan jawi sebagai satu bentuk asimilasi budaya kerana usaha ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar untuk mengenali budaya dan warisan seni di negara ini.

Sebagai contoh, terdapat tulisan jawi di mata wang ringgit Malaysia, di Jata Negara, dan jata-jata negeri.

Saya mengaku, sebelum ini saya tidak menyedari kewujudan tulisan jawi di mata wang ringgit ini.

Selepas menyedari perkara ini, saya melihat kepada mata wang Rupee India dan menyedari terdapatnya bukan sahaja skrip rasmi tulisan Hindi, tetapi juga bahasa-bahasa daerah seperti Tamil, Telugu, Marathi, Urdu, Malayanam, Gujarati, Bengali, Punjadi, dan Kannada.

Pada masa yang sama, saya setuju dengan pandangan yang menekankan kepentingan reformasi pendidikan bagi membolehkan para pelajar daripada Malaysia untuk mendapatkan keputusan atas purata dan dikelaskan dengan satu pertiga teratas dunia.

Malaysia kelihatan seperti terperangkap di dalam satu situasi yang luar biasa yang jika tidak ditangani, hanya akan membawa kita semua ke kancah perpecahan, kemunduran, dan kegagalan untuk memanfaatkan nilai dan kualiti terbaik daripada pelbagai tamadun yang bertumpu di Malaysia untuk membina sebuah bangsa Malaysia yang dihormati di mata dunia.

Situasi ini adalah apabila di mana orang Melayu, Cina, India, Kadazan, dan Iban berasa terancam dengan satu sama lain. Semua komuniti berasa seakan-akan budayanya akan dihapuskan.

Tetapi siapakah yang menimbulkan perasaan ini?

Bukan sahaja pelbagai kaum ini merasakan ancaman terhadap kewujudannya, Islam juga berasakan terancam dan pada masa yang sama agama bukan Islam juga berasa terancam.

Oleh itu, rakyat Malaysia mestilah membangunkan satu kesedaran diri baharu untuk mencapai cita-cita kita semua, satu semangat Malaysia Boleh, untuk kita melawan segala momokan dan ancaman yang dibuat-buat bagi membolehkan kita dan negara ini maju dalam semua bidang yang diceburi manusia dan mencapai satu era kegemilangan Malaysia.

LIM KIT SIANG merupakan ahli parlimen Iskandar Puteri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/kit-siang-belajar-jawi-tak-jadikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Siang Drops Khat Bombshell I Learned Jawi But I Never Betrayed The Chinese Or Malaysian Dream

Kit Siang Drops Khat Bombshell I Learned Jawi But I Never Betrayed The Chinese Or Malaysian Dream

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 456 hits
I met Malaysians and Malaysian students during my trip to Salem yesterday From afar I have been following developments back home including the controversy over plans to introduce khat or Jawi calligraphy in the Year 4 Bahasa Malaysia curric...
I Learned Jawi And It Didn T Make Me Less Chinese Says Kit Siang

I Learned Jawi And It Didn T Make Me Less Chinese Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 345 hits
DAP supremo Lim Kit Siang says he learned Jawi when he was first detained under the ISA in 1969 PETALING JAYA Lim Kit Siang today weighed on the controversial plan to introduce khat in the Year 4 Bahasa Melayu syllabus next year saying that...
Jawi Violates Article 152 Of The Malaysian Constitution Says Kit Siang

Jawi Violates Article 152 Of The Malaysian Constitution Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 294 hits
Education Ministry s regulation that Jawi is a compulsory subject violates Article 152 of the Malaysian Constitution Speech by Parliamentary Opposition Leader DAP Secretary General and Mp for Kota Melaka Lim Kit Siang at the Selangor State ...
Saya Pernah Pelajari Sendiri Tulisan Jawi Ketika Ditahan Isa Kit Siang

Saya Pernah Pelajari Sendiri Tulisan Jawi Ketika Ditahan Isa Kit Siang

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 428 hits
Pada 4 Ogos 2019Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini mendedahkan bahawa beliau pernah mempelajari sendiri tulisan Jawi semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1969 Katanya usaha beliau mempelajari tulisan tersebut ...
Kit Siang Should Stop Making A Fool Of Himself

Kit Siang Should Stop Making A Fool Of Himself

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 350 hits
Hence DAP s and Kit Siang s secularism is the real enemy of Islam not corruption or kleptocracy With Hudud we can get rid of corruption or kleptocracy in less than a year Just chop off the hands and heads of corrupt people So why does Kit S...
Sudah Tiba Masanya Ph Mengaku Gagal Tunai Manifesto Kit Siang

Sudah Tiba Masanya Ph Mengaku Gagal Tunai Manifesto Kit Siang

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Kini masanya untuk Pakatan Harapan menilai semula manifesto dan janji janji PH dalam PRU14 yang lepas ujar Timbalan Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat Lim Kit Siang Jelas beliau kerajaan perlu mengakui kepa...
Kit Siang Sokong Hukum Berat Hina Nabi Muhammad

Kit Siang Sokong Hukum Berat Hina Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 292 hits
Kit Siang sokong hukum berat hina Nabi MuhammadPosted By on July 27 2019eVeteran DAP Lim Kit Siang menyokong gesaan supaya hukuman berat dikenakan kepada sesiapa yang menghina Nabi Muhammd atau mana mana agama negara ini Dalam satu kenyataa...
Police Doubling Efforts In Indira Case Long Overdue Says Kit Siang

Police Doubling Efforts In Indira Case Long Overdue Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 276 hits
Iskandar Puteri MP Lim Kit Siang today said the police s intensified efforts to find M Indira Gandhi s daughter Prasana Diksa is long overdue Reacting on the media report yesterday which quoted Inspector General of Police Abdul Hamid Bador ...
Jangan Tanya Soalan Ini Kepada Lim Kit Siang Atau Anwar

Jangan Tanya Soalan Ini Kepada Lim Kit Siang Atau Anwar

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 456 hits
Jangan ada sesiapa yang cuba sanggah kenyataan Azmin ini kerana dia sedang luka Azmin hanya sedang sediakan lubang jerangkap samar untuk yang mencuba YB Kapar sudah jadi mangsa pertama Beranikah parti mengambil tindakan disiplin ke atasnya ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord