Jangan Laksana Dulu Seni Khat Kata Kumpulan Pendidikan Cina


Vinodh Pillai
-August 5, 2019 2:18 PM

Presiden Jiao Zong, Ong Chiow Chuen (duduk, bercakap dengan microfon), Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim (duduk sebelah kanan Ong) ketika sidang media bersama, hari ini.
KAJANG: Kumpulan pendidikan Cina Dong Zong dan Jiao Zong hari ini mengulangi pendirian mereka terhadap langkah kerajaan memperkenalkan unit seni khat Melayu-Arab dalam silibus Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular tahun depan dengan meminta penangguhan pelaksanaannya.

Dalam satu kenyataan bersama dengan 10 kumpulan berkepentingan Tamil dan Cina yang lain, mereka berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memberi penjelasan lanjut bahawa murid sekolah tidak akan menjalani ujian berdasarkan kemahiran menulis khat semasa peperiksaan walaupun ia dimasukkan dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) dan sukatan pelajaran.

Jurucakap mereka, Pengerusi Jiao Zong, Ong Chiow Chuen, mendesak kementerian mendedahkan bahagian mana dalam silibus dan DSKP yang akan dipinda dengan memberi penjelasan lanjut tentang bagaimana khat akan diperkenalkan di sekolah rendah Tamil dan Cina.

“Ini adalah penting untuk mengikis kebimbangan dan keraguan orang ramai, malah juga memastikan pelaksanaan tersebut menepati keperluan murid-murid SJKC dan SJKT.

“Maka, kami berpendapat sebelum KPM memperjelaskan segala perkara tersebut untuk pengetahuan orang ramai, pelaksanaan ini harus ditangguhkan untuk perbincangan semula.”Ong Chiow Chuen menunjukkan muka surat buku teks Bahasa Melayu Tahun 5 yang memperkenalkan seni khat dan gaya penulisan kaligrafi lain.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim dan wakil daripada 10 kumpulan termasuk Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Yayasan Tamil, Gabungan Dewan Perniagaan dan Industri Cina dan Merdeka University Bhd.

Kumpulan itu berkata langkah memperkenalkan khat iaitu kaligrafi Jawi tidak akan membantu pelajar sekolah rendah Cina dan Tamil meningkatkan kemahiran bahasa Melayu mereka.

Mereka berkata sebagai salah satu cara untuk menambah keseronokan aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu, hanya setakat memperkenalkan tulisan khat sudah memadai.

Kumpulan itu berkata mereka tidak bersikap tidak patriotik atau menolak pembelajaran khat dan Jawi, sambil menambah ada yang ingin mempolitikkan perkara itu.

Namun mereka berkata usaha kementerian untuk mempertingkatkan interaksi antara kaum dan budaya di sekolah akan mengambil kira semua pandangan, dan mencadangkan wakil daripada organisasi Cina dan India turut serta dalam semakan kandungan buku teks.

“Kami akan bertemu Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching esok untuk membincangkan isu ini, jadi kami boleh mengetahui maklumat terkini tentang ini.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/jangan-laksana-dulu-seni-khat-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Janji Mungkir 6 Dekad Punca Orang Cina Marah Isu Khat Kata Guan Eng

Janji Mungkir 6 Dekad Punca Orang Cina Marah Isu Khat Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 394 hits
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng PETALING JAYA Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata kemarahan orang bukan Melayu terhadap langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan khat jawi kepada murid Tahun 4 di sekolah vernakular menu...
Seni Kaligrafi Cina Tamil Telah Lama Dilaksanakan Di Sekolah Kata Nutp

Seni Kaligrafi Cina Tamil Telah Lama Dilaksanakan Di Sekolah Kata Nutp

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 417 hits
Setiausaha Agung NUTP Harry Tan berkata pengenalan seni tulisan jawi adalah bertujuan untuk menerapkan nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara dan tidak wajar dijadikan isu sehingga mengundang kontroversi PETALING JAYA Kesatuan Perk...
Halang Seni Khat Dalam Silibus Sjk Ganggu Sistem Pendidikan

Halang Seni Khat Dalam Silibus Sjk Ganggu Sistem Pendidikan

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 420 hits
DAP bantah cadangan KPM perkenal seni kaligrafi dalam kurikulumBANGI Kementerian Pendidikan Malaysia diingatkan agar tidak tunduk dengan desakan pihak tertentu atas nama kepentingan politik berhubung syor memperkenalkan penulisan khat dalam...
Laksana Tulisan Khat Jawi Walau Dibantah 2 Pertubuhan Cina

Laksana Tulisan Khat Jawi Walau Dibantah 2 Pertubuhan Cina

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 376 hits
DONG Zhong dan Jiao Zong sebelum ini membantah keputusan untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah UTUSAN ONLINE Gambar hiasan Kerajaan bertegas laksana tulisan khat JawiKUALA LUMPUR 2 Ogos...
Tulisan Khat Mca Hasut Orang Cina Apa Kata Pas

Tulisan Khat Mca Hasut Orang Cina Apa Kata Pas

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 539 hits
Ini terjemahan 10 kenyataan mandarin pemimpin pemimpin MCA di seluruh negara beberapa hari ini MCA sengaja mengeluarkan kenyataan dalam bahasa mandarin supaya orang Cina dihasut habis habisan dan pada masa yang sama masyarakat Melayu tidak ...
Adu Domba Bn Gagal Pertubuhan Pendidikan Cina Sokong Khat

Adu Domba Bn Gagal Pertubuhan Pendidikan Cina Sokong Khat

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 436 hits
Adu domba BN gagal pertubuhan pendidikan Cina sokong khatOleh August 07 2019Adu domba komponen BN MCA dan Umno dalam isu pendidikan seni khat di sekolah vernakular gagal sama sekali apabila dua pertubuhan pendidikan Cina Dong Zong dan Jiao ...
Mahathir Kepada Pemimpin Dap Tulisan Cina Boleh Mengapa Penulisan Khat Tak Boleh

Mahathir Kepada Pemimpin Dap Tulisan Cina Boleh Mengapa Penulisan Khat Tak Boleh

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 372 hits
Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata kerajaan selama ini tidak pernah menghalang kaum lain untuk m...
Balik Kerja Rumah Terabur Suami Jangan Marah Dulu Isteri Bukan Malas Tapi Tak Sempat

Balik Kerja Rumah Terabur Suami Jangan Marah Dulu Isteri Bukan Malas Tapi Tak Sempat

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 475 hits
Setelah mendirikan rumah tangga persefahaman dan saling memahami amat penting kalau nak bahagia Jangan cepat melenting membuat kesimpulan selidik dan fahami dulu keadaan isteri di rumah dengan anak anak Suami isteri ibarat gigi dan lidah Ta...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi