Pm Pun Terikat Dengan Perlembagaan Bukan Hanya Agong Bekas Menteri Ingatkan Peguam Negara


 
Robin Augustin -June 25, 2021 Zaid Ibrahim mempersoal kenyataan Peguam Negara Idrus Harun bahawa Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri, dengan mengatakan bahawa Perdana Menteri yang mengetuai Kabinet mesti terlebih dahulu mempunyai majoriti dalam Parlimen.PETALING JAYA: Peguam Negara tidak boleh abaikan persoalan tentang kesahan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika berhujah Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata seperti mana Agong terikat dengan Perlembagaan, begitu juga Perdana Menteri, yang harus mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
“Ini adalah sesuatu yang dipertikaikan. Persoalan utama adakah Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti atau tidak, adalah kritikal,” katanya.
Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, kata Zaid, menjelaskan bahawa Perdana Menteri bukan hanya pemegang jawatan tetapi seseorang yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen, dan hanya jika syarat ini dipenuhi, apakah Agong perlu bertindak atas nasihatnya.
“Kita tidak boleh mempunyai kerajaan yang tidak mendapat sokongan majoriti. Ia tidak demokratik. Ia berhenti menjadi kerajaan rakyat, sistem itu rosak,”
Zaid mengulas kenyataan Peguam Negara Idrus Harun hari ini bahawa Agong perlu bertindak atas nasihat Jemaah Menteri dalam memanggil persidangan Dewan Rakyat, selepas Agong meminta Parlimen mengadakan persidangan “secepat mungkin”.
Idrus berkata, Perdana Menteri yang harus menetapkan tarikhnya, 28 hari sebelum persidangan dan tidak ada peraturan darurat yang mengecualikan peruntukan utama Raja Berperlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bercakap kepada FMT, Zaid berkata Idrus tidak boleh lupa bahawa pengisytiharan darurat, yang menyaksikan Parlimen digantung, datang pada masa majoriti kerajaan dalam Parlimen adalah tipis dan dipersoalkan selepas dua Ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
“Sangat penting untuk Parlimen dibenarkan bersidang secepat mungkin, dan bukan mengikut kehendak kerajaan yang majoritinya diragui.
“Persoalan mengenai kesahan kerajaan perlu dijawab terlebih dahulu.”
Sementara itu, Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil, berkata, sokongan sebenar terhadap Muhyiddin tidak diketahui dan perlu dibuktikan sebelum Agong boleh diminta bertindak atas nasihat Jemaah Menteri yang dipimpinnya.
“Jika tidak, adalah tidak adil dan salah untuk Agong untuk diminta bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang kesahannya diragukan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, jika seorang Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti, Agong juga boleh melantik seorang Ahli Parlimen lain sebagai Perdana Menteri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/pm-pun-terikat-dengan-perlembagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ketua Hakim Ingatkan Agong Tertakluk Dengan Nasihat Peguam Negara Walau Tidak Popular

Bekas Ketua Hakim Ingatkan Agong Tertakluk Dengan Nasihat Peguam Negara Walau Tidak Popular

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 222 hits
Bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad mengingatkan Yang di Pertuan Agong sebarang tindakan yang bertentangan dengan nasihat peguam negara boleh menyebabkan berdepan dengan cabaran undang undang yang menyebabkan keputusan boleh dibata...
Bekas Peguam Negara Jelaskan Kerajaan Tidak Tertakluk Di Bawah Gesaan Raja Melayu

Bekas Peguam Negara Jelaskan Kerajaan Tidak Tertakluk Di Bawah Gesaan Raja Melayu

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 246 hits
Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali berkata Yang di Pertuan Agong adalah tertakluk di nasihat perdana menteri di bawah Perlembagaan Persekutuan sebuah pandangan terbaru dalam beberapa siri perbahasan oleh bekas bekas pegawai kanan undang...
Peguam Negara Perkecil Titah Agong Boleh Dipecat Ph

Peguam Negara Perkecil Titah Agong Boleh Dipecat Ph

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 354 hits
Peguam Negara seharusnya tidak mempersoalkan kuasa Yang di Pertuan Agong berhubung isu memanggil sidang Parlimen Sehubungan itu Majlis Presiden Pakatan Harapan mengecam Peguam Negara berikutan kenyataannya pada 25 Jun lalu yang seolah olah ...
Gabungan Ngo Buat Laporan Polis Ke Atas Peguam Negara

Gabungan Ngo Buat Laporan Polis Ke Atas Peguam Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 526 hits
Gabungan bertindak Memorandum Rakyat Malaysia yang terdiri daripada 36 NGO membuat laporan polis tengah hari tadi ke atas Peguam Negara kerana mengeluarkan kenyataan mempersenda titah Yang di Pertuan Agong Koordinator GBMRM Mustapha Mansor ...
Ruang Udara Kita Dikuasai Singapura Dakwa Bekas Menteri

Ruang Udara Kita Dikuasai Singapura Dakwa Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 288 hits
PETALING JAYA Ruang udara Malaysia sebenarnya dikuasai Singapura sehingga pihak berkuasa negara ini tidak tahu atau tidak sedar pun berlakunya pencerobohan oleh pesawat Israel baru baru ini Sebenarnya negara asing tersebut juga tidak perlu ...
Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 204 hits
Gopal Sri Ram berkata sama ada darurat ditamatkan atau Parlimen bersidang semula Perlembagaan jelas menetapkan kerajaan boleh buat keputusan Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata peruntukan kuasa Agong jelas termaktub dalam...
Buka Parlimen Segera Istana Negara Ulang Titah Agong

Buka Parlimen Segera Istana Negara Ulang Titah Agong

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 454 hits
Rabu lalu satu kenyataan dikeluarkan selepas Yang di Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu di Istana Negara Dalam kenyataan itu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatudd...
Panas Peguam Ini Tempelak Menteri Pas Masih Berkeras Ke Tak Mahu Segerakan Sidang Parlimen

Panas Peguam Ini Tempelak Menteri Pas Masih Berkeras Ke Tak Mahu Segerakan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 165 hits
June 17 2021 DS Takiyuddin mesti faham bahawa dalam negara Raja Berperlembagaan bukan fungsi YDPA untuk menitahkan secara spesifik hari apa dan bulan berapa Parlimen perlu bersidang Namun sebagai payung rakyat Seri Paduka Baginda YDPA berha...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025

Ameera Khan Saya Bukan Melayu Tapi Masih Nikmati Keistimewaan Melayu

Empty Page Lupakanku Chord