Ruang Udara Kita Dikuasai Singapura Dakwa Bekas Menteri





PETALING JAYA: Ruang udara Malaysia sebenarnya dikuasai Singapura sehingga pihak berkuasa negara ini tidak tahu atau tidak sedar pun berlakunya pencerobohan oleh pesawat Israel baru-baru ini.
Sebenarnya negara asing tersebut juga tidak perlu meminta kebenaran kerajaan untuk melintasi ruang udara negara ketika itu dengan alasan ia adalah pesawat awam.
Demikian pendedahan bekas Menteri Luar, Tan Sri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia mengenai kontroversi pencerobohan pesawat asing di ruang udara negara ini.
Syed Hamid mendakwa, pesawat Israel ketika itu turut membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dalam lawatan ke Singapura dan Australia.
“Ruang udara Malaysia ini, saya tak tahu sama ada kita sedar atau tak, saya fikir ia dikuasai oleh Singapura. Laluan semua dikuasai oleh Singapura. Dalam isu kapal terbang Israel tempoh hari, banyak kita tak sedar sebenarnya ia membawa Netanyahu melawat Singapura dan ke Australia.
“Pesawat tersebut membawa pemimpin parti Likud itu ke Singapura sebelum menuju ke Australia dan mereka tidak perlu pun minta izin kerana ruang udara Malaysia dikuasai oleh Singapura.
“Ia melintas waktu itu, bukan mereka minta kebenaran daripada kita, tambahan pula mereka menggunakan pesawat awam. Dan dalam hal ini, kalau saya silap kamu boleh tanya pihak berautoriti Malaysia terhadap ruang udara pesawat awam,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia, baru-baru ini.
Pada 19 Mei lalu, pesawat prototaip pengintip bernombor pendaftaran 4X-AOO milik Israel, ketika dalam penerbangan dari Tel-Aviv ke Singapura, dikesan memasuki ruang udara negara sebelum mendarat di Singapura.
Jurnal berita Defense Security Asia dalam laporannya mengandaikan pesawat itu mungkin membawa radar sensitif serta peralatan pengintipan.
Mengulas lanjut, Syed Hamid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu berkata, pendekatan Malaysia berhubung isu itu tidak membabitkan soal dasar luar, yang mana senario pada waktu itu menuntut kerajaan mempertimbangkan keputusan bersifat situational dalam mendepani keadaan sebegitu.
“Waktu isu itu, Indonesia tegas dalam hal ini, mereka langsung tak benarkan. Jadi saya fikir itu bukan soal dasar, sebab dasar luar ini ada dasar yang mempunyai penentuan dan ada dasar bersifat situational (bersifat sementara bergantung kepada situasi semasa).
“Jadi dalam hal ini, kena tanya dengan kerajaan sama ada Israel minta kebenaran daripada kita? Sebab saya tengok dalam akhbar semua hentam kerajaan kononnya kita membenarkan, sedangkan kita tak tahu sama ada mereka perlukan kebenaran atau tidak,” katanya.
Pada 29 Mei lalu, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan akhbar memaklumkan, pesawat awam berkenaan disahkan melalui ruang udara Malaysia namun tidak dibenarkan mendarat atau berlegar-legar di ruang udara Malaysia.
Kenyataan sama juga menyebut, tiada corak penerbangan tidak normal ketika pesawat tersebut melalui ruang udara negara.
Selepas tiba di Singapura, pesawat tersebut tidak memasuki semula ruang udara Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Hamid berkata, kerajaan perlu peka berhubung isu membabitkan Israel kerana operatif perisikan luar negara itu iaitu Mossad sangat aktif dan pernah ada rekod beroperasi di negara ini.
“Apabila Israel beri amaran Malaysia merupakan satu sasaran dan dia dah pernah ada rekod membunuh doktor Palestin di Malaysia dahulu, jadi kita kena peka dan prihatin,” katanya ~ UM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/06/ruang-udara-kita-dikuasai-singapura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Dakwa Penerbangan Di Ruang Udara Sarawak Adalah Rutin Latihan

China Dakwa Penerbangan Di Ruang Udara Sarawak Adalah Rutin Latihan

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 430 hits
Jurucakap kedutaan China berkata mengikut undang undang antarabangsa pesawat ketenteraan China menikmati kebebasan untuk melaksanakan penerbangan di ruang udara yang relevan Gambar pesawat China yang ditangkap TUDM ketika ia dikesan memasuk...
Menteri Luar Negeri Bakal Pergi Ke China Untuk Bincang Isu Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Zon Maritim Malaysia

Menteri Luar Negeri Bakal Pergi Ke China Untuk Bincang Isu Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Zon Maritim Malaysia

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 410 hits
Kabinet negara telah bersepakat dengan menyerahkan kepada Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbincang bersama rakan sejawatnya di China berkenaan isu 16 pesawat negara China yang menceroboh ruang udara negara in...
Malaysia Hantar Nota Bantahan Diplomatik 16 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara

Malaysia Hantar Nota Bantahan Diplomatik 16 Pesawat China Ceroboh Ruang Udara

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 387 hits
Wisma Putra akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia dan menghampiri ruang udara nasional semalam Menteri Luar Datuk Se...
As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

As Kecam Pesawat China Burukkan Keadaan Masuk Ruang Udara Malaysia Taiwan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 238 hits
Tindakan tersebut menambah senarai aktiviti China ganggu kestabilan wilayah lain Pesawat Ilyushin Il 76 adalah antara pesawat China yang dikesan TUDM semalam Gambar TUDM Komander Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat mengecam penerbangan p...
Ceroboh Ruang Udara China Pertahan Tindakan 16 Pesawat Tenteranya

Ceroboh Ruang Udara China Pertahan Tindakan 16 Pesawat Tenteranya

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 302 hits
Harits Asyraf HasnanJun 2 2021 23 29 MYTJurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia sebaliknya ia merupakan rutin latihan Foto TUDMKUALA LUMPUR China hari ini mempertahan tindaka...
16 Pesawat Tentera China Ceroboh Ruang Udara Malaysia

16 Pesawat Tentera China Ceroboh Ruang Udara Malaysia

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 276 hits
Malaysiakini Penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China dikesan di ruang udara Zon Maritim Malaysia di Kota Kinabalu semalam lapor Bernama Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dipetik berkata insiden pesawat tentera...
16 Pesawat China Lalu Ruang Udara Negara Ancam Kedaulatan Negara Tudm

16 Pesawat China Lalu Ruang Udara Negara Ancam Kedaulatan Negara Tudm

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 352 hits
PETALING JAYA Tentera Udara Diraja Malaysia mendedahkan bahawa pihaknya telah mengesan penerbangan mencurigakan iaitu sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara milik China iaitu People s Liberation Army Air Force memasuki ruang udara Zon Marit...
Bekas Menteri Besar Perak Dilantik Sebagai Setiausaha Agung Bn Yang Baharu

Bekas Menteri Besar Perak Dilantik Sebagai Setiausaha Agung Bn Yang Baharu

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 270 hits
June 8 2021 9 39 PMPETALING JAYA Bekas Menteri Besar Perak Zambry Abd kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional yang baharu Beliau menggantikan Ahmad Maslan yang dilantik ke jawatan itu sebelum ini selepas penyandang Annuar M...
Bekas Menteri Kagum Dengan Keberanian Bekas Pengerusi Lgm

Bekas Menteri Kagum Dengan Keberanian Bekas Pengerusi Lgm

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 224 hits
Bekas Menteri kagum dengan keberanian bekas Pengerusi LGMBekas Menteri Industri Utama Teresa Kok melahirkan rasa kagum di atas keberanian dan ketabahan bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia Ahmad Nazlan Idris yang bertindak di atas landasa...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking