Bekas Ketua Hakim Ingatkan Agong Tertakluk Dengan Nasihat Peguam Negara Walau Tidak Popular



(Malaysia Now) – Bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad mengingatkan Yang di-Pertuan Agong sebarang tindakan yang bertentangan dengan nasihat peguam negara boleh menyebabkan berdepan dengan cabaran undang-undang yang menyebabkan keputusan boleh dibatalkan di mahkamah sambil menambah beliau perlu mengikut nasihat kerajaan walaupun ia adalah satu perkara “yang tidak popular” dan dikritik oleh ahli politik.
“Jika Yang di-Pertuan Agong membelakangkan nasihat peguam negara, dan sekiranya berlaku cabaran terhadap sesuatu keputusan atau tindakan Yang di-Pertuan Agong di mahkamah, peguam negara sukar untuk mengambil tanggungjawab pembelaan,” katanya sambil memetik artikel 145 (2) Perlembagaan Persekutuan.
Pandangan beliau itu terkandung dalam sebuah kenyataan bersama pensyarah kanan undang-undang yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Shamrahayu Abdul Aziz bagi memberikan respons kepada gesaan terbaru daripada Raja-Raja Melayu selain beberapa cadangan ahli politik yang menggesa Putrajaya bersidang semula dan menamatkan perintah darurat dilaksanakan ketika ini.
“Kami berpendapat orang-orang lain yang memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sekiranya ada, sukar untuk dijamin locus standi bagi mencelah atau membela dalam sesuatu prosiding di mahkamah.”
Mereka turut memberi amaran mengenai sebilangan pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan cuba melibatkan istana bagi melakukan apa yang mereka mahu walaupun jelas ia di luar bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
“Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu perlu waspada supaya institusi beraja tidak termasuk perangkap mereka. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang bijaksana perlu senantiasa waspada bahawa baginda adalah Raja Berperlembagaan di mana amanah yang baginda galas adalah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Baginda semua juga tertakluk kepada kedaulatan undang-undang dan perlu patuh kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan.”
Mereka berkata kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya bagi setiap keputusan yang diambil oleh Agong berdasarkan nasihat peguam negara, perdana menteri dan Kabinet walaupun ia mungkin tidak disukai parti-parti politik daripada kedua-dua pihak, NGO dan orang ramai.
“Remedy mereka adalah di peti undi. Mereka boleh mengkritik kerajaan dan parti memerintah sekuat-kuatnya, tetapi bukan mengkritik Yang di-Pertuan Agong kerana bertindak atas nasihat perdana menteri atau Kabinet atau peguam negara. Itulah sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan.”
Hamid bersara daripada jawatan ketua hakim negara pada 2008 selepas 50 tahun berkhidmat dalam bidang kehakiman negara.
Antara kes yang beliau ketuai adalah kes rayuan ketua pembangkang Anwar Ibrahim bagi sabitan kes liwat, di mana Hamid yang mengetuai Mahkamah Perekutuan ketika itu membebaskan beliau pada 2004, selain turut bertanggungjawab dalam kes saman bank yang menyaksikan Agong diarahkan membayar sebanyak RM3.2 juta.
Dalam kenyataan yang sama, Hamid berkata Agong perlu menerima nasihat perdana menteri, kabinet dan peguam negara dalam urusan rasmi walaupun mungkin “nasihat itu tidak disenangi oleh Baginda”.
“Tetapi selagi ia bukan mengenai perkara yang Baginda mempunyai budi bicara, Baginda kenalah menerimanya dengan mengambil kira peranan baginda untuk mendapatkan maklumat secukupnya sebagaimana dibenarkan dalam Perkara 40(1) Perlembagaan,” katanya.
Dalam kenyataan itu juga, Hamid dan Shamrahayu turut menolak cadangan Dr Mahathir Mohamad yang mahu kerajaan menubuhkan majlis khas operasi negara yang melapor operasinya kepada Agong, selain gesaan ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh yang menggesa Raja-Raja Melayu melantik perdana menteri baru.
Mahathir mencadangkan sebuah jawatankuasa yang mirip dengan Majlis Gerakan Negara yang ditubuhkan pada 1969 susulan rusuhan kaum yang berlaku dalam negara.
Hamid mengingatkan Mageran yang ditubuhkan itu adalah ketika negara tidak memiliki kerajaan selepas pilihan raya pada tahun itu di samping turut berkata melaporkan operasi kepada Agong juga tidak dapat dipertahankan kerana kerajaan yang memiliki sumber dananya yang mutlak.
“Katakanlah, kerajaan, menuruti nasihat peguam negara bahawa penubuhan Mageran itu tidak sah, dan oleh itu, adalah salah bagi kerajaan memberi dana untuk membiayai aktiviti Mageran dan, oleh itu, kerajaan enggan memberi dana kepada Mageran, bagaimana Mageran akan berfungsi?”
Hamid turut menolak gesaan supaya Raja Melayu melantik perdana menteri yang baru, mengatakan bukan sahaja Dewan Rakyat yang menentukannya tidak bersidang ketika ini, ia juga tidak termaktub dalam peruntukan kuasa mereka dalam Perlembagaan.
“Kami katakan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Tugas dan bidang kuasa MRR ditetapkan oleh Perlembagaan, Perkara 38, Jadual Ketiga dan Jadual Kelima Perlembagaan.
Dalam pada itu, Hamid dan Shamrahayu menolak untuk memberikan ulasan berkenaan dua kenyataan berasingan oleh Agong dan Raja-Raja Melayu yang menggesa Parliament bersidang semula dan menamatkan perintah darurat, mengatakan ia adalah pendapat dan pandangan Raja-Raja.
Mereka berkata sebarang keputusan Agong mestilah sejajar dengan undang-undang dan Perlmebagaan bukan sekadar melihat kepada keselesaan penerimaan parti politik.
“Adalah menjadi tanggungjawab parti yang memerintah untuk menangani aspek politik kepartian.”
Bekas ketua hakim ingatkan Agong tertakluk dengan nasihat peguam negara walau ‘tidak popular’



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/21/bekas-ketua-hakim-ingatkan-agong-tertakluk-dengan-nasihat-peguam-negara-walau-tidak-popular/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Pun Terikat Dengan Perlembagaan Bukan Hanya Agong Bekas Menteri Ingatkan Peguam Negara

Pm Pun Terikat Dengan Perlembagaan Bukan Hanya Agong Bekas Menteri Ingatkan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 173 hits
June 25 2021 Zaid Ibrahim mempersoal kenyataan Peguam Negara Idrus Harun bahawa Yang di Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri dengan mengatakan bahawa Perdana Menteri yang mengetuai Kabinet mesti terlebih dahulu mempunya...
Bekas Peguam Negara Jelaskan Kerajaan Tidak Tertakluk Di Bawah Gesaan Raja Melayu

Bekas Peguam Negara Jelaskan Kerajaan Tidak Tertakluk Di Bawah Gesaan Raja Melayu

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 175 hits
Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali berkata Yang di Pertuan Agong adalah tertakluk di nasihat perdana menteri di bawah Perlembagaan Persekutuan sebuah pandangan terbaru dalam beberapa siri perbahasan oleh bekas bekas pegawai kanan undang...
Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 141 hits
Gopal Sri Ram berkata sama ada darurat ditamatkan atau Parlimen bersidang semula Perlembagaan jelas menetapkan kerajaan boleh buat keputusan Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata peruntukan kuasa Agong jelas termaktub dalam...
Peguam Negara Perkecil Titah Agong Boleh Dipecat Ph

Peguam Negara Perkecil Titah Agong Boleh Dipecat Ph

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 290 hits
Peguam Negara seharusnya tidak mempersoalkan kuasa Yang di Pertuan Agong berhubung isu memanggil sidang Parlimen Sehubungan itu Majlis Presiden Pakatan Harapan mengecam Peguam Negara berikutan kenyataannya pada 25 Jun lalu yang seolah olah ...
Pn Sebagai Kerajaangagal Bukan Saja Membuatkan Rakyat Sengsara Tapi Juga Memalukan Agong Selaku Ketua Negara

Pn Sebagai Kerajaangagal Bukan Saja Membuatkan Rakyat Sengsara Tapi Juga Memalukan Agong Selaku Ketua Negara

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 157 hits
Dua hari lalu saya telah menulis berkenaan perlunya ketua ketua parti yang dijemput mengadap Yang Dipertuan Agong agar menggunakan peluang tersebut untuk berterus terang mengenai kegagalan kerajaan PN mentadbir negara ini Kegagalan PN dalam...
Jabatan Peguam Negara Arah Guna Nama Mahiaddin Bin Md Yasin

Jabatan Peguam Negara Arah Guna Nama Mahiaddin Bin Md Yasin

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 476 hits
SETELAH berpuluh tahun menggunakan nama Muhyiddin Yassin di dalam semua acara rasmi negara akhirnya Jabatan Peguam Negara memberi pandangan kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menggunakan nama sebenarnya iaitu MAHIADDIN BIN MD YASIN Alham...
Buka Parlimen Segera Istana Negara Ulang Titah Agong

Buka Parlimen Segera Istana Negara Ulang Titah Agong

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 350 hits
Rabu lalu satu kenyataan dikeluarkan selepas Yang di Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu di Istana Negara Dalam kenyataan itu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatudd...
Perginya Bekas Ratu Trek Negara

Perginya Bekas Ratu Trek Negara

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 603 hits
Oleh UTUSAN MALAYSIA PETALING JAYA Sukan tanah air hari ini menerima kehilangan besar apabila perginya bekas ratu pecut dan tokoh pemimpin olahraga yang amat disegani Rajemah Sheikh Ahmad Allahyarhamah meninggal dunia di usia 77 tahun pada ...
Agong Mesti Dengar Nasihat Adakah Kerajaan Pn Ada Majoriti

Agong Mesti Dengar Nasihat Adakah Kerajaan Pn Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 216 hits
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara berhubung Yang di Pertuan Agong perlu mengikuti nasihat Jemaah Menteri dalam urusan memanggil sidang Parlimen terus mendapat kritikan Terbaharu Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia meny...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Asan Lembu The Movie

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Subconscious Mind

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord