Peguam Negara Perkecil Titah Agong Boleh Dipecat Ph



Peguam Negara seharusnya tidak mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong berhubung isu memanggil sidang Parlimen.
Sehubungan itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengecam Peguam Negara berikutan kenyataannya pada 25 Jun lalu yang seolah-olah memperlekeh kuasa Agong dalam hal mengikuti nasihat Jemaah Menteri bagi membuka kembali Parlimen.
“Pada ketika negara berhadapan krisis pandemik Covid-19, begitu ramai hilang nyawa dan pekerjaan, ekonomi kekal suram, serta kerajaan tidak stabil lagi tiada keabsahan, rakyat menaruh harapan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk
menitahkan pandangan yang mampu mencari penyelesaian kepada krisis ini.
“Inilah yang rakyat lihat apabila Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengeluarkan kenyataan media pada 16 Jun lalu, termasuk dalam aspek Parlimen serta Dewan-Dewan Undangan Negeri perlu bersidang secepat mungkin.
“Namun kenyataan Peguam Negara, terutama dalam konteks sekarang, telah melampaui batas adab kerana memperkecil dan memperlekehkan titah pandangan Raja-Raja Melayu.
“Ia telah mengenepikan semangat Perlembagaan, dan memberi gambaran Peguam Negara telah mengenepikan institusi Raja-Raja Melayu untuk melindungi sebuah kerajaan yang mahu berkuasa mutlak tanpa kawalan mahupun batas waktu,” kata kenyataan berkenaan.
Dalam kenyataan itu, Majlis Presiden turut mendakwa kenyataan Peguam Negara telah melanggar kebiasaan kerana Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara perkara undang-undang…”
“Jelas dalam hal ini Peguam Negara sepatutnya memberi pandangan beliau terus kepada Yang di-Pertuan Agong serta merahsiakannya, bukan mengumumkan pandangan beliau secara terbuka seperti yang telah dibuat ini.
“Maka kenyataan ini juga satu bentuk “pelanggaran kerahsiaan” (breach of confidentiality) di antara peguam dan anak guam. Dengan pelanggaran ini, beliau tidak layak menjadi seorang peguam apatah lagi menjawat jawatan Peguam Negara.
“Kenyataan Peguam Negara itu merupakan satu penderhakaan khusus terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan beliau mesti dipecat segera,” kata Majlis Presiden.
Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32429

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Terbuka Peguam Negara Tiada Adab Dan Derhaka Kepada Raja Mesti Dipecat Segera

Kenyataan Terbuka Peguam Negara Tiada Adab Dan Derhaka Kepada Raja Mesti Dipecat Segera

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 127 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti dengan serius kenyataan Peguam Negara 25 Jun lalu berhubung kuasa kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan nasihat Jemaah Menteri Pada ketika negara berhadapan krisis pandemik COVID ...
Kenyataan Peguam Negara Yang Boleh Dipertikaikan

Kenyataan Peguam Negara Yang Boleh Dipertikaikan

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 117 hits
Saya telah baca kenyataan Peguam Negara yang baru dikeluarkan sebentar tadi yang mana Peguam Negara berkata YDP Agong perlu ikut nasihat Jemaah Menteri i e Perdana Menteri untuk membuka Parlimen dan Jemaah Menteri yang menentukan tarikh Par...
Pm Pun Terikat Dengan Perlembagaan Bukan Hanya Agong Bekas Menteri Ingatkan Peguam Negara

Pm Pun Terikat Dengan Perlembagaan Bukan Hanya Agong Bekas Menteri Ingatkan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 173 hits
June 25 2021 Zaid Ibrahim mempersoal kenyataan Peguam Negara Idrus Harun bahawa Yang di Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri dengan mengatakan bahawa Perdana Menteri yang mengetuai Kabinet mesti terlebih dahulu mempunya...
Bekas Ketua Hakim Ingatkan Agong Tertakluk Dengan Nasihat Peguam Negara Walau Tidak Popular

Bekas Ketua Hakim Ingatkan Agong Tertakluk Dengan Nasihat Peguam Negara Walau Tidak Popular

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 157 hits
Bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad mengingatkan Yang di Pertuan Agong sebarang tindakan yang bertentangan dengan nasihat peguam negara boleh menyebabkan berdepan dengan cabaran undang undang yang menyebabkan keputusan boleh dibata...
Agong Boleh Titah Usul Undi Percaya Untuk Tamatkan Kebuntuan Politik

Agong Boleh Titah Usul Undi Percaya Untuk Tamatkan Kebuntuan Politik

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 176 hits
Hariz Mohd Diterbitkan 3 Jul 2021 Yang di Pertuan Agong boleh menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai kebuntuan politik pada masa ini yang menyaksikan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional diragui menurut bekas peguam negara Tommy Thomas ...
Buka Parlimen Segera Istana Negara Ulang Titah Agong

Buka Parlimen Segera Istana Negara Ulang Titah Agong

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 350 hits
Rabu lalu satu kenyataan dikeluarkan selepas Yang di Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu di Istana Negara Dalam kenyataan itu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatudd...
Agong Titah Parlimen Bersidang Segera

Agong Titah Parlimen Bersidang Segera

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 250 hits
Oleh Mohd Nasaruddin ParziJun 16 2021 7 49pmIstana NegaraKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin Datuk Pengelola...
Sop Fasa Pelan Pemulihan Negara Ini Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan

Sop Fasa Pelan Pemulihan Negara Ini Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR Pergerakan rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan pada Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara kecuali bagi pergerakan guru sekolah dan pelajar kelas peperiksaan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sa...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats