Pm Muhyiddin Yassin Tidak Terlibat Urusan Pembebasan Anak Tiri Najib



PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin tidak terlibat dalam persetujuan melepas dan membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada tuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, persetujuan pembebasan anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dicapai oleh pihak pendakwaan dan tertuduh melalui represantasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

“YAB Perdana Menteri mengulangi pendiriannya untuk tidak mencampuri urusan Pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman dalam membuat apa-apa keputusan berkaitan kes-kes jenayah di negara ini termasuk kes-kes berpofil tinggi,” kata kenyataan tersebut.




Riza Shahriz dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Khamis lalu atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili pendakwaan, membacakan kenyataan kepada mahkamah, bahawa sejak tertuduh didakwa, beliau sudah beberapa kali mengemukakan permohonan representasi. Sri Ram berkata, selepas representasi itu diteliti dan dipertimbangkan, beberapa keputusan berjaya dicapai.

Katanya, melalui terma yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, Kerajaan Persekutuan akan menerima sejumlah wang bernilai jutaan ringgit.

Pembebasan Riza menjadi kontroversi apabila bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz adalah atas pertimbangan dan dipersetujui beliau ketika masih memegang jawatan itu.

Tommy dalam satu kenyataan mendakwa dirinya diseret secara salah dan tidak adil ke dalam kes Riza Shahriz.

“Ini merujuk kepada kenyataan akhbar SPRM bertarikh 14 Mei lalu bertajuk ‘Persetujuan dilepas tanpa dibebaskan Riza Aziz, kerajaan bakal terima semula aset USD107.3 juta’.
“SPRM menyebut ‘Persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi di mahkamah ini adalah keputusan yang telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas’. Ia adalah satu pembohongan,” kata Tommy.

Bagaimanapun Peguam Negara yang dilantik selepas tumbangnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, Tan Sri Idrus Harun berkata, beliau dinasihat bahawa Tommy telah bersetuju kepada cadangan yang secara prinsipnya bagi penyelesaian terhadap pertuduhan pengubahan wang haram Riza Shahriz..

Idrus dalam kenyataan media berkata, keputusan bagi pendakwa memohon kepada Mahkamah Sesyen pada 14 Mei bagi pihak Riza diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ke atas kelima-lima pertuduhan juga dibuat selepas perbincangan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan peguam Riza.

“Saya telah dinasihati bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, selepas meneliti surat representasi, melalui satu minit bertarikh 19 Nov, 2019 telah memohon pandangan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, dan turut menyatakan berdasarkan cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas beliau bersedia untuk memberi pertimbangan kepada representasi itu.

“Saya selanjutnya telah dinasihatkan bahawa Datuk Seri Gopal Sri Ram, setelah berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya, telah mencadangkan agar cadangan-cadangan yang dinyatakan di dalam representasi itu diterima oleh SPRM.

“Saya juga telah dinasihatkan bahawa Tan Sri Tommy Thomas telah secara prinsip bersetuju dengan cadangan itu. Ini telah membuka jalan kepada rundingan lanjut dan perancangan mekanisme yang perlu diambil, diadakan,” katanya

SM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/pm-muhyiddin-yassin-tidak-terlibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patutnya Mahathir Tanya Kes Anak Mat Sabu Dah Selesai Ke Belum Daripada Ulas Pasal Anak Tiri Najib

Patutnya Mahathir Tanya Kes Anak Mat Sabu Dah Selesai Ke Belum Daripada Ulas Pasal Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 350 hits
Mahjathir cari masalah orang memang cekap Nak buat orang ragu pun pandai Cakap mamak memang macam tu Dia tak sedar apa dia buat dulu Anak Mat Sabu kena tangkap kes dadah 3 bulan keputusan air kencing pun tak keluar Siapa PM masa itu Kenapa ...
Kalau Anak Tiri Najib Boleh Dibebaskan Kenapa Tidak Shahril Samad

Kalau Anak Tiri Najib Boleh Dibebaskan Kenapa Tidak Shahril Samad

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 294 hits
Melakukan representasi kepada Peguam Negara terhadap sesuatu tuduhan merupakan sebahagian proses biasa setelah segala dokumen kes diserahkan olih pihak pendakwaraya kepada peguambela tertuduh Peguambela saya akan meniliti semua bahan bukti ...
Anak Tiri Najib Dilepas Tanpa Dibebaskan

Anak Tiri Najib Dilepas Tanpa Dibebaskan

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 288 hits
Anak tiri Najib dilepas tanpa dibebaskanMahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak Riza Aziz daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram AS 248 juta yang dikaitkan dengan d...
M Sia Terima Aset Rm465 3 Juta Selepas Lepaskan Anak Tiri Najib

M Sia Terima Aset Rm465 3 Juta Selepas Lepaskan Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 455 hits
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Riza Aziz berhubung pertuduhan pengubahan wang haram AS 248 juta berkaitan penyelewengan dana 1MDB Foto NSTP Fathil AsriKUALA ...
Muhyiddin Lebih Teruk Dari Najib

Muhyiddin Lebih Teruk Dari Najib

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 295 hits
Trend mengikat Ahli Ahli Parlimen dengan menawarkan mereka jawatan lumayan menerajui GLC untuk menjamin sokongan dalam usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen sebagaimana dilakukan secara berleluasa sekarang oleh Muhyiddi...
Anger In Malaysia At Coup Pm Muhyiddin S Release Of Najib S Stepson From 1mdb Linked Money Laundering Charges

Anger In Malaysia At Coup Pm Muhyiddin S Release Of Najib S Stepson From 1mdb Linked Money Laundering Charges

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR A deal to drop money laundering charges linked to the 1MDB scandal against a producer of Hollywood hit Wolf of Wall Street is terrible for Malaysia the country s former attorney general said today Riza Aziz who is also the step...
Kisah Muhyiddin Yassin Yang Menghairankan

Kisah Muhyiddin Yassin Yang Menghairankan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 345 hits
LIEW CHIN TONG Pertemuan pertama Dalam pesanan teks yang dikirimkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada saya dalam empat tahun kebelakangan ini dia akan selalu mengantarnya dengan Bro Oleh sebab saya lebih muda daripada beberapa anak anakn...
Selepas Salahkan Muhyiddin Salahkan Najib Dan Kini Salahkan Pas Dia Macam Atok Benar Belaka

Selepas Salahkan Muhyiddin Salahkan Najib Dan Kini Salahkan Pas Dia Macam Atok Benar Belaka

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 266 hits
Tak ada dia nak koreksi diri Tak pula salahkan Adun PKR dan BERSATU yang keluar parti kerana hilang percayaan kepada dia Kerjanya nak PERJAHATKAN NAJIB dan PAS Mukhriz dakwa PAS mungkir janji untuk beliau kekal MB hingga tamat penggalMukhri...
Najib Pertahan Riza Bangkitkan Urus Niaga Anak Dr M

Najib Pertahan Riza Bangkitkan Urus Niaga Anak Dr M

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 252 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak membalas kritikan Dr Mahathir Mohamad yang dengan keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan anak tirinya Riza Aziz dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah AS 248 juta Dalam s...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma

Pelbagai Cara Memakai Samping

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Prove Existence Of Addendum Decree For Najib S House Arrest Experts Say