Muhyiddin Lebih Teruk Dari Najib




Trend mengikat Ahli-Ahli Parlimen dengan menawarkan mereka jawatan lumayan menerajui GLC untuk menjamin sokongan dalam usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen sebagaimana dilakukan secara berleluasa sekarang oleh Muhyiddin Yassin adalah sesuatu yang merbahaya dan tidak beretika.Meskipun melantik Ahli-Ahli Parlimen menerajui GLC bukan sesuatu yang salah, tetapi melantik semua Ahli Parlimen penyokong kerajaan dengan kedudukan dalam GLC tanpa mengambil kira kelayakan dan kebolehan serta pengalaman mereka, adalah jelas amalan yang salah.Selama ini, kalau pun tidak semua, tetapi majoriti Ahli Parlimen yang dilantik menerajui GLC adalah berdasarkan kebolehan, kelayakan dan pengalaman mereka dalam bidang pengurusan, kewangan, perniagaan dan sebagainya.Di era PH, lebih ramai golongan profesional dilantik menerajui GLC berbanding pemimpin politik, bahkan pemimpin politik yang dilantik lebih didahulukan faktor kelayakan dan kebolehannya sebagai syarat utama.Tetapi, kerana takut kalah dalam usul undi tidak percaya pada 18 Mei ini, Muhyiddin telah melakukan “lantikan borong” iaitu asal saja mereka Ahli Parlimen penyokong kerajaan, maka pasti ada jawatan menerajui GLC akan diperuntukkan.Ahli-Ahli Parlimen yang sedar lantikan mereka itu semata-mata untuk menyokong kedudukan Perdana Menteri, bukan kerana kebolehan, kelayakan dan pengalaman, selain berkebarangkalian tinggi tidak akan mempedulikan prestasi dan kemajuan GLC yang diterajui, malah lebih mungkin menyalahgunakannya untuk kepentingan politik peribadi masing-masing.Amalan itu seterusnya akan mendedahkan GLC terbabit kepada campurtangan politik, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang tindakan atau teguran oleh Perdana Menteri.Juga GLC-GLC terbabit akan terdedah sebagai tempat mengukuhkan kedudukan politik Ahli-Ahli Parlimen berkenaan dengan bercambahnya amalan kronisme dalam meraih kontrak-kontrak yang diperuntukkan.Mereka tahu, selagi mereka menyokong Muhyiddin yang kedudukannya tidak stabil itu, selagi itulah keududukan mereka dalam GLC tidak berani diusik.Akhirnya semua GLC akan terdedah kepada kerugian sedangkan GLC diwujudkan untuk membantu kerajaan menambah kedudukan kewangan negara melalui keuntungan dan cukai tahunan.Amalan ini juga jelas lebih bahaya daripada pendekatan “cash is king” yang diamal dan dibudayakan oleh Najib Razak sebelum ini.Jika Najib hanya gemar melakukan pemberian wang tunai untuk mendapatkan sokongan, tindakan Muhyiddin membeli sokongan dengan mempertaruhkan jawatan menerajui GLC demi kepentingannya politiknya lebih melibatkan kerugian yang besar kepada kewangan negara.Akibatnya, keuntungan lumayan yang dinikmati oleh GLC selama ini tidak lagi berlaku dan seterusnya akan mengancam kedudukan kewangan negara.Adalah tidak mustahil, lebih banyak GLC akan rugi berbanding untung selepas ini, tidak terkecuali mungkin ada yang menanggung hutang lebih tinggi berbanding beban 1MDB.Sebab itulah Muhyiddin dengan amalannya yang merbahaya ini tidak boleh diberi masa yang lebih lama mentadbir negara sebagai Perdana Menteri.Titik noktah mesti diberikan kepadanya pada 18 Mei akan datang ini, sebelum lebih banyak kerugian dan kemusnahan kepada negara terus berlaku. (ShahbudinHusin 11/05/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-lebih-teruk-dari-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Muhyiddin Sedang Berusaha Keras Menjadi Pm Yang Lebih Worst Dari Najib

Apakah Muhyiddin Sedang Berusaha Keras Menjadi Pm Yang Lebih Worst Dari Najib

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 476 hits
Mukhriz sedang disingkir Proses pemecatan Tun dan Mukhriz dikatakan sedang berlaku Berlori lori fitnah ke atas Tun berterusan Berkapal kapal kononnya orang Melayu marah kepada pandangan terbaru Tun Tidak ada satu cerita baik pun tentang Mah...
Muhyiddin Dijangka Umum Pkp Lebih Longgar Esok

Muhyiddin Dijangka Umum Pkp Lebih Longgar Esok

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 620 hits
LEBIH banyak perniagaan dan pejabat akan dibenarkan kembali beroperasi bermula seawal Isnin ini sementara orang ramai juga akan diberi sedikit kelonggaran melakukan kegiatan rekreasi yang tidak melibatkan keramaian Kelonggaran sekatan perin...
Selepas Salahkan Muhyiddin Salahkan Najib Dan Kini Salahkan Pas Dia Macam Atok Benar Belaka

Selepas Salahkan Muhyiddin Salahkan Najib Dan Kini Salahkan Pas Dia Macam Atok Benar Belaka

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 309 hits
Tak ada dia nak koreksi diri Tak pula salahkan Adun PKR dan BERSATU yang keluar parti kerana hilang percayaan kepada dia Kerjanya nak PERJAHATKAN NAJIB dan PAS Mukhriz dakwa PAS mungkir janji untuk beliau kekal MB hingga tamat penggalMukhri...
Mb Tempang Kalau Nak Hasut Pun Dap Perlu Lebih Bijak Sedikit Sinis Najib

Mb Tempang Kalau Nak Hasut Pun Dap Perlu Lebih Bijak Sedikit Sinis Najib

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 301 hits
Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyindir wakil rakyat Dap Perak Dr Abdul Aziz Bari agar perlu lebih bijak jika mahu menghasut rakyat Najib memberi reaksi demikian mengenai tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri Teb...
Najib Sindir Mahathir Ph Pun Boleh Jatuhkan Muhyiddin Dengan Sd

Najib Sindir Mahathir Ph Pun Boleh Jatuhkan Muhyiddin Dengan Sd

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 384 hits
Najib Razak meminta Pakatan Harapan mengeluarkan senarai akuan bersumpah yang mencukupi bagi menumbangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Beliau berkata pemimpin PH tidak perlu membawa usul ke Parlimen tetapi memadai dengan mengemukakan SD...
Pkpb Najib Razak Akhirnya Bersuara Tentang Cadangan Kerajaan Muhyiddin Yassin Rupanya Ini Antara Kenapa Kurang Setuju

Pkpb Najib Razak Akhirnya Bersuara Tentang Cadangan Kerajaan Muhyiddin Yassin Rupanya Ini Antara Kenapa Kurang Setuju

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 559 hits
Kecoh selepas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin telah buat keputusan untuk melonggarkan PKP pada 4hb Mei 2020 ini PKPB Najib Razak Akhirnya Bersuara Tentang Cadangan Kerajaan Muhyiddin Yassin Rupanya Ini Antara Kenapa Kurang ...
Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 306 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan lebih daripada sehari bagi memastikan isu COVID 19 dapat ditangani dengan lebih berkesan Katanya tindakan kerajaan Perikatan Nasional...
Selepas Lebih 30 Lantikan Glc Takkan Muhyiddin Masih Takut Lagi Dengan Usul Tun M

Selepas Lebih 30 Lantikan Glc Takkan Muhyiddin Masih Takut Lagi Dengan Usul Tun M

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 305 hits
Meneliti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berhubung sidang Parlimen pada 18 Mei nanti ternampak semacam kerajaan enggan memberi ruang kepada pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyidd...
Dulu Suara Muhyiddin Tular Khianat Najib Atok Tersengih Nampak Gigi Kini Suara Muhyiidin Dikatakan Khianat Atok

Dulu Suara Muhyiddin Tular Khianat Najib Atok Tersengih Nampak Gigi Kini Suara Muhyiidin Dikatakan Khianat Atok

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 373 hits
Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia beberapa jam sebelum berlangsung Langkah Sheraton pada 23 Februari lalu tular lewat malam tadi Menerusi rakaman...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew