Anak Tiri Najib Dilepas Tanpa Dibebaskan



Anak tiri Najib dilepas tanpa dibebaskanMahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak, Riza Aziz daripada lima pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

Hari ini sepatutnya dijadualkan bagi pengurusan kes terbabit.

Timbalan Pendakwa Raya, Gopal Sri Ram yang mewakili pendakwaan, membacakan kenyataan kepada mahkamah, berkata, bahawa sejak tertuduh didakwa, beliau sudah beberapa kali mengemukakan permohonan representasi.

Portal Berita Harian Online memetik Sri Ram sebagai berkata, selepas representasi itu diteliti dan dipertimbangkan, beberapa keputusan berjaya dicapai.

Katanya, melalui terma yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, kerajaan persekutuan akan menerima sejumlah wang bernilai jutaan ringgit.

"Jumlah wang terbabit adalah merujuk kepada perkara utama dalam pertuduhan yang dikenakan dalam kes ini...tertuduh sepanjang proses ini menerima perwakilan perundangan yang kompeten dan mencukupi.

"Kesan daripada persetujuan itu, pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh tidak akan diteruskan sementara menunggu terma persetujuan itu dilaksanakan sepenuhnya.

"Pihak pendakwaan melalui keizinan tertuduh dengan ini memohon perintah daripada mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh," katanya.

Sri Ram turut dipetik portal itu sebagai berkata, jika berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan itu, tindakan akan diambil supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan.

Katanya, bagaimanapun jika tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan itu, pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh.

Selepas membacakan kenyataan itu, Azman kemudian melepas dan membebaskan tertuduh dan mengarahkan wang jaminan RM1 juta dengan dua penjamin dikembalikan.

Pada 5 Julai tahun lalu, Riza, 43, pemilik syarikat Red Granite Pictures, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, penerbit filem The Wolf of Wall Street itu didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah US$1.173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, AS milik Red Granite Productions Inc.

Wang berkenaan didakwa hasil penyelewengan dana 1MDB.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 April dan 12 Mei 2011 di City National Bank, Los Angeles Main, Amerika Syarikat.

Riza, anak Rosmah Mansor hasil perkahwinan terdahulu, dituduh melakukan kesalahan sama membabitkan AS$9 juta melalui transaksi pemindahan wang daripada akaun serupa pada 10 September, 2012 dan 10 Oktober, 2012 di tempat sama.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa melakukan perbuatan sama membabitkan jumlah AS$133 juta dan AS$60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapura milik Red Granite Capital Ltd.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di BSI Ltd, Singapura pada 18 Jun, 2012 dan 23 Oktober, 2012.

Mengikut pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan kesalahan serupa membabitkan jumlah AS$45 juta di tempat sama pada 14 November, 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama, jika sabit kesalahan, Riza boleh didenda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

-- Malaysiakini
rePublish Berita Terkini MalaysiaAnak tiri Najib dilepas tanpa dibebaskan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/05/anak-tiri-najib-dilepas-tanpa-dibebaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Muhyiddin Yassin Tidak Terlibat Urusan Pembebasan Anak Tiri Najib

Pm Muhyiddin Yassin Tidak Terlibat Urusan Pembebasan Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 301 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak terlibat dalam persetujuan melepas dan membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada tuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenya...
M Sia Terima Aset Rm465 3 Juta Selepas Lepaskan Anak Tiri Najib

M Sia Terima Aset Rm465 3 Juta Selepas Lepaskan Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 456 hits
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Riza Aziz berhubung pertuduhan pengubahan wang haram AS 248 juta berkaitan penyelewengan dana 1MDB Foto NSTP Fathil AsriKUALA ...
Patutnya Mahathir Tanya Kes Anak Mat Sabu Dah Selesai Ke Belum Daripada Ulas Pasal Anak Tiri Najib

Patutnya Mahathir Tanya Kes Anak Mat Sabu Dah Selesai Ke Belum Daripada Ulas Pasal Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 351 hits
Mahjathir cari masalah orang memang cekap Nak buat orang ragu pun pandai Cakap mamak memang macam tu Dia tak sedar apa dia buat dulu Anak Mat Sabu kena tangkap kes dadah 3 bulan keputusan air kencing pun tak keluar Siapa PM masa itu Kenapa ...
Anak Tiri Dah Bebas Yahooo

Anak Tiri Dah Bebas Yahooo

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 334 hits
https www hmetro com my utama 2020 05 578241 riza aziz dilepas tanpa dibebaskan1 Sensasi mengejudkan dan membimbangkan 2 Anak tiri Mohd Najib Abdul Razak dan anak Rosmah Mansor Riza Shahriz Abdul Aziz dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tu...
Mahthir Suap Projek Kepada Anak Beranak Ini Semua Kebetulan Sahaja Kata Najib

Mahthir Suap Projek Kepada Anak Beranak Ini Semua Kebetulan Sahaja Kata Najib

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 370 hits
Ini semua kebetulan sahaja ZAMAN PM 4 Awal tahun 2001 Anak tertentu umum bersara dari dunia korporat kerana tak mahu ada tuduhan nepostime terhadap ayahnya Akhir tahun 2001 Tubuhkan syarikat Kencana secara senyap dengan modal RM30 juta wala...
Najib Pertahan Riza Bangkitkan Urus Niaga Anak Dr M

Najib Pertahan Riza Bangkitkan Urus Niaga Anak Dr M

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 256 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak membalas kritikan Dr Mahathir Mohamad yang dengan keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan anak tirinya Riza Aziz dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah AS 248 juta Dalam s...
Didakwa Sumbang Mahram Dengan Anak Tiri

Didakwa Sumbang Mahram Dengan Anak Tiri

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 424 hits
Didakwa sumbang mahram dengan anak tiriKUALA KANGSAR Seorang lelaki didakwa ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya Februari lalu Tertuduh yang berusia 44 tahun dan beke...
Jangan Bawa Anak Kecil Ketika Beli Barang

Jangan Bawa Anak Kecil Ketika Beli Barang

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 366 hits
Anggota bertugas sedang melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dalam operasi sekatan jalan raya sepanjang PKP di sekitar daerah Kemaman Foto ihsan FB IPD Kemaman KEMAMAN Polis mengingatkan masyarakat di daerah ini supaya tidak membawa anak...
Langgar Pkp Anak Dan Menantu Zahid Hamidi Bakal Didakwa

Langgar Pkp Anak Dan Menantu Zahid Hamidi Bakal Didakwa

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 426 hits
Nurul Hidayah ZahidKERTAS siasatan dibuka Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berhubung dakwaan perlanggaran Perintah Kawalan Pergerakan oleh Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid bersama suaminya Datuk Saiful Nizam...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing