Najib Pertahan Riza Bangkitkan Urus Niaga Anak Dr M



Bekas perdana menteri Najib Razak membalas kritikan Dr Mahathir Mohamad yang "khuatir dan tertanya-tanya" dengan keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) anak tirinya, Riza Aziz dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).

Dalam satu kenyataan sinis di Facebook, Najib mempertahankan Riza dan membangkitkan beberapa urus niaga melibatkan anak Mahathir.

"Oleh kerana dia keliru, saya taip perlahan-perlahan dengan cara paling ringkas supaya dia faham.

"Riza ada projek filem. Keluarga kerabat Abu Dhabi berminat dan janji kepada Riza untuk labur projek filem dia. (Pihak) yang berjanji masa itu termasuk putera mahkota Abu Dhabi (Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan) serta timbalan perdana menteri UAE yang juga merupakan adik kepada presiden UAE yang juga pemilik kelab Manchester City," kata Najib yang jelas merujuk Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan.

"Mereka pun arahkan CEO syarikat Aabar untuk melabur dalam projek filem Riza. Ada perjanjian pelaburan dan sebagainya," katanya lagi.

Menurut Najib, filem-filem yang diterbitkan Riza "agak berjaya".

"Filem pertama Wolf of Wall Street (2013) jana penjualan tiket AS$392 juta (RM1.7 bilion) berbanding kos AS$100 juta (RM430 juta). Filem Dumb and Dumber To (2014) jana penjualan tiket AS$169.8 juta (RM730 juta) dengan kos pengeluaran AS$50 juta (RM215 juta). Filem Daddy's Home (2015) jana penjualan tiket AS$242.8 juta (RM1.04 bilion) dengan kos AS$69 juta (RM297 juta)," menurutnya.

Dalam persetujuan yang dicapai antara pihak Riza dan pendakwaan, beliau dilepas tanpa dibebaskan atas pertuduhan itu dengan syarat memulangkan semula aset dari luar negara dengan nilai anggaran AS$107.3 juta (RM465.3 juta)
Semalam, Mahathir antara lain menyuarakan kekhuatirannya berkenaan persetujuan itu dan mempersoalkan jika pihak yang didakwa atas tuduhan mencuri boleh terlepas daripada tindakan jika memulangkan semula apa yang dicurinya.

"Dia curi berbillion-billion...Dia bagi balik kepada kerajaan. Dia kata kepada kerajaan, 'Nah, duit yang aku curi. Sekarang ini, jangan ambil tindakan terhadap aku.' Kita pun kata, 'Sudah bagi balik duit okey lah'," katanya.

Menjelaskan bahawa beliau tidak mempersoalkan keputusan mahkamah, Mahathir pada masa sama berkata ia menunjukkan undang-undang mungkin perlu dipinda.

Najib menegaskan bahawa ianya bukan bail-out Petronas untuk "syarikat milik anak sulung pihak tertentu ataupun Vincent Tan yang menjual kumpulan hospital Pantai kepada anak kedua tertentu yang berumur 35 tahun masa itu."

"Ini juga bukan konsesi-konsesi Fomema atau kontrak membekal semua hospital kerajaan yang diberi kepada kumpulan Pantai selepas anak tertentu membelinya.

"Ini juga bukan melantik syarikat Petron sebagai syarikat rasmi untuk membekal minyak kepada kerajaan sebaik sahaja PH menang PRU14."

Najib juga membangkitkan projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6 bilion melibatkan Opcom Bhd yang didakwanya "diwujudkan, diluluskan dan dilaksanakan" oleh kerajaan PH kurang setahun yang menyebabkan harga saham syarikat itu melonjak 50 peratus.

"Ketiga-tiga anak pun ada," katanya yang jelas merujuk tiga anak Mahathir, iaitu Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz.
Mokhzani, Mirzan dan MukhrizMengulas lanjut, Najib berkata selepas filem terbitan Riza berjaya, beliau telah mula membayar balik keuntungan dan pelaburan asal kepada pihak Abu Dhabi.

"Perkara ini juga terdedah dalam rakaman audio perbualan telefon saya dengan putera mahkota Abu Dhabi yang didedahkan oleh Latheefa Koya pada masa PH," katanya, sambil secara sinis mengucapkan terima kasih kepada bekas pesuruhjaya SPRM itu kerana mendedahkan rakaman tersebut.

"Kesemua transaksi, akaun bank, penggunaan dana, keuntungan yang dijana dari dana, perjanjian dan saksi-saksi adalah di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat. Nak bicara di Malaysia pun susah.

"Pun begitu, DOJ Amerika Syarikat juga tak pernah mendakwa Riza atas kes jenayah. Cuma saman sivil yang sudahpun diselesaikan di sana tahun lepas...Tetapi yang pelik walaupun transaksi Riza tak berlaku di Malaysia, (dia) didakwa dengan kes jenayah di sini," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/najib-pertahan-riza-bangkitkan-urus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Disalahkan Parlimen 18 Mei Audio Bocor Riza Aziz

Najib Disalahkan Parlimen 18 Mei Audio Bocor Riza Aziz

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 464 hits
Dua tiga hari ini puak DAP PH dalam attacking mode Seronok mereka kerana ada beberapa isu yang mereka dapat jadikan modal Sejak kerajaan DAP PH gugur automatik disebabkan oleh Mahathir sendiri yang meletakkan jawatan PM puak DAP PH hanya ma...
Patutnya Mahathir Tanya Kes Anak Mat Sabu Dah Selesai Ke Belum Daripada Ulas Pasal Anak Tiri Najib

Patutnya Mahathir Tanya Kes Anak Mat Sabu Dah Selesai Ke Belum Daripada Ulas Pasal Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 348 hits
Mahjathir cari masalah orang memang cekap Nak buat orang ragu pun pandai Cakap mamak memang macam tu Dia tak sedar apa dia buat dulu Anak Mat Sabu kena tangkap kes dadah 3 bulan keputusan air kencing pun tak keluar Siapa PM masa itu Kenapa ...
M Sia Terima Aset Rm465 3 Juta Selepas Lepaskan Anak Tiri Najib

M Sia Terima Aset Rm465 3 Juta Selepas Lepaskan Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 447 hits
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Riza Aziz berhubung pertuduhan pengubahan wang haram AS 248 juta berkaitan penyelewengan dana 1MDB Foto NSTP Fathil AsriKUALA ...
Tiada Urus Niaga Mikro Didalam Tony Hawk S Pro Skater 1 2 Semasa Pelancaran

Tiada Urus Niaga Mikro Didalam Tony Hawk S Pro Skater 1 2 Semasa Pelancaran

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 188 hits
Tony Hawk s Pro Skater 1 2 permainan penambahbaikan dari siri klasik Pro Skater 1 dan 2 tidak akan membawakan urus niaga mikro semasa pelancaran Mengikut dari temu ramah bersama Gamespot Jen Oneal selaku Ketua Studio Vicarious Visions membe...
Mahthir Suap Projek Kepada Anak Beranak Ini Semua Kebetulan Sahaja Kata Najib

Mahthir Suap Projek Kepada Anak Beranak Ini Semua Kebetulan Sahaja Kata Najib

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 366 hits
Ini semua kebetulan sahaja ZAMAN PM 4 Awal tahun 2001 Anak tertentu umum bersara dari dunia korporat kerana tak mahu ada tuduhan nepostime terhadap ayahnya Akhir tahun 2001 Tubuhkan syarikat Kencana secara senyap dengan modal RM30 juta wala...
The Truth Helped Riza S Case And It Can Help Najib Too Shafee

The Truth Helped Riza S Case And It Can Help Najib Too Shafee

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 380 hits
Senior lawyer Muhammad Shafee Abdullah who is defending former prime minister Najib Abdul Razak in his RM2 28 billion 1MDB trial is unfazed by the prosecution mulling over to call Riza Shahriz Abdul Aziz as a witness Shafee said it was the ...
Pm Muhyiddin Yassin Tidak Terlibat Urusan Pembebasan Anak Tiri Najib

Pm Muhyiddin Yassin Tidak Terlibat Urusan Pembebasan Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 291 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak terlibat dalam persetujuan melepas dan membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada tuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenya...
Najib Akui Lebih Suka Riza Terus Proses Mahkamah Rungkai Fakta Sebenar

Najib Akui Lebih Suka Riza Terus Proses Mahkamah Rungkai Fakta Sebenar

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 276 hits
PETALING JAYA Najib Razak tidak menafikan bahawa beliau lebih suka anak tirinya Riza Aziz meneruskan proses perbicaraan di mahkamah Bekas perdana menteri itu berkata ia dapat memberi peluang kepada Riza dan ahli keluarga merungkai fakta seb...
Kalau Anak Tiri Najib Boleh Dibebaskan Kenapa Tidak Shahril Samad

Kalau Anak Tiri Najib Boleh Dibebaskan Kenapa Tidak Shahril Samad

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 294 hits
Melakukan representasi kepada Peguam Negara terhadap sesuatu tuduhan merupakan sebahagian proses biasa setelah segala dokumen kes diserahkan olih pihak pendakwaraya kepada peguambela tertuduh Peguambela saya akan meniliti semua bahan bukti ...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord