Ph Masih Sibuk Main Politik Ketika Negara Diancam Covid 19 Thinalan
Kasthuri Jeevendran                                                                                                                                                                                                                                                                                                               
 
            KUALA  LUMPUR – Ketika negara masih lagi sedang bergelut dengan pandemik  Covid-19, ternyata pembangkang masih sibuk dengan agenda sendiri untuk  kembali berkuasa. 
Malah  sejak kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  begitu lantang dalam menyuarakan isu-isu politik walaupun ada kala  kenyataannya mengelirukan. 
Terdapat  dakwaan mengatakan beliau telah meminta pimpinan Pakatan Harapan (PH)  untuk menolak sahaja sebarang Rang Undang-Undang (RUU) yang dicadangkan  oleh kerajaan melainkan beliau dapat apa yang dihajati.
Tun  Mahathir sedang mengancam serta menahan seluruh rakyat di negara  sebagai ‘tebusan’ demi kepentingan dirinya daripada memberi keutamaan  negara mengekang penularan Covid-19.
Ketua Pemuda MIC, R Thinalan berkata,  PH akan menjadi penghalang kepada kerajaan Pakatan Nasional (PN)  mendapatkan meluluskan RUU berkaitan dengan Covid-19, termasuk pindaan  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
“Saya  hendak tanya, adakah ini masanya untuk lakukan perkara sedemikian?  Ketika kita sedang hadapi pandemik Covid-19? Ketika rakyat sedang susah  dengan krisis ekonomi, adakah anda mahu mereka lalui krisis politik pula  demi hawa nafsu segelinitir pihak? 
“Untuk  fahaman lebih jelas, gerakan undi tidak percaya tidak pernah ditolak  sebaliknya hanya ditangguhkan kerana kerajaan perlu tangani wabak  Covid-19 ini terlebih dahulu, ingat ini masalah Malaysia sahaja sebalik  seluruh dunia. Belum ada satu negara pun berjaya tangani penularan  penyakit setakat ini. Jadi sabarlah, jangan cuba kelirukan atau resahkan  umum. 
“Yang  diPertuan Agong sendiri sudah beri peringatan, nasihat selain membuat  pendedahan tentang pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana  Menteri ke-8. 
“Tolonglah  jangan terlalu obses untuk berkuasa kembali, ini adalah masa yang  kurang tepat untuk bersikap sedemikian, rakyat sedang perhatikan anda  semua sebenarnya,” katanya. 
Menurut Thinalan, PH sendiri sedang diselubungi pelbagai masalah dalaman yang masih belum diselesaikan
“Saya  beri contoh, Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya masih  lagi tidak mampu duduk semeja selesai krisis mereka, nampak seperti  itulah. Jadi bagaimana pula pemimpin-pemimpin ini mampu teraju negara?  Lagi-lagi kita sedang lalui krisis kesihatan yang belum bila ianya akan  reda. 
Beberapa hari lepas kecoh pula audio rakaman suara Mesyuarat Majlis PH pada 21 Februari yang tersebar di media sosial. Malah Anwar sendiri akui ianya rakaman asli yang mana keadaan begitu tegang.
“Jelas  sekali bagaimana krisis serta perebutan kuasa antara Tun Mahathir dan  Anwar berhubung jawatan Perdana Menteri sehinggalah jatuhnya kerajaan PH  dalam keadaan sungguh memalukan,” ujarnya.
 Jelas  Thinalan, adalah melucukan apabila Anwar tampil mengakui rakaman itu  asli manakala Dr. Mahathir pula mendakwa ia telah dimanipulasi. 
“Siapa  yang betul? Ini pun anda tidak sependapat dan terus bermain tali,  adakah anda fikir rakyat berminat dengan semua ini sebenarnya? Tolonglah  sesekali pentingkan rakyat. 
“Agak  mengelirukan juga untuk melihat Tun Mahathir masih lagi kelihatan  begitu berkuasa melebihi Anwar yang kini sudah diangkat menjadi Ketua  Pembangkang. Apa yang betulnya? 
“Jika  inilah keadaannya, jadi siapa pula akan menjadi Perdana Menteri? Tun  Mahathir atau Anwar? Pelik betul politik mereka ini, masih lagi bergelut  untuk terus berkuasa walaupun sudah bergelar pembangkang. 
“Sudah-sudahlah,  MIC mohon kepada kedua-dua mereka ini dan seluruh pimpinan PH untuk  fokus dan kembali ke landasan yang betul, ketika ini rakyat Malaysia  perlu anda sekelian untuk utamakan isu kesihatan. 
“Pandemik Covid-19 lebih penting, yang lain tolak tepi dahulu, tolonglah,” tegasnya. –MalaysiaGazette 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/ph-masih-sibuk-main-politik-ketika.html