Barang Bundle Luar Negara Dicemari Covid 19



KHABAR angin yang mendakwa pakaian terpakai atau bundle dari luar negara dicemari virus khususnya Covid-19 ternyata memberi tamparan hebat kepada pengusaha.
Ini kerana kebimbangan masyarakat untuk terus membeli pakaian bundle menyebabkan defisit pendapatan yang teruk kepada peniaga yang sudah tentu terkesan sejak penularan pandemik maut itu.Menangkis dakwaan berkenaan, pengusaha pakaian terpakai, Nor Izati Hamsah, 33, berkata, aspek kebersihan sudah menjadi sebati sejak menjalankan perniagaan itu pada 2016.Katanya, beliau memastikan pakaian dari Jepun, Australia dan Korea yang dibeli dari pengedar itu dibersihkan dengan cecair pencuci khas untuk memastikan pakaian tidak dicemari virus dan selamat dipakai pelanggan.
"Saya menjual pakaian bundle bayi dan kanak-kanak dan stok diterima mesti dicuci dan diseterika terlebih dulu sebelum dijual kepada pelanggan."Saya tidak akan berkompromi dengan kebersihan dan pakaian yang dijual sudah dijamin bersih dan selamat untuk dipakai. Pakaian dijual pula untuk dipakai bayi dan kanak-kanak jadi sudah pasti kebersihan jadi keutamaan," katanya yang menjalankan perniagaan Butik Ibu Ezqandar di Taman Pelangi Semenyih.Beliau berkata, dakwaan pakaian bundle dicemari masih tidak dapat dibuktikan namun penularan berita dalam kalangan warga maya ternyata memberi impak kepada pendapatan yang sudah terkesan akibat Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Nada sama turut disuarakan peniaga bundle atas talian dari Wakaf Bharu, Kelantan, Nadila Enche Mud, 29, yang berkata, pakaian dibeli daripada pengedar tidak terus dijual.Katanya, mungkin ramai yang tidak tahu setiap pakaian terpakai dibawa masuk ke negara ini perlu disembur pembasmi kuman bagi mengelak ia dicemari ketika proses pengimportan dari negara pembekal."Kami bertanggungjawab untuk menjual pakaian yang bersih dan bebas kuman kepada pelanggan kerana tidak mahu masalah di kemudian hari."Tambahan pula sekarang musim Covid-19 dan sudah pasti aspek kebersihan pakaian akan dipertingkatkan jadi pelanggan tidak perlu bimbang," katanya yang menjalankan perniagaan menerusi laman Owl Eye's Bundle di platform Facebook sejak empat tahun lalu.Nadila berkata, penularan berita tidak benar itu hanya menyebabkan persepsi negatif masyarakat terhadap pakaian terpakai sekali gus mengundang kerugian besar kepada peniaga sepertinya.Katanya, perniagaan pakaian terpakai ini adalah alternatif kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli pakaian berkualiti dan berjenama pada harga mampu milik.IBU BAPA membawa anak mereka ke pusat membeli-belah di sekitar Kuala Lumpur ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Pakaian dijual dijamin kebersihanDakwaan pakaian terpakai atau bundle dicemari virus Covid-19 dianggap mahu menabur pasir dalam periuk nasi peniaga yang majoritinya Bumiputera.Presiden Persatuan Peniaga Bundle Malaysia, Sharin Darus berkata, dakwaan itu tidak masuk akal kerana setiap pakaian yang dijual sudah dijamin kebersihannya.Menurutnya, setiap ahli persatuan diingatkan untuk menitik beratkan aspek kebersihan pakaian bundle yang dijual kepada pengguna sama ada secara langsung atau platform atas talian."Isu ini sengaja ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab yang hanya akan menyebabkan persepsi masyarakat kepada pakaian bundle bertukar negatif."Industri ini sudah bertapak di Malaysia sejak lebih 30 tahun lalu dan tidak sekali pun timbul isu pakaian dijual dicemari virus," katanya ketika dihubungi.Sharin berkata, tambahan pula pakaian yang diimport bukan dari China lokasi bermulanya penularan wabak Covid-19, tetapi dibeli dari pembekal di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.Katanya, dakwaan jahat itu hanya bertujuan menutup periuk nasi rata-ratanya peniaga Melayu Bumiputera yang kini sudah dibebani dengan penutupan kedai dan kelembapan pasaran setempat."Kami tidak berkompromi dengan kebersihan dan jangan meremehkan industri ini yang menjadi mata pencarian kepada lebih 100,000 peniaga bundle seluruh negara."Jika tidak mahu membeli tidak mengapa tapi jangan tabur fitnah yang menjejaskan rezeki kami yang kini terpaksa menanggung rugi akibat Covid-19," katanya. (IH)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/barang-bundle-luar-negara-dicemari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Statistik Terkini Rakyat Malaysia Dari Luar Negara Positif Covid 19 Kkm

Statistik Terkini Rakyat Malaysia Dari Luar Negara Positif Covid 19 Kkm

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 554 hits
Sebanyak 72 kes daripada 94 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang dilaporkan hari ini telah dikenalpasti sebagai kes import daripada pelajar Malaysia Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia kesemua pelajar seramai 72 orang itu membawa pulang k...
8 Negara Rekod Bilangan Lebih 100 Ribu Kes Positif Covid 19 Amerika Cecah 1 Juta

8 Negara Rekod Bilangan Lebih 100 Ribu Kes Positif Covid 19 Amerika Cecah 1 Juta

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 505 hits
Kadar peratusan kes jangkitan COVID 19 adalah 32 86 atau 1 068 696 yang tertinggi adalah dari Amerika Syarikat Terdapat 8 negara yang mempunyai kes 100 ribu ke atas Antara 8 negara tersebut adalah Amerika Syarikat diikuti dengan Sepanyol ia...
Webinar Pendidikan Luar Negara Lebih Hebat

Webinar Pendidikan Luar Negara Lebih Hebat

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 383 hits
ADAKAH PENDIDIKAN LUAR NEGARA LEBIH BAIK Rakaman LIVE di shorturl at jkET6Terima kasih kepada audiens yang mengikuti secara LIVE dan juga kepada semua panel dan moderator yang berkongsi pengalaman mereka yang berharga dalam dan luar negara ...
Covid 19 25 Kes Import Dari Enam Negara

Covid 19 25 Kes Import Dari Enam Negara

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 317 hits
SHAH ALAM 30 APRIL Sebanyak 25 kes import Covid 19 hari ini adalah melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari enam negara kata Kementerian Kesihatan Malaysia Daripada 25 kes itu 12 adalah rakyat Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu Mesir Sin...
Covid 19 Terus Ragut Nyawa Di Negara Arab

Covid 19 Terus Ragut Nyawa Di Negara Arab

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 324 hits
Covid 19 terus ragut nyawa di negara Arab Dikemas kini 48 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 May 2020 2 16PM
Individu Dari Zon Merah Dan Pulang Dari Luar Negara Ke Perlis Sahaja Diwajibkan Menjalani Kuarantin

Individu Dari Zon Merah Dan Pulang Dari Luar Negara Ke Perlis Sahaja Diwajibkan Menjalani Kuarantin

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 329 hits
Menurut kenyataan media Kerajaan Negeri Perlis Kerajaan negeri ingin memaklumkan kenyataan kenyataan di media sosial seperti yang diterbitkan mengenai arahan yang menyatakan bahawa semua individu yang memasuki Perlis sepanjang
Ketua Gugus Tugas 15 300 Wni Dari Luar Negeri Tiba Di Bali 312 Positif Covid 19

Ketua Gugus Tugas 15 300 Wni Dari Luar Negeri Tiba Di Bali 312 Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 264 hits
Kemudian saat ini kata Doni WNI tersebut sudah dilakukan perawatan Terdapat 13 rumah sakit di Bali yang jadi rujukan
Kabar Terkini Lockdown Di Beberapa Negara Who Akhir Pendemi Covid 19 Masih Jauh

Kabar Terkini Lockdown Di Beberapa Negara Who Akhir Pendemi Covid 19 Masih Jauh

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 632 hits
Senyumperawat com Lockdown di beberapa negara telah memasuki fase yang beragam Ada yang baru awal fase infeksi namun ada yang sudah mulai melonggarkan kebijakan lockdown di negaranya Badan Kesehatan Dunia mengatakan akhir pandemi masih jauh...
Tunaikan Cek Luar Negara Daripada Google Adsense Di Maybank

Tunaikan Cek Luar Negara Daripada Google Adsense Di Maybank

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 263 hits
Pada hari Ahad yang lalu Master keluar sebentar untuk pam tayar kereta Proton Persona yang dah lama tak bergerak sempena Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 ni Di samping itu Master turut membantu deposit cek yang Tedi terima daripada Goog...
Tahniah Marygrace Juara Calpis Soda One In A Million

Foreign Workers Or Pedophiles Large Number Of Migrants At Playground Sparks Debate

Ransomware And Medical Devices The Growing Threat And How To Mitigate Risks

Nisfu Syaban 2025 Tanggal Berapa Keutamaan Amalan

Former Sme Corp Official Fined Rm16 000 For Business Dealings Bribery

Menginap Dua Malam Di Art Hotel Nippori Lungwood Nippori Arakawa City Tokyo

Apa Nak Buat Bila Orang Kata Korang Dah Gemuk

Mangsa Banjir Di Sabah Bertambah Sarawak Turun


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Resepi Laksa Mee Pangkor

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Cara Buat Racun Perosak Dari Kulit Bawang

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

16 Foto Ai Pintu Gerbang Masuk Selamat Datang Negeri Negeri Di Malaysia Yang Tersergam Indah

Pecutan Ibadah Menjelang Ramadan