Elak Kluster Baharu Covid 19 Kawalan Sempadan Maritim Darat Dan Ruang Udara Negara Diperketat Panglima Atm


KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Angkatan Tentera Malaysa (ATM) sentiasa memperkukuhkan kawalan persempadanan maritim, daratan dan ruang udara negara, dengan menjadikannya sebagai keutamaan.
Tugas itu bukan hanya dilakukan secara bermusim seperti ketika perayaan Aidilfitri tetapi sepanjang masa bagi memastikan ketenteraman dan kedaulatan negara sentiasa dipelihara.
Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata walaupun negara berdepan dengan situasi penularan wabak COVID-19, operasi kawalan persempadanan ini terus diperketatkan pelaksanaannya susulan arahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 April lepas.
Beliau berkata arahan ini dikeluarkan bagi mengelak pendatang tanpa izin membolosi sempadan negara melalui ‛lorong-lorong tikus’ sekaligus mengelakkan mereka membawa masuk wabak COVID-19.
“Oleh itu, sebagai pendekatan yang lebih efektif, ATM telah diberi mandat untuk menyelaras operasi kawalan ini bersama-sama agensi penguatkuasaan keselamatan lain yang dikoordinasikan di bawah satu agensi penyelarasan iaitu dinamakan sebagai National Task Force (NTF),” katanya kepada Bernama.
Affendi berkata operasi bersepadu itu juga dinamakan sebagai Operasi Benteng yang melibatkan anggota dan aset ATM di samping agensi keselamatan dan penguat kuasa lain.
“Antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya.
Beliau berkata pada masa sama operasi berkenaan turut melibatkan bantuan dan atur gerak agensi lain iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Kastam serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
“Dengan penglibatan dan kerjasama padu anggota dan aset-aset dari semua agensi keselamatan dan penguat kuasa undang-undang, insya-Allah, kawalan sempadan daratan dan perairan negara mampu diperketatkan,” katanya.
Beliau berkata ia juga meyakinkan pihak berkuasa kesihatan bahawa tiada yang akan membawa masuk COVID-19 ke Malaysia dan memulakan kluster baharu.
Affendi berkata ia tidak menjejaskan atur gerak sedia ada bagi trup dan aset ATM dalam membantu PDRM menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Sebelum ini, Bernama melaporkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mededahkan beberapa tangkapan pendatang tanpa izin dan tekong telah dibuat selepas pihak berkuasa mengadakan kawalan keselamatan sempadan negara secara bersepadu dalam menangani penularan wabak COVID-19.
Perkara berkenaan membuktikan bahawa kerajaan mampu mengatasi dan menyekat kemasukan pendatang tanpa izin melalui lorong tikus dan sempadan negara.
Selain itu, kerajaan telah mengenal pasti lorong tikus, antaranya di Pantai Barat Semenanjung, Pantai Timur Sabah seperti Semporna dan Lahad Datu serta di Sarawak.
— BERNAMA
The post Elak Kluster Baharu Covid-19, Kawalan Sempadan Maritim, Darat Dan Ruang Udara Negara Diperketat-Panglima ATM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/15/elak-kluster-baharu-covid-19-kawalan-sempadan-maritim-darat-dan-ruang-udara-negara-diperketat-panglima-atm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Koloni Warga Asing Berisiko Cetus Kluster Baharu

Covid 19 Koloni Warga Asing Berisiko Cetus Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Koloni buruh warga asing yang berselerakan di sekitar Lembah Klang berisiko tinggi mencetuskan kluster baharu jangkitan wabak COVID 19 di negara ini sekali gus berpotensi merencatkan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia mengawa...
Kluster Baharu Covid 19 Babitkan Pelajar Upsi Ums Kontak Dijejaki

Kluster Baharu Covid 19 Babitkan Pelajar Upsi Ums Kontak Dijejaki

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 268 hits
Foto hiasan Anggota bomba menjalankan sanitasi ke atas beg pakaian para pelajar sebelum dibenarkan pulang ke kampung halaman masing masing foto IQBAL BASRI PUTRAJAYA Lima pelajar institusi pengajian tinggi dikenalpasti sebagai kluster bahar...
Covid 19 Kluster Sri Petaling Rekod 24 Kes Baharu

Covid 19 Kluster Sri Petaling Rekod 24 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 423 hits
Kluster terbesar jangkitan Covid 19 di negara ini kluster Perhimpunan Sri Petaling merekodkan pertambahan 24 kes baharu positif pandemik itu PUTRAJAYA Kluster terbesar jangkitan Covid 19 di negara ini kluster Perhimpunan Sri Petaling mereko...
Covid 19 Kluster Pengerang Istana Negara Diisytihar Tamat Hari Ini

Covid 19 Kluster Pengerang Istana Negara Diisytihar Tamat Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 321 hits
Kluster jangkitan COVID 19 dari Pengerang serta kluster di Istana Negara diisytiharkan tamat hari ini umum Kementerian Kesihatan Menerusi satu kenyataan di Facebook ia menjadikan jumlah kluster yang telah diisytiharkan tamat setakat hari in...
Selepas Sebulan Bebas Jangkitan Covid 19 Kluster Baharu Dikesan Di Wuhan

Selepas Sebulan Bebas Jangkitan Covid 19 Kluster Baharu Dikesan Di Wuhan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 277 hits
WUHAN pusat penularan wabak COVID 19 mencatat kluster jangkitan baharu Sejumlah lima kes baharu dilaporkan dengan kes pertama dikesan 3 April lalu Menurut pihak berkuasa kluster kecil kes baharu itu melibatkan penduduk dari kawasan kejirana...
Dakwaan Terdapat Kes Baharu Covid 19 Di Kuala Pilah Adalah Tidak Benar

Dakwaan Terdapat Kes Baharu Covid 19 Di Kuala Pilah Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 309 hits
SEBENARNYA Video berdurasi enam saat yang kini tular di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan kes terbaru positif Covid 19 di Kuala Pilah adalah tidak benar Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah
Negara Belum Bebas Covid 19 Buka Pkp Masih Berisiko

Negara Belum Bebas Covid 19 Buka Pkp Masih Berisiko

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 315 hits
Kredit MSO PELBAGAI pihak memberi pandangan dan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap langkah kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang patut bermula esok 4 Mei Masing masing memberi alasan bahawa tindakan itu sebagai tidak s...
Covid 19 Kes Baharu Dikenal Pasti Di Kelantan Pesakit Pulang Ke Kampung Halaman

Covid 19 Kes Baharu Dikenal Pasti Di Kelantan Pesakit Pulang Ke Kampung Halaman

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 363 hits
Orang ramai diingatkan supaya elak aktiviti rentas negeri agar dapat membendung penularan wabak COVID 19 KOTA BHARU Lebih sebulan Kelantan diisytihar bebas COVID 19 apa yang dibimbangi kerajaan negeri dan pihak berkuasa berlaku semalam apab...
Kes Covid 19 Kembali Dua Digit Tiada Kematian Baharu

Kes Covid 19 Kembali Dua Digit Tiada Kematian Baharu

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 308 hits
SHAH ALAM 4 MEI Jumlah kes baharu Covid 19 di negara ini turun semula kepada dua digit iaitu 55 kes selepas dua hari berturut turut mencatatkan tiga digit Semalam Malaysia mencatatkan 122 kes Covid 19 manakala kelmarin sebanyak 105 kes Juml...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Svg Ss25 Runway Svg Bukan Sekadar Jenama Fesyen

Checklist Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak Jangan Ada Yang Tertinggal

Di Usia Berapa Anda Mula Tergerak Untuk Belajar Ilmu Agama Yang Diajar Oleh Para Tok Guru Ustaz

Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson