Perhimpunan Akar Umbi Jadi Referendum Zahid Kepada Pm Supaya Pru 15 Segera


agendaily.com27/08/2022
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus mendesak Naib Presidennya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengadakan segera Pilihan Raya Umum.
Hari ini akan berlangsung satu perhimpunan khas yang diadakan UMNO dengan memanggil segenap peringkat pemimpin akar umbi untuk berkumpul bagi mendengar taklimat yang bakal disampaikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ironinya, perhimpunan tersebut yang akan diadakan ini hampir sama dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang kebiasaannya diadakan setahun sekali, tetapi kali jika dikira perhimpunan raksasa sebegini sudah diadakan beberapa kali, ia termasuk Perhimpunan Agung Khas yang diadakan pada Mei lalu.

Tidak sampai beberapa bulan, satu lagi perhimpunan diadakan UMNO dan berbeza dengan himpunan terdahulu ia diadakan dengan keadaan tergesa-gesa apabila jemputan dibuat pada saat-saat akhir.

Sudah pastinya perhimpunan kali ini yang diadakan secara tergesa-gesa ini mempunyai kaitan dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah meringkuk dalam penjara.

Perhimpunan kali ini amat penting bagi segelintir pemimpin UMNO, khususnya kumpulan yang berdepan pendakwaan di mahkamah atas puluhan pertuduhan jenayah.

Melihat nasib yang menimpa Najib apabila gagal dalam rayuan terakhirnya, sudah semestinya individu dalam UMNO yang memegang jawatan tertinggi tidak dapat duduk diam dan mula terasa bahang.

Hukuman penjara dan terasing daripada dunia luar adalah sesuatu yang tidak diinginkan pemimpin UMNO yang kebiasaannya hidup ibarat kayangan, menghisap cerut dan bersantai di kedai kopi mahal.

Kemewahan di dunia dan memiliki wang yang banyak tidak ada gunanya jika sebahagian sisa hidup terpaksa dihabiskan dalam penjara.

Ia sesuatu realiti yang pahit untuk ditelan tetapi itu adalah balasan kepada sikap angkuh dan mencuri wang rakyat.

Najib sudah menjalani hukuman penjara, tetapi berderet senarai pemimpin UMNO yang sedang menanti keputusan di mahkamah dan jika tidak ada langkah segera diambil pasti nasib sama akan dihadapi mereka.

Seperti diramalkan sebelum ini, satu-satunya jalan adalah dengan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dengan segera dan jika lambat sesaat sekalipun ia pastinya akan mengundang musibah khususnya kepada kumpulan Kluster Mahkamah.

Kemenangan mutlak dan dominan UMNO akan memastikan pemimpin UMNO terselamat daripada menghadapi nasib sama seperti Najib.

Perhimpunan kali ini bukan sahaja memberi taklimat berhubung persediaan PRU-15 tetapi ia bakal menjadi satu referendum yang akan digunakan oleh Zahid bagi menjustifikasikan mengapa ia perlu diadakan segera.

Akar umbi UMNO akan disajikan dengan cerita dan ceramah berdegar-degar daripada pemimpin mereka, sudah pastinya akan ditanamkan semangat dan kepercayaan dalam setiap ahli UMNO bahawa kali ini kemenangan besar seperti di Melaka dan Johor akan menjadi milik UMNO.

Pada hujung perhimpunan nanti petang itu, semua pemimpin akar umbi pastinya akan menyokong cadangan Zahid yang berulang kali membangkitkan isu supaya PRU-15 disegerakan.

Malah, semalam Zahid secara terbuka dalam akaun Facebooknya sudah memberi isyarat naratif yang bakal dibawanya semasa perhimpunan hari ini.

Mungkin esok pendekatan Zahid agak berbeza dengan sebelum ini yang dilihat lebih berlembut terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberinya peluang untuk menentukan sendiri tarikh PRU-15.

Hasil daripada perhimpunan tersebut kemudiaan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akan berlangsung pada malam ini nanti.

Semasa Mesyuarat MT malam ini, kesimpulan daripada perhimpunan sebelah siang akan dibentang di hadapan semua ahli-ahli MT dan dianggap sebagai satu referendum kepada Ismail Sabri daripada akar umbi yang menuntutnya supaya PRU-15 disegerakan.

Difahamkan mesyuarat MT sebelah malam sudah dimaklumkan kepada semua ahli-ahli dan kehadiran adalah wajib, ia termasuk juga kepada Ismail Sabri.

Kehadiran Ismail Sabri adalah penting pada mesyuarat malam ini kerana beliau perlu mendengar dan menerima referendum yang dibawa Zahid sebagai menguatkan alasannya untuk menyegerakan PRU-15.

Bagaimanapun, adakah Ismail Sabri akan tunduk kepada referendum tersebut


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/perhimpunan-akar-umbi-jadi-referendum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Desakan Dalam Perhimpunan Dipanggil Zahid Bukan Suara Akar Umbi Kata Ketua Bahagian

Desakan Dalam Perhimpunan Dipanggil Zahid Bukan Suara Akar Umbi Kata Ketua Bahagian

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 208 hits
agendaily com30 08 2022Ahli ahli UMNO hadir Taklimat Khas Presiden pada Sabtu lalu di Dewan Merdeka Tindakan mendesak dan menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa Taklimat Khas UMNO yang dipanggil Datuk Seri Ahmad Zah...
Susah Akar Umbi Sendiri Tanggung Senang Najib Bersama Zahid

Susah Akar Umbi Sendiri Tanggung Senang Najib Bersama Zahid

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 183 hits
Akar umbi merompak berapa billion Ada ke harta SAKAU dibahagi bahagikan kepada 3 juta ahli Lain lah kalau ahli ini yang berbayar Berbaloi dia Hina mahkamah
Tak Semua Pemimpin Akar Umbi Akan Hadir Perjumpaan Zahid Panggil Pada Sabtu

Tak Semua Pemimpin Akar Umbi Akan Hadir Perjumpaan Zahid Panggil Pada Sabtu

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 96 hits
agendaily com25 08 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini masih membangkitkan isu PRU 15 perlu disegerakan UMNO sekali lagi akan mengadakan perjumpaan pada Sabtu ini atas jemputan Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hami...
Zahid Gesa Pru 15 Di Adakan Segera Sokong Kempen Pengampunan Diraja Terhadap Najib

Zahid Gesa Pru 15 Di Adakan Segera Sokong Kempen Pengampunan Diraja Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya pilihan raya umum diadakan segera dan menyokong kempen pengampunan diraja untuk bekas perdana menteri Najib Razak Menurut Zahid desakan UMNO supaya pilihan raya umum d...
Zahid Ajak Akar Umbi Pertahankan Raja Media Sosial Najib

Zahid Ajak Akar Umbi Pertahankan Raja Media Sosial Najib

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 157 hits
agendaily com17 08 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdepan 87 pertuduhan di mahkamah termasuk jenayah rasuah manakala bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dihukum penjara 12 tahun dan denda selain berdepan ban...
Buat Pru Sekarang Atau Umno Bn Kalah Zahid Beri Amaran

Buat Pru Sekarang Atau Umno Bn Kalah Zahid Beri Amaran

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 271 hits
freemalaysiatoday com August 20 2022 11 15 AMAhmad Zahid Hamidi menegaskan pimpinan partinya dan akar umbi sangat yakin bahawa kini adalah waktu terbaik untuk menyegerakan pilihan raya PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi ...
Zahid Gesa Segerakan Pru Kerana Bimbang Lebih Banyak Pembongkaran

Zahid Gesa Segerakan Pru Kerana Bimbang Lebih Banyak Pembongkaran

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 176 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 21 2022 Ketua Bersatu Johor Sahruddin Jamal menyifatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai terdesak sehingga menggesa pilihan raya umum ke 15 diadakan segera Sahruddin berkata tindakan Zahid itu adalah ...
Dalam Keadaan Najib Kian Hampir Ke Penjara Adalah Tidak Berbudi Bahasa Zahid Hamidi Terus Paksa Pm Adakan Pru15 Segera

Dalam Keadaan Najib Kian Hampir Ke Penjara Adalah Tidak Berbudi Bahasa Zahid Hamidi Terus Paksa Pm Adakan Pru15 Segera

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 190 hits
Pertemuan mengejut melibatkan Ketua Ketua UMNO Bahagian di WTCKL semalam yang digerakkan oleh Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan untuk terus memaksa PRU15 diadakan segera akhirnya tidak dihadiri oleh Ismail Sabri Yaakob Ini bermakna Perdana Men...
Sabarlah Zahid Hamidi Pru Awal Jika Tujuannya Difahami Untuk Lepaskan Tengkuk Tidak Menjamin Bn Boleh Menang

Sabarlah Zahid Hamidi Pru Awal Jika Tujuannya Difahami Untuk Lepaskan Tengkuk Tidak Menjamin Bn Boleh Menang

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 185 hits
Dengan maksud yang jelas untuk mendesak serta menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agar segera membubarkan Parlimen Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan tewas jika PRU15 tidak diadakan dengan segera Menurut beliau melenga...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner